Marah Disuruh Guardiola Belajar Dari EPL, Tebas Suruh Pep Fahami Hal Makroekonomi, China Dan Hak Penyiaran

Pada ketika ini, berlaku perang di antara Pep Guardiola dan presiden La Liga Javier Tebas. Tebas kecewa ketika Guardiola mempertikaikan kredibilitinya sebagai pemimpin liga Sepanyol.

Nama Javier Tebas bukannya asing di kalangan peminat bola sepak Malaysia. Di mana beliau menjadi mentor kepada MFL yang dahulunya FMLLP dalam pembangunan liga Malaysia.

Tebas malah pernah tiba di Malaysia untuk mencurahkan ilmunya kepada bola sepak Malaysia. Selain daripada membimbing MFL untuk mewujudkan ECP.

ECP  bertujuan untuk mendidik perbelanjaan berhemah di kalangan pasukan bertanding. Di Liga Malaysia misalnya, ia adalah untuk memastikan pasukan dan persatuan tidak berbelanja melebihi kemampuan sehingga dibebani hutang melampau.

Pelaksanaan ECP juga mempunyai tujuan yang sama sebelum ini di La Liga. ECP mengkehendaki kelab-kelab mempunyai struktur organisasi dan kewangan yang boleh dipantau. Namun ECP tidak diguna pakai untuk kelab yang sudah boleh berdiri sendiri.

Real Madrid dan Barcelona misalnya dibenarkan untuk memiliki struktur organisasi berbeza dengan kelab-kelab lain yang harus mengikut garis panduan ECP.

FFP pula tidak mempunyai garis panduan sedemikian, dan hanya bertujuan menguatkuasakan salah laku kewangan kelab. Liga Malaysia pula belum lagi mengamalkan FFP sepertimana pelaksanaan oleh UEFA – walaupun ECP turut memiliki ciri-ciri FFP mengenai peraturan sumber kewangan.

Menurut MFL, ECP lebih sesuai dengan pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia.

Guardiola: Tebas pergilah belajar dari EPL

Berbalik kepada pergeseran di antara Guardiola dan Tebas, pemimpin La Liga itu benang dengan kenyataan Guardiola. Ini kerana Guardiola tidak puas hati kerana La Liga masih terus jauh di belakang EPL.

Bayangkan lebih sedekad Messi dan Ronaldo menguasai ballon d’or. Ramai pemain bintang menyertai La Liga, termasuk Beckham, Figo, Ronaldo R9, Ronaldinho, serta ramai lagi.

Namun La Liga masih di belakang EPL dari segi komersial. Lalu Guardiola dengan jujur berkata: “Ada pengurusan yang baik di EPL – England. Di mana ianya dapat disaksikan di Asia, jadi Mr Tebas boleh belajar daripada ,mereka.”

“Mungkin Tebas perlu menjual produk yang lebih baik ke negara lain. Ramai yang tidak berpuas hati, mujur masih ada pelabur. Sedangkan kelab kelab di negara lain terus maju.”

“Mungkin ini cuma satu perniagaan di mana orang mahu melabur namun agak tidak yakin dengannya. Kita berterusan tidak mahukan keuntungan walaupun terus melabur untuk pembangunan pasukan demi penyokong.”

“Lihat kelab kelab seperti United, City, Chelsea atau Liverpool, secara ekonomi, kelab kelab ini kuat dan kukuh kerana pemilik mereka mahu berterusan melabur. Macam kita [La Liga] pula, seolah olah tak nak keuntungan, sebaliknya berterusan melabur semula untuk terus berkembang demi peminat.”

“Apa masalah sebenarnya ni?”

“Akan sentiasa ada kawalan daripada UEFA seperti FFP. Jika produk yang lebih baik kita jual, dan kita akan dibayar lebih besar daripada hak penyiaran. Mr Tebas yang tahu lebih banyak tentang segalanya daripada orang lain dan lebih arif daripada yang lain, harus meletakkan dirinya pergi melawat ke rumah orang dan belajar dari mereka.”

Tebas bengang dengan Guardiola yang dilihat menyalahkannya di sebalik kegagalan La Liga mendapat wang lebih banyak. Beliau turut menyindir impak gaji yang dicetuskan oleh PSG dan City kepada bola sepak dunia. Tebas berkata:

“Pep, saya belajar dari Premier League setiap hari ya. Pastinya bagus kalau mereka mengajar kamu serba sedikit tentang makroekonomi bola sepak, tentang impak inflasi gaji kepada kelab negeri [state club merujuk kepada PSG dan City], demografi, impak daripada hak penyiaran, China… serta kes kes di CAS (Court of Arbitration for Sports).”

*Tebas sebelum ini menuduh City dan PSG sebagai state club kerana menerima dana daripada kerajaan. Dan beliau membandingkannya dengan Real Madrid dan Barcelona yang tak pernah menerima dana kerajaan. Tebas berkata begitu ketika bengang Neymar dikebas PSG. Kemudian City dan PSG bebas daripada hukuman FFP walaupun berbelanja sangat besar.

Guardiola kemudian membalas: “Saya tak faham tentang makroekonomi, atak demografi, atau bayaran tv, atau China. Sebab itulah kamu di situ, beritahu kami, kenapa kita masih terlalu jauh daripada EPL selepas 2 dekad yang brutal oleh bola sepak Sepanyol. Boleh beritahu kami  dan selesaikannya.”

“Javier, Liga Sepanyol dalam dua dekad: Banyak kali Barca dan Madrid juara [UCL]. Kelab seperti Valencia dan Atlético beraksi di pentas final.”

“Sevilla kerap menjuarai UEL dan mendominasinya dan yang terbaru adalah Villareal. Pasukan Sepanyol juara dengan Luis Aragonés.”

“Messi dan Cristiano Ronaldo ada bersama kita melakukan perakra yang kita tak pernah lihat sebelum ini, dan tak akan kita lihat lagi. Seluruh dunia mengaguminya.”

“Dan sekarang masalahnya adalah kelab negeri. Kamu pasti tahu lebih banyak tentang kelab negeri ini, bukan?”