Marc Marquez: ‘Melihat Pesaing Saya Bergelut, Buatkan Saya Lebih Bersemangat Nak Kembali’

Marc Marquez mengakui dia memperoleh banyak motivasi apabila menyaksikan para pelumba lain bergelut untuk menempatkan diri dalam kedudukan selesa di dalam carta kejuaraan dunia.

Itu telah menjadi salah satu motivasi untuknya untuk bangkit dan kembali pada musim ini.

Marc Marquez menyaksikan para pesaingnya gagal memanfaatkan peluang dalam pertarungan kejuaraan MotoGP telah membuatkan beliau sudah tak sabar untuk pulih.

Marc dijangka akan pulih pada akhir bulan ini.

Juara Dunia MotoGP enam kali itu tidak berlumba sejak pusingan kedua bulan Julai di Jerez ketika dia membatalkan penyertaan untuk kembali beraksi hanya beberapa hari setelah patah lengannya dalam kemalangan dalam keadaan berkelajuan tinggi semasa perlumbaan pembukaan musim baru di litar yang sama.

Ketika itu Marc Marquez sempat menyertai satu sesi ujian yang membuatkannya terasa sangat sakit dan menarik diri.

Dengan kecederaan yang terbukti lebih serius daripada yang dijangkakan pada awalnya, Marquez disarankan oleh ramai pihak untuk melupakan meninggalkan baki musim MotoGP 202.

Namun, beliau sudah mengisyaratkan dia akan cuba untuk kembali pada salah satu perlumbaan di Aragon yang akan datang pada 18 atau 25 Oktober.

Walaupun agak terlambat untuk Marquez memberikan impak kepada persaingan kejuaraan dunia musim ini, namun kehadirannya boleh memberikan kesan kepada penentu kejuaraan dunia aka kingmaker.

Ini selepas tidak calon juara yang konsisten pada musim ini. Para pelumba di kedudukan tiga teratas masih dipisahkan dengan jurang mata yang sangat dekat.

Hanya 36 mata memisahkan pelumba di tangga ke-7, Takaaki Nakagami dengan pelumba di tangga teratas – Fabio Quartararo.

Keterbukaan persaingan inilah yang dikatakan oleh Marquez yang menjadi motivasinya untuk pulih. Penunggang Repsol Honda itu mengatakan bahawa ia membuatkannya lebih ‘membara’ dan ‘marah’ kerana tidak bertarung di luar sana bersama pelumba lain.

“Menonton perlumbaan dari rumah menimbulkan kegelisahan, kemarahan, tetapi itulah yang harus anda lakukan [ketika dalam pemulihan],” tegas beliau dalam wawancara bersama Repsol.

“Melihat hakitat bahawa oara pesaing tidak mendapat banyak mata [sejak saya tersisih] membuatkan anda bersemangat ingin kembali. ”

Menyentuh tentang proses pemulihannya, Marquez mengatakan dia hanya akan kembali apabila secara fizikalnya benar benar bersedia. Tetapi kini beliau merasakan dia sedang menunjukkan kemajuan yang sangat baik sekarang.

“Secara mental dan fizikal saya merasa baik. Saya akan kembali esok untuk diri saya sendiri. Saya fikir saya akan kembali semula berlumba lebih cepat daripada yang dijangka.”

“Mentaliti saya akan sama: Cuba untuk menjaga had saya, cuba untuk ‘memaksa’ tangan saya, namun ianya sentiasa berdasarkan panduan doktor.”

“Dan ketika saya kembali menaiki motsikal, pendekatan saya akan sama: menyerang!.”

“Oleh itu, ketika saya kembali, saya mesti berada dalam keadaan fizikal yang terbaik. Lengan saya mesti berada pada 80 atau 90 peratus untuk berusaha pulih lebih awal.”

Sebagai satu-satunya pelumba yang memenangi lebih daripada satu perlumbaan musim ini, Fabio Quartararo kini mendahului kedudukan dengan lapan mata dari Joan Mir yang sangat konsisten di Suzuki.

Selain itu, Honda masih belum memenangi podium musim ini sejak ketiadaan Marc Marquez di atas litar.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan