Marah Dikeluarkan Ketika Lawan Man United, Raphinha Sepak Peti Ais Dan Lututnya Cedera

Kemarahan Rahinha ketika dia dikeluarkan pada aksi menentang Manchester United telah menyebabkan dia mengalami kecederaan yang besar.

Pemain Brazil itu bengang dikeluarkan awal dan mengamuk sambil menendang menendang peti sejuk.

Akibat tindakannya itu, lututnya benar benar sakit dan cedera.

Itulah sebabnya dia kehilangan tempat dalam kesebelasan utama menentang Cadiz. Muncul sebagai pemain gantian.

Raphinha bukan pemain permulaan dalam perlawanan terakhir liga menentang Cádiz, perlawanan yang dimainkan Barça sebelum perlawanan kedua Liga Europa menentang Manchester United.

Dengan laporan oleh Marca menyatakan bahawa Xavi telah merancang untuk meletakkan namanya dalam kesebelasan utama bagi perlawanan di Old Trafford.

Sebelum berkunjung ke Old Trafford, mereka ada perlawanan menentang Cadiz.

Apa yang berlaku Raphinha hampir mengalami kecederaan serius kerana melepaskan kemarahannya pada peti ais.

Mujur dia sempat sembuh sebelum aksi Cadiz. Dan masuk sebagai pemain gantian minit ke-74. Ianya turut digunakan Xavi sebagai medan menguji kecergasan pemain itu sebelum menentang Man United.

Raphinha sangat tidak boleh menerima ketika dikeluarkan pada minit ke-83 ketika pertembungan Barcelona dan Man United di Nou Camp yang berakhir 2-2.

Ketika dikeluarkan dia telah merungut dan sempat menumbuk bangku pemain simpanan. Dia turut menyepak peti ais tempat menyimpan minuman isotonik para pemain.

Doktor memantau perkembangan lutut pemain itu dah disahkan tidak pasti akan cergas beraksi menentang Cadiz.

Pada hari terakhir, dia menunjukkan perkembangan positif dan akhirnya dia terlibat.

Jadi, Raphinha sekurang kurangnya dapat belajar sesuatu daripada tindakannya itu.

Dia harus lebih tenang dan bijak mengawal kemarahannya.

Dalam aksi timbal balik di Old Trafford, Barcelona kalah 2-1 sekaligus gagal ke pusingan kalah mati 16 akhir UEL.

Prestasi hambar itu diteruskan di dalam aksi domestik, apabila Barca kalah di tangan Almeria bagi aksi La Liga.

Peminat Barcelona sendiri seolah olah tidak percaya dengan berita bahawa Raphinha gagal mengawal kemarahannya sehingga cedera kerana menendang peti ais kecil tempat menyimpan minuman isotonik.

Walaupun baru sahaja menyertai Barca musim ini, nama Raphinha dilaporkan sudah berada dalam kalangan pemain yang sedia untuk dijual kelab jika ada tawaran yang baik untuk mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di