Marcus Thuram Dedahkan Thierry Henry Jadi Sebab Utama Dia Tolak PSG Dan Sertai Inter

Marcus Thuram mengucapkan terima kasih kepada Thierry Henry yang menurutnya telah memainkan peranan penting dalam perpindahannya ke Inter Milan.

Menariknya, ayah dia dan Thierry Henry adalah legenda Juventus. Namun Henry memberikan nasihat kepada Marcus untuk menyertai Inter yang dilihat boleh menjadi tempat terbaik untuk pembangunannya berbanding PSG.

Marcus Thuram sebelum ini mendapat banyak tawaran daripada kelab besar eropah yang lain ketika kontraknya bersama Borussia Mochengladbach menuju ke penamat dan bakal menjadi ejen bebas pada masa itu.

Antara kelab yang berminat mendapatkan beliau termasuk PSG, Juventus dan Barcelona. Namun dia mengejutkan ramai pihak apabila memilih Inter Milan.

PSG adalah kelab yang benar benar menjadi pesaing kepada Inter Milan pada saat akhir. Dengan Thuram dijanjikan prospek bermain dengan Kylian Mbappe dan beberapa lagi rakan baiknya dalam skuad kebangsaan Perancis.

Namun dia memilih Inter Milan kerana Henry merasakan Inter pilihan lebih baik walaupun tidak menjanjikan auto piala macam PSG di Ligue 1.

Inter adalah kelab yang pernah membidanya €25 juta pada tahun akhir kontraknya di Mochengladbach. Namun rundingan itu tidak diteruskan kerana Thuram pada masa itu mengalami kecederaan lutut.

Thuram adalah pilihan utama untuk menggantikan Romelu Lukaku yang mahu meninggalkan kelab itu. Kemudian Inter mendapatkan Joaquin Correa.

2 tahun selepas itu Inter Milan sekali lagi memujuk Thuram menyertai mereka. Dan anak kepada legenda Perancis – Lilian Thuram – itu akhirnya setuju ke Inter.

“Saya menunggu dua tahun untuk merealisasikan impian datang ke sini,” tegas Thuram pada hari pengenalannya.

“Idea ke Inter melekat dalam kepala saya. Saya mahu membuktikan saya layak bermain untuk mereka, dan mereka tidak pernah hilang kepercayaan ke atas saya walaupun saya cedera.” tambah beliau lagi.

Kenapa dia benar benar memilih Inter? Semuanya kerana nasihat daripada Thierry Henry yang dia anggap seperti pakcik saudaranya.

Dia membantu Inter menjadi juara Serie A 2023/24. Tiga tahun selepas kejuaraan mereka bersama Conte sebelum ini. Di mana Inter terlepas kejuaraan kepada Milan dan Napoli.

Inter meraih Scudetto ke-20 dalam sejarah kelab. Dan Marcus Thuram berkata: “Saya nak ucapkan terima kasih kepada Thierry Henry. Mungkin dia akan melihat video ini selepas ini. Saya berterima kasih di atas segala nasihat yang dia berikan kepada saya.

“Adakah saya bercakap dengan Henry lebih daripada saya bercakap dengan ayah saya?

“Dia macam pak cik saudara terbaik yang saya adan, yang sentiasa ada bersama saya di sini dalam susah dan senang. Saya berada di sini pada hari ini kerana dia.”

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan