Masih ingat tak korang kepada Kelvin Kiptum? Manusia pertama yang berlari maraton di bawah 2 jam 1 minit? Dan memecahkan rekod Eliud Kipchoge?
Kiptum memiliki segala galanya untuk menjadi jaguh baharu maraton memandangkan usianya baru 24 tahun. Namun berita duka apabila dia dilaporkan meninggal dunia.
Kiptum terlibat dalam nahas jalan raya di Kenya. Dia meninggal dunia bersama sama dengan jurulatihnya Gervais Hakizimana yang berasal dari Rwanda.
Pada 2023, Kiptum menjadi breakthrough talent apabila dia menjadi pencabar baharu kepada jaguh maraton senegaranya iaitu Eliud Kipchoge.
Kiptum memecahkan rekod Kipchoge dengan belari sepanjang 42km dalam masa 2 jam 35 saat di Chicago pada Oktober tahun lalu.
Dia berada dalam senarai awal untuk mewakili Kenya dalam acara sukan Olimpik Paris yang akan datang.
We are saddened to learn of the untimely passing of marathon runner Kelvin Kiptum at the age of 24.
He ran three of the fastest seven recorded times for the marathon distance.https://t.co/iEQ6YyIne5
— Guinness World Records (@GWR) February 12, 2024
Kipchoge mengucapkan takziah kepada keluarga Kiptum dan menggelar rakan senegaranya itu sebagai bintang yang sedang meningkat naik dan memiliki kemampuan untuk menikmati kegemilangan sepanjang hidupnya.
Namun sayangnya, dia telah pergi selamanya.
Ayah Kiptum, Samson Cheruiyot benar benar terkejut dengan berita itu: “Dia satu satunya anak yang saya ada dan kini dia dah meninggalkan saya. Saya hilang kata kata. Saya melihat anak anak dia mencari saya dan anak saya pula telah pergi.
“Sekarang siapa yang akan membantu kami untuk membesarkan anak anaknya?,” tegas ayahnya.
Menurut pihak polis, Kiptum hilang kawalan ketika memandu keretanya dan terbabas sejauh 60 meter. Kiptum dan Hakizimana meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa adalah seorang wanita muda, yang cedera parah dan dirawat di unit rawatan rapi.
Kiptum yang merupakan ayah kepada 2 orang anak, hanya melengkapkan maraton pertamanya pada 2022. Dia agak lambat terlibat dalam sukan itu kerana sama seperti atlet Kenya lain, berdepan kekangan pembangunan sukan di negara itu.
In memory of Kelvin Kiptum, relive the moment he broke Eliud Kipchoge's marathon world record. 🏃♂️💨
In October last year, the Kenyan finished the Chicago marathon in 2:00:35, shaving over 30 seconds off Kipchoge's best effort. ⏱️ pic.twitter.com/mrsLOw6IwG
— Eurosport (@eurosport) February 12, 2024
Dia menyertai acara maraton di Valencia dengan catatan 2 jam 1 minit 53 saat untuk bergelar juara. Masa itu adalah keempat terpantas dalam sejarah pertandingan.
Kemudian dia mencipta rekod baharu maraton London pada April 2023 dengan 2:01:25.
Enam bulan kemudian, pada acara maraton ketiganya, dia memecahkan rekod dunia dengan 34 saat lebih baik ketika di Chicago. Dia meleburkan rekod Eliud Kipchoge.
Dia menggunakan taktik luar biasa dengan berlari seperti biasa pada 30km pertama dan meningkatkan pace untuk baki pusingan.
Kiptum memang seorang atlet yang berasal dari acara trek untuk jarak jauh. Dia mendedahkan di Kenya kebanyakan atlet maraton bermula daripada acara trek dan balapan yang jauh seperti 800 meter sehingga 10,000 meter.
Kiptum mendedahkan pada pertandingan major pertamanya pada 2018, dia meminjam kasut daripada kawannya kerana tidak mampu membeli kasut maraton.
“Saya daripada keluarga miskin, saya tidak cukup duit untuk datang ke trek latihan sekalipun,” tegas beliau kepada BBC sebelum ini.
Jurulatih Kiptum, Hakizimana, 36, merupakan bekas pelari Rwanda. Dia menjadi jurulatih yang membantu Kiptum memecahkan rekod dunia sebelum ini. Dianggap jurulatih muda yang berbakat besar dalam arena maraton.
Mereka bekerjasama secara rasmi pada 2018, namun menurut Hakizimana, dia mengenali Kiptum lebih awal daripada 2018. Dan mengesan potensi besar atlet itu.
“Saya kenal dia sejak dia kecil lagi, ketika itu dia menjadi pengembala dengan berkaki ayam lagi. Itu kira kira 2009, saya berlatih berdekatan dengan kebun ayahnya. Dia ketika itu menghampiri saya dan mengusik saya dengan menyepak kaki saya, lalu meminta saya mengejarnya.
“Saya berbangga dengan apa yang dia capai hari ini.”
BACA JUGA: Detik Kelvin Kiptum pecah rekod dunia di Chicago
Kelvin Kiptum telah berjaya mencipta rekod dunia acara maraton ketika menyertai maraton Chicago pada 8 Oktober 2023. Kiptum mencatat masa 2 jam dan 35 saat untuk melenyapkan masa sebelumnya iaitu 2:1:09 saat yang dipegang oleh legenda Eliud Kipchoge. Oleh itu, dia menjadi manusia pertama yang berlari maraton di bawah 2 jam dan satu minit.
Sebelum perlumbaan ini, Kiptum yang baru berusia 23 tahun ketika itu, mempunyai masa kedua terpantas dalam sejarah iaitu dengan rekod 2:01:25 untuk memenangi maraton London pada April.
Kiptum hanya berlari dua maraton dalam keriernya sebelum beraksi di Chicago, ketika mencatat masa terpantas itu. Dia membuat penampilan sulung di Valencia 10 bulan sebelumnya, di mana dia mencatatkan masa 2:01:53 sebelum menuju ke London, di mana dia mencatatkan satu lagi masa yang mengagumkan.
“Saya berasa sangat gembira. Saya telah bersedia dengan baik. Saya pergi untuk memecahkan rekod peribadi, tetapi mujurlah, saya mencipta rekod dunia,” kata Kiptum selepas perlumbaan.
What. A. Race.
2:00:35 in his 3rd marathon, take a bow. pic.twitter.com/SuLYXzVxli
— World Athletics (@WorldAthletics) October 8, 2023
Kiptum melepaskan diri daripada rakan senegaranya dari Kenya, Daniel Mateiko selepas 30 kilometer untuk mencapai rekod rekod dunia. Juara tahun lalu Benson Kiptuto menduduki tempat kedua dengan 2:04:24, dengan pelumba Belgium, Bashir Abdi melengkapkan tempat podium dengan 2:04:32.
Dia kini memegang dua masa terpantas dalam sejarah, menjanjikan persaingan menarik menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan, di mana dia dijangka menentang Kipchoge.
Kipchoge berusaha untuk memenangi kejuaraan Olimpik ketiga berturut-turut. Sebelum ini, Kipchoge memenangi maraton ke-5nya pada 24 September selepas menang dalam Marathon Berlin 2023.
Pelari maraton Kenya itu mencatat masa 2:02.42 untuk memenangi maraton ke-16 dalam kerjayanya, mengukuhkan lagi statusnya sebagai yang terbaik sepanjang zaman atau GOAT dalam larian maraton.
Rakan senegaranya Vincent Kipkemboi, yang membuat penampilan sulung maraton, menduduki tempat kedua dalam masa 2:03.13 dan Tadese Takele dari Ethiopia menduduki tempat ketiga dalam masa 2:03.24