Dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di antara Watford dan Chelsea, perlawanan telah dihentikan seketika selama 25 minit.
Ianya kerana ada penyokong Watford yang memerlukan bantuan perubatan di tempat duduk penyokong.
Pada malam yang sama, Chelsea terus mengekalkan kedudukan mereka selaku pasukan di teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 ke atas Watford di Vicarage Road.
Dua gol Chelsea adalah daripada Mason Mount dan Hakim Ziyech. Manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Emmanuel Bonaventure.
Perlawanan di Watford dihentikan buat sementara waktu kerana bantuan kecemasan perubatan ke atas penyokong Watford.
Pemain dari kedua-dua pasukan diminta meninggalkan padang oleh pengadil, David Coote, ketika situasi kecemasan yang berlaku di Vicarage Road.
Kakitangan perubatan dari kedua-dua pasukan bergegas untuk membantu, dengan Amazon Prime melaporkan bahawa peminat terbabit telah mengalami serangan jantung.
Badan penyiar juga telah mengesahkan bahawa penyokong tersebut telah berjaya distabilkan dan kemudian dibawa ke Hospital Umum di Watford.
Insiden itu berlaku tepat pada permulaan separuh masa pertama. Perlawanan telah terhenti kerana pemain Watford, Adam Masina mengalami kecederaan dan siap sedia untuk digantikan.
Ketika pengadil sedang berkira kira menunggu pertukaran tersebut, tiba tiba suasana gempar berlaku di salah satu seksyen di dalam stadium.
Marcos Alonso adalah pemain yang bertindak pantas memaklumkan kepada pengadil dan petugas perubatan untuk bergegas ke arah penyokong tersebut.
Perlawanan ditangguhkan kira-kira 25 minit sebelum disambung semula selepas penyokong menerima rawatan. Penyokong tersebut segera diberikan bantuan pernafasan CPR oleh petugas medikal.
Penyokong kedua-dua pasukan memberikan tabik hormat kepada pemain pemain di atas padang, pengadil dan petugas perubatan yang membantu menyelamatkan nyawa.
Marcos Alonso antara yang menerima pujian paling banyak di media sosial kerana tindakannya di atas padang.
No images of the fan (obviously), but massive credit to Marcos Alonso here who was first to alert staff.
– via @Mohxmmad pic.twitter.com/W9x7AoOP7y
— Simon Phillips (@siphillipssport) December 1, 2021
Ini bukanlah insiden pertama penyokong terkena serangan jantung ketika di dalam stadium. Sebelum ini bintang Spurs, Eric Dier bertindak pantas meminta pengadil dan petugas perubatan melakukan sesuatu kerana ada penyokong Newcastle yang mengalami serangan jantung.