Marcos Llorente: Dari Defensive Midfielder Picisan Ke Box-to-Box Berkelas Dunia

Jaringan ke-21 Luis Suarez dalam saingan La Liga ketika menentang Real Valladolid sudah cukup untuk menabalkan Atletico Madrid sebagai juara Sepanyol yang baharu.

Los Colchoneros berjaya mengekang musuh setempat, Real Madrid untuk menjuarai liga buat kali ke-11 selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2013/2014.

Selain El Pistolero, seorang lagi pemain yang mencuri tumpuan sebagai salah seorang pemain terbaik Atletico musim ini adalah Marcos Llorente.

Mari bersama penulis kita jejak kembali perjalanan karier pemain yang berusia 25 tahun ini sebelum menjadi bintang bagi skuad Atletico Madrid dan Sepanyol ini.

Zaman Pensabunan

Marcos Llorente Moreno menyertai pasukan remaja Real Madrid pada tahun 2008 ketika berusia 13 tahun. Pada tahun 2014, dia dipromosikan menjadi simpanan oleh Zinedine Zidane setelah menyerlah di peringkat remaja. Beliau ketika itu beraksi di posisi defensive midfielder.

Llorente telah dibawa berlatih bersama skuad utama pada pra-musim 2015 setelah beraksi sebanyak 25 kali dalam Segunda Liga untuk memberi lebih pendedahan.

Debut Bersama Real Madrid

Anak jati Madrid itu membuat penampilan sulung pada 17 Oktober 2015 sebagai pemain gantian. Dia hanya muncul 2 kali lagi pada musim itu sebelum pinjamkan ke Deportivo Alaves selama satu musim.

Di Alaves, beliau beraksi sebanyak 38 kali, kebanyakannya di La Liga. Dia tidak berjaya menjaringkan gol tetapi berjaya mencetak 3 assist.

Llorente kembali ke Real selepas tempoh pinjamannya berakhir dengan Alaves. Menyambung kontraknya sehingga 2021. Beliau membuat 36 penampilan dalam 2 musim seterusnya, seperti biasa bermula di bangku simpanan dengan sempat menjaringkan 2 gol.

Dia menjaringkan gol kompetitif pertamanya pada ketika menentang Al Ain di final Piala Dunia Kelab FIFA. Dia turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

Berhijrah ke Atletico Madrid

Atletico Madrid menandatangani Marcos Llorente dengan kontrak lima tahun dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £30 juta pada tahun 2019. Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika menentang Getafe.

Diego Simeone masih lagi meletakkan beliau di posisi tengah bertahan sebelum mula menggunakannya lebih banyak pada posisi menyerang. Kemudian datang malam di Anfield.

Malam Dingin di Anfield

Seperti biasa, Llorente masuk sebagai pemain gantian ketika Liverpool. Perlawanan ini melewati masa tambahan. Impak besar yang ditunjukkan oleh beliau setelah menjaringkan 2 gol dan melakukan 1 assist untuk menyingkirkan juara bertahan itu.

Beliau turut menambah 2 jaringan dan 3 assist selepas perlawanan Liverpool dalam 12 penampilan musim itu. Namun kini bukan lagi sebagai defensive midfielder tetapi sebagai pemain box-to-box dan starter dalam kebanyakan perlawanan.

Musim Terbaik Sebagai Pemain Professional

Musim 2020/21, prestasi Llorente telah meningkat dengan mendadak. Beliau menjadi utility player bagi Atletico. Boleh bermain di mana-mana posisi yang diarahkan Simeone.

13 gol dan 12 lagi assist musim ini dalam 45 penampilan amat mengagumkan. Namun harus diingat, beliau bukan sahaja bermain di bahagian menyerang, malah hampir di keseluruhan padang.

Beliau juga pernah bermain sebagai pemain pertahanan, defensive midfielder, wingback dan bek kanan. Dimana seperti kita tahu sangat sukar untuk mendapatkan gol dan assist.

Dipanggil Menyertai Skuad Kebangsaan

Dia dipanggil ke skuad kebangsaan pada November 2020, untuk perlawanan persahabatan menentang kelayakan Belanda dan UEFA Nations League dengan Switzerland dan Jerman.

Llorente membuat penampilan pertama menentang Belanda, menggantikan Sergio Canales pada penghujung perlawanan. Sehingga kini, beliau telah melakukan 4 penampilan bersama La Roja.

Pada 24 Mei 2021, Llorente telah dimasukkan dalam senarai 24 orang pemain oleh Luis Enrique untuk kempen Euro 2020.

Baca yang lain