Laporan dari Madrid menyebut bahawa pemain Man City, Matheus Nunes telah ditahan oleh polis dan disiasat atas dakwaan mencuri telefon pintar.
Pemain berusia 26 tahun itu malah sempat disumbat ke dalam lokap oleh polis kerana insiden tersebut.
Kejadian itu berlaku pada 8 September lalu di Madrid. Dengan butiran kejadian tersebut diterbitkan oleh Marca.
Namun Matheus Nunes dilaporkan sudah memberikan penjelasan kepada kelabnya Manchester City, bahawa dia tidak akan sesekali mencuri telefon pintar orang lain.
Sebaliknya dia menegaskan bahawa pada hari kejadian, dia didatangi seorang lelaki pertengahan usia datang kepadanya dan meminta bergambar dengannya ketika di kelab malam.
Nunes menolak permintaan tersebut. Lelaki tersebut cuba mengambil gambar dengannya tanpa kebenaran di dalam jamban kelab malam tersebut. Membuatkan Nunes marah dan merampas telefon pintar lelaki itu.
Lelaki tersebut bengang dan membuat laporan polis bahawa dia baru sahaja dirompak oleh Matheus Nunes.
Matheus Nunes was arrested and then released in Madrid on 8th September.
Nunes was accused of taking the phone from a 58 year-old man, who had tried to take a photo of him in a nightclub toilets. 🤦🏼♂️📸
[via El Mundo / Daily Star] pic.twitter.com/e22wQLfdUC
— mcfc lads (@mcfc_lads) October 2, 2024
Laporan ini benar benar mengecewakan peminat Man City yang menganggap Nunes adalah mangsa keadaan. Mereka juga berharap pemain pemain City yang lain kurangkan aktiviti di kelab malam yang ternyata lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.