Marcelo Bidas Grealish Yang Biadap: “Dia Baru Ada 1 Saya Ada 4 Piala Dunia Kelab”

Bekas pemain Real Madrid, Marcelo membidas Jack Grealish yang menurutnya bersikap tidak matang dan menganjing lawannya dengan biadap sekali.

Jack Grealish antara pemain yang telah mencetuskan ketegangan antara pemain Man City dan Fluminese dalam aksi final Piala Dunia Kelab baru baru ini.

Di mana Man City bergelar juara dengan kemenangan 4-0. Dalam perlawanan tersebut, Felipe Melo mendedahkan Grealish tidak menghormati mereka dengan menyebut ‘Ole’ Ole’ setiap kali dia melakukan showboating dalam kedudukan lawan mereka sudah jauh ketinggalan.

Menurut Melo: “Hari ini Jack Grealish sangat biadap ke atas pasukan Fluminese. Dia menjerit ole ketika dalam perlawanan. Untuk penyokong tak mengapa mereka boleh menjerit ole macam tu. Namun untuk seorang atlet di atas padang, ianya tak boleh diterima. Biadap.”

Marcelo kemudian membidas Grealish selepas tamat perlawanan kerana menurutnya pemain itu terlalu teruja menganjing lawannya kerana baru merasa Piala Dunia Kelab yang pertama dalam kariernya. Sedangkan dia sudah ada 4 dalam sejarah karier.

“Semua orang boleh buat apa mereka nak. Saya pun ada pandangan, saya tak nak cakap sama ada ianya betul atau salah.”

“Dalam pertandingan ini, dia baru je dapat 1 manakala saya sudah ada 4. Saya tahu betapa sukarnya untuk memenangi 4 piala tersebut. Mereka buat la apa mereka suka.”

“Perlawanan ini adalah untuk dimainkan di atas padang. Saya tak nak ulas perkara tak bagus berkenaan perbuatan mereka. Itulah bola sepak. Kamu dah menang dan kamu harus berseronok.”

Marcelo memenanginya bersama Real Madrid pada 2014, 2016, 2017 dan 2018.

Jack Grealish sudah pun menafikan bahawa dia bersikap biadap ke atas pemain Fluminese. Dia berkata: “Tak sekali pun saya pernah sebut ole.”

Dengan kejayaan menjuarai Piala Dunia Kelab 2023, maka Pep Guardiola menamatkan tahun 2023 dengan 5 piala dalam satu tahun kelendar bola sepak.

Kejayaan ini juga dianggap Guardiola sebagai misi selesai buat masa ini. Dan misi terbaru mereka adalah untuk mengulangi pencapaian itu lagi di masa hadapan.

Man City akan kembali semula ke England dalam misi mempertahankan Liga Perdana Inggeris.