Maria Sharapova mengesahkan bahawa beliau bersara daripada tenis profesional pada usia 32 tahun dan selepas 28 tahun karier.
Beliau menamatkan kariernya dengan lima gelaran Grand Slam dan pernah beberapa kali berada di kedudukan No. 1 dunia.
Beliau menyatakan keputusan itu terpaksa dibuat kerana kondisi fizikal. Di mana Maria Sharapova telah menanggung masalah kesakita bahu selama bertahun-tahun – termasuk ketika beraksi di atas gelanggang.
Sharapova bermain hanya dua perlawanan musim ini dan tewas kedua-duanya.
Dalam sebuah esei yang ditulis untuk Vanity Fair dan Vogue tentang keputusannya untuk meninggalkan sukan yang disayanginya, yang di-post pada Rabu, Sharapova mengungkap persoalan: “Bagaimana anda boleh tinggalkan satu-satunya kehidupan yang pernah anda kenali?”
Sharapova mulai menggegar dunia tenis profesional ketika berusia 17 tahun – ketika memenangi Wimbledon pada 2004.
Beliau kemudian melengkapkan keriernya dengan kerjaya Grand Slam dengan dua gelaran di Terbuka Perancis dan satu di Terbuka A.S. dan Terbuka Australia.
Bintang tenis jelita dari Rusia ini berpindah ke Florida ketika masih kanak-kanak lagi.
Dalam kariernya ada fasa yang paling teruk di mana Sharapova dikenakan penggantungan selama 15 bulan selepas gagal menjalani ujian doping pada tahun 2016.
Sejak penggantungan itu, Sharapova berjaya mara ke satu pusingan suku akhir dalam kejohanan utama.
Begitu banyak kejayaan di gelanggang tenis dan juga diberikan perhatian yang sangat tinggi oleh media kerana popularitinya – beliau menjadi antara atlet dengan hak imej tertinggi pada generasinya.
Sharapova menamatkan karier dengan tewas empat perlawanan berturut-turut di kejohanan Grand Slam.
Yang terakhir adalah pada bulan lepas di Terbuka Australia, di mana beliau kalah 6-3, 6-4 di tangan Donna Vekic.
Kekalahan yang menolak Maria Sharapova jatuh keluar dari ranking 350 teratas. Beliau berada di kedudukan ranking ke-373 minggu ini.
Ketika ditanya selepas kekalahan itu sama ada ia mungkin penampilan terakhir di Melbourne Park, di mana beliau pernah memenangi trofi pada 2008 – Sharapova berulang kali menjawab dengan “Saya tidak tahu.”
Badannya sudah berkata tidak
Tetapi kesakitan di bahu kanannya telah menjadi masalah utama selama bertahun-tahun.
Maria Sharapova bermain sebanyak 15 perlawanan pada musim lalu, dengan rekod 8-7.
Sharapova berkata: “Saya telah melakukan usaha yang betul di dalam kerja saya.”
“Namun tiada jaminan, walaupun anda telah melakukan semua itu, anda akan dijanjikan kemenangan di pusingan pertama, pusingan ketiga ataupun di final.”
“Sebab itu, sangat istimewa apabila anda menjadi juara, walaupun hanya sekali.”
Selamat tinggal tenis
“Tenis telah memperkenalkan saya kepada dunia dan menujukkan bahawa saya lahir untuk apa?”
"Tennis showed me the world – and it showed me what I was made of."
After a career spanning 28 years, and after winning five Grand Slams, Maria Sharapova has had her final "game, set and match".
— BBC Sport (@BBCSport) February 26, 2020
“Saya masih mentah untuk semua ini, jadi maafkan saya. Tenis – saya ucapkan selamat tinggal.”
“Kenang kembali, saya sedar bahawa tenis telah menjadi gunung dalam hidup saya. Jejak langkah saya telah dipenuhi dengan lembah berliku. Namun pandangan daripada puncak adalah luar biasa.”
“Selepas 28 tahun dengan 5 kejuaraan Grand Slam, saya sudah bersedia untuk mendaki satu lagi gunung, untuk bersaing dengan permukaan bumi yang berbeza.”
“Namun, untuk mengejar kejayaan itu, semangat itu tidak akan pernah berkurangan. Tidak kira apa yang akan berlaku, saya akan menggunakan fokus yang sama, etika kerja yang sama, dan semua pelajaran yang saya telah pelajari di sepanjang jalan.”
“Sementara itu, ada beberapa perkara mudah yang saya tak sabar untuk nikmati: Bangun dengan keluarga saya menghirup secawan kopi pada pagi. Hujung minggu yang tidak dapat dijangka. Menentukan sendiri jadual ‘workout’ saya. (hello, kelas tarian!) ”
“Di belakang pintu tertutup, 30 minit sebelum melangkah ke dalam gelanggang, saya perlu melakukan beberapa prosedur untuk mengurangkan kesakitan pada bahu saya untuk membolehkan saya beraksi.”
https://twitter.com/Raaaaaccccchel/status/1232686408655044614
“Kecederaan bahu bukanlah sesuatu yang baru bagi saya – sudah sekian lama tendon saya telah menjadi satu kesakitan menemai.”
“Saya telah banyak melalui pembedahan – sekali pada tahun 2008, satu lagi prosedur pada tahun lepas – dan saya telah menghabiskan banyak untuk terapi fizikal.”
Sharapova menyatakan dalam perlawanan terakhir beliau, dia merasakan langkahan masuk ke gelanggang pada hari ini ibarat satu kejayaan terakhir beliau di dalam tenis.
Sukar untuk beliau melawan kesakitannya.
“Hanya melangkah ke gelanggang hari itu merasakan ia seperti kemenangan terakhir, sudah tentu ia hanya menjadi langkah pertama menuju kemenangan.”
Selamat bersara Maria Sharapova. Legenda yang akan diingati selamanya. Terima kasih!