Mara Ke Final, Messi Kini Berpeluang Menjadi Juara Dunia Bersama Argentina

Lionel Messi kini berpeluang (sekali lagi,) untuk menjadi juara dunia selepas membantu pasukannya mara ke final Piala Dunia 2022.

Dalam aksi yang berlangsung stadium Lusail, Messi mencetak 1 gol. Manakala 2 lagi gol adalah hasil gol pemain muda, Julian Alvarez.

Messi turut menjadi arkitek kepada gol ketiga Argentina dengan kreativitinya.

Messi menyatakan kepada media bahawa ini adalah Piala Dunia terlahir untuk dirinya. Dia akui bangga dapat menikmati final Piala Dunia kedua dalam kariernya dan berharap keputusan agar keputusan di final kali ini akan memihak kepada mereka.

Lionel Messi benar benar terdesak untuk membantu negaranya menamatkan penantian Piala Dunia ketiga mereka sejak kali terakhir memenanginya pada 1986. Ini kerana Messi sedar bahawa usianya sudah semakin lanjut. Inilah peluang terakhir buat beliau untuk melakukannya.

Mereka berjaya menafikan kemaraan Croatia yang berusaha untuk mencipta sejarah mara ke final Piala Dunia buat kali kedua berturut turut.

Pasukan bimbingan Zlatko Dalic itu sebelum ini berjaya merosakkan parti separuh akhir l Superclassico – merujuk kepada pertemuan Brazil vs Argentina. Ini selepas mereka menyingkirkan Selecao menerusi sepakan penalti.

Sebelum perlawanan Dalic menyatakan mereka ada formula untuk menghentikan Messi. Namun itu tidak berlaku.

Menentang Argentina, Croatia tidak dapat menunjukkan karakter pertahanan kental mereka yang menjadi tunjang utama kejayaan mereka pada kempen 2018 dan kali ini.

Dominik Livakovic yang merupakan salah seorang penjaga gol yang meningkat naik kereta prestasinya dalam Piala Dunia 2022 telah melakukan beberapa penyelamatan berkelas dunia. Namun kerapuhan benteng pertahanan mereka membuatkan mereka bocor sebanyak tiga kali.

Ianya masa dikira sebagai kempen yang cemerlang buat pasukan Croatia yang tampil sebagai underdog.

Bagi Messi dan Argentina, kempen mereka kali ini bermula dengan agak suram dengan kekalahan mengejut di tangan Arab Saudi pada perlawanan pembukaan

Tetapi pasukan La Abiceleste menyempurnakan tugasan Mereka dengan profesional untuk baki dua lagi perlawanan peringkat kumpulan untuk mara ke kalah mati.

Messi telah menamatkan badi kegagalan menjaringkan gol di pusingan kalah mati Piala Dunia. Dan dia berterusan menambah koleksi gol Piala Dunia untuk negaranya.

Sebelum ini Messi berjaya menamatkan kemarau kejuaraan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan negaranya dengan memenangi Copa America beberapa tahun lalu. Adakah kali ini dia akan membantu Argentina menamatkan penantian Piala Dunia ketiga di dalam sejarah mereka?

Jika itu berlaku ianya akan menguatkan lagi status Messi yang seringkali digelar GOAT – Terbaik Sepanjang Zaman – oleh peminatnya.

Dia hadir ke Qatar 2022 dengan prestasi luar biasa di peringkat kelab. Berbeza dengan prestasi agak di bawah par pada musim lalu, lebih kepada kerana sukar mengejar standard yang dia sendiri tetapkan.

Messi kali ini berjaya mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak untuk Argentina mengatasi legenda Diego Maradona.

Dengan satu lagi trofi pemain terbaik perlawanan, bermakna Messi kini menjadi paling banyak memenangi anugerah itu di dalam sejarah Piala Dunia.

Baca yang lain