Marina Bengang Lampard ‘Drop’ Kepa, Dan Mahukan Penjelasan!

Dalam aksi sebelum ini Frank Lampard telah menyisihkan Kepa Arrizabalaga daripada kesebelasan utama pasukan.

Lampard sebelum ini ada meminta budget untuk mendapatkan penjaga gol baharu. Namun Marina Granovskaia enggan melayannya dan meminta Lampard kekal dengan opsyen yang ada iaitu Kepa Arrizabalaga dan juga Willy Caballero.

Tiada dana diberikan untuk mendapatkan penjaga gol baharu kerana Marina Granovskaia mahukan Lampard terus menggunakan Kepa Arrizabalaga.

Selepas beberapa siri kesilapan dilakukan oleh Kepa Arrizabalaga, dan prestasi turun naik penjaga gol tersebut, Lampard akhirnya menyisihkan pemain itu dalam aksi berhadapan dengan Leicester.

Marina Granovskaia kemudian meminta Lampard untuk menjelaskan kenapa tidak menurunkan penjaga gol termahal dunia itu?

Marina menjelaskan bahawa, Lampard hanya boleh mendapatkan penjaga gol baharu jika beliau dapat menjual Kepa Arrizabalaga tanpa memberikan kerugian kepada kelab.

Jadi Lampard perlu mencari pembeli yang sanggup membayar sekurang kurangnya £75 juta. Angka itu agak sukar dicapai. Sebab sebelum ini Chelsea membayar angka tersebut kerana ia adalah klausa pelepasan.

Dan ketika itu Chelsea panik dengan kehilangan Thibaut Courtois yang mendesak perpindahan ke Real Madrid.

Jelas sekali harga Kepa Arrizabalaga tidak bernilai sebegitu banyak.

Lampard sudah menyatakan mahukan Nick Pope untuk dibawa masuk ke Chelsea. Ianya bukan bermakna Frank Lampard mahu menysihkan terus Kepa Arrizabalaga, tetapi mahukan pemain itu tidak terlalu selesa dengan tempatnya yang ada.

Willy Caballero dilihat bukan pesaing yang bagus untuk Kepa Arrizabalaga. Lampard juga dikatakan mengintai khidmat Andre Onana dari Ajax.

Prestasi Kepa Arrizabalaga merudum sedikit musim ini kerana dikatakan dipengaruhi masalah luar padang.

Beliau dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya selepas sekian lama memadu kasih. Perkara itu yang memberikan impak kepada prestasi beliau di atas padang.

Chelsea kini masih berada dalam landasan untuk ke UCL musim hadapan.

Namun Lampard dan Marina terus dilihat tidak sehaluan dalam beberapa perkara.

Beberapa minggu lalu Frank Lampard mengkritik secara Terbuka bahagian pengambilan pemain pasukan Chelsea telah melemahkan sendiri pasukan itu.

Lampard menuduh Chelsea sendiri yang menjadikan mereka under dog dalam persaingan ke UCL.

Ini kerana pesaing mereka untuk tempat empat teratas seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur mendapatkan beberapa pemain penting. Sementara itu Chelsea pula tidak mengambil kesempatan untuk menandatangani pemain pada Januari bagi memperkuatkan pasukan mereka.

Chelsea sebelum ini digantung dua jendela perpindahan. Tetapi hukuman itu diringankan selepas mereka membuat rayuan.

Yang peliknya selepas berusaha bersungguh-sungguh untuk meminta agar dibenarkan membeli pemain pada Januari 2020, Chelsea sendiri pula tidak menandatangani sebarang pemain.

Ini bermakna mereka telah tidak aktif dalam dua jendela perpindahan. Hanya Pulisic yang dibawa masuk dengan status pra kontrak – daripada musim 2018/19.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan