Marcelo Bielsa memuji hasil kerja Ernesto Valverde di Athletic Bilbao musim ini. Dan dalam analisis beliau kelab itu adalah kelab paling intensif dan cergas.
Ernesto Valverde menggunakan pemain pemain muda yang berbakat dalam skuad Bilbao dengan gaya bola sepak yang sangat progresif.
Bielsa berkata: “Dari sudut bola sepak secara amnya, kelab Athletic Bilbao lebih baik daripada sebelum ini.
“Mereka ada pemain pemain yang hebat, pengurus yang hebat, pemain pemain muda berbakat dan pasukan yang sangat baik.
“Sejak saya mengenali Athletic Bilbao, saya boleh katakan bahawa ini adalah fasa terbaik dalam kelab mereka.”
Ernesto Valverde sebelum ini pernah mengendalikan Barcelona namun tidak lama. Dia tiba di Barca ketika kelab itu sedang kesukaran. Kemudian peminat Barcelona kurang gemarkan dia kerana dianggap tidak cukup bagus untuk kelab tersebut.
Namun Valverde bukannya asing dalam pengurusan Bilbao. Dia sudah beberapa kali menguruskan kelab itu. Dia menyertai Barcelona pun selepas cemerlang bersama Athletic Bilbao sebelum ini.
Dia kembali semula ke kelab itu pada 2022 yang lalu. Dan diraikan peminat kelab itu. Dia dikenali sebagai pengurus yang sukakan intensiti dan kerja keras dalam berpasukan. Dia suka melakukan latihan intensif.
Ketika dia mengendalikan Athletic Bilbao, ramai pemain di sana yang menyatakan bahawa Valverde telah mengubah corak bola sepak di kelab itu.
Mereka sebelum ini tidak pernah bermain dengan sistem permainan yang benar benar intensif, moden dan semakin memahami apa itu counterpressing.
Walaupun sukakan taktikal yang fluid, namun Valverde juga sedar bahawa di Athletic Bilbao dia masih perlu menggunakan pendekatan pragmatik kerana kualiti pemain yang dia miliki.
Peminat setuju dengan komen Bielsa dan membayangkan jika pemain seperti Aduriz dan Rulo berada di prestasi kemuncak karier mereka, pasti pasukan bimbingan Valverde ini sangat menggerunkan.
Es verdad que hay grandes chavales, pero ese año 2016 con Aduriz y Rulo prime… Esa EL era nuestra si no llegamos a palmar los penaltis en Sevilla.
Todavía me duele.— Sacata Baco (@Sacata_Baco) April 2, 2024