Marcelo Ditamatkan Kontrak Selepas Insiden Panas Ini Dengan Pengurusnya Di Tepi Padang

Fluminense dilaporkan telah menamatkan kontrak Marcelo kerana kelakuan biadap pemain itu yang tidak menghormati pengurus pasukan. Kedua dua pihak dilaporkan mencapai kesepakatan atas persetujuan bersama.

Satu insiden mengejutkan berlaku di tepi padang di antara Marcelo dan pengurus Fluminense iaitu Mano Menezes.

Ketika itu, Mano Menezes mahu membawa masuk Marcelo ketika aksi dengan Gremio sedang terikat 2-2.

Apa yang mengejutkan, Mano Menezes memberikan arahan taktikal kepada Marcelo. Namun pemain veteran Brazil itu dengan selamba beberapa kali menyatakan ‘Tak nak, tak nak, tak nak’.

Dia tak mahu mendengar arahan taktikal tersebut, membuatkan Mano Menezes terus menolaknya untuk kembali ke bangku simpanan. Marcelo terkejut dengan tindakan jurulatih itu yang kelihatan sedang marah dengan Marcelo.

Insiden itu dirakam oleh kamera. Saksikan di sini:

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Mano Menezes berkata: “Saya mahu memasukkan Marcelo, dan saya mendengar dia berkata sesuatu yang buat saya sakit hati, lalu saya tidak mahu meneruskan pertukaran itu.”

Marcelo dikatakan sudah tidak sehaluan dengan Mano Menezes dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Laporan di Brazil menyebut, Marcelo pemain yang ego dan mahu dilayan seperti superstar. Membuatkan segelintir rakan sepasukannya di Fluminense sendiri tidak suka dengan sikap pemain itu.