Marina Minta Harga Lebih Tinggi Daripada Barcelona Untuk Coutinho

Frank Lampard sebelum ini dilaporkan memang berminat dengan Coutinho, namun pemain itu tidak mahu kembali semula ke England menyertai seteru se-liga dengan Liverpool.

Lalu Coutinho memilih untuk menyertai Bayern Munich secara pinjaman. Tetapi situasinya di Bayern Munich, Coutinho gagal untuk menambat hati pengurusan tertinggi Bayern untuk membeli beliau secara tetap.

Dan beberapa minggu lalu, Coutinho dilaporkan mahu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris.

Liverpool tarik diri dari persaingan

Ejen beliau mendedahkan bahawa Coutinho mengutamakan tawaran dari Liverpool.

Tetapi skuad Jurgen Klopp itu tidak menunjukkan sebarang minat untuk mendapatkan Coutinho.

Klopp sudah menyatakan bahawa Liverpool tak mampu untuk membayar harga yang tinggi diletakkan oleh Barcelona ke atas pemain itu.

Peluang ini digunakan oleh Chelsea untuk cuba memancing bekas pemain Liverpool itu.

Chelsea minta harga lebih tinggi

Express UK melaporkan bahawa Chelsea sudah menghubungi Barcelona untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman dengan tertakluk kepada obligasi untuk perpindahan tetap.

Perbincangan sedang berjalan di antara kedua dua kelab. Barcelona dilaporkan meminta Chelsea untuk membayar keseluruhan £57 juta dan dengan meletakkan syarat wajib untuk membeli pemain itu secara tetap.

Tetapi Chelsea yang diketuai Marina Granovskaia dilaporkan meminta agar harga keseluruhan itu dinaikkan kepada £78 juta. Pelik bukan?

Biasanya orang nak minta kawtim turun harga, tetapi Chelsea pula minta naik harga.

Barcelona pula masih mempertimbangkan tawaran itu. Ehhh?? Pembeli nak naikkan harga pun nak pertimbangkan lagi?

Barcelona buat masa ini masih mahu dengan pakej mereka tawarkan.

Kenapa Chelsea markup harga?

Ada sebabnya Chelsea nak berbuat demikian. Chelsea mahu membayar bayaran £78 juta kepada Barcelona  secara total — dengan syarat klausa wajib beli itu dihapuskan.

Ini bermakna Chelsea diberikan opsyen untuk membeli tetap ataupun tidak. Bukannya wajib beli selepas pinjaman.

Chelsea menawarkan £30 juta bayaran pinjaman terlebih dahulu dan baki £48 juta akan dibayar jika mereka mahukan pemain tersebut.

Sebelum ini Barcelona mahukan sekurang – kurangnya £120 juta untuk Coutinho. Kemudian mereka menurunkan lagi kepada £85 juta,

Impak koronavirus membuatkan nilai pasaran pemain susut. Lalu mereka menerima jika ada pasukan sanggup membayar £57 juta sahaja.

Frank Lampard percaya pemain itu akan menyerlah di Chelsea. Dan jika mereka berpuas hati maka £78 juta dibayar kepada Barcelona.

Sejak meninggalkan Liverpool pada 2018, Coutinho gagal menunjukkan prestasi cemerlangnya di Barcelona dan kemudian di Bayern Munich.

Ramai yang beranggapan bahawa Coutinho perlu kembali semula ke England untuk mendapatkan semula rentaknya kerana beliau sudah sebati dengan Liga Inggeris.

Frank Lampard sebelum ini sudah mendapatkan Hakim Ziyech, itupun dibeli di luar jendela perpindahan.

Musim ini Lampard tidak membeli mana-mana pemain. Beliau memberikan kepercayaan kepada para pemain muda Chelsea untuk beraksi selepas mereka digantung daripada membeli pemain pada pra musim.

Leboeuf tak setuju

Walaubagaimanapun, bekas pemain Chelsea, Frank Leboeuf meminta Lampard untuk tidak mengambil risiko membeli pemain flop Barcelona itu. Ianya terlalu berisiko kerana Lampard membelanjakan wang sangat besar.

Leboeuf berkata: “Sebenarnya, jujur saya cakap, Lampard, janganlah [sign dia],” tegas beliau kepada ESPN FC.

“Saya rasa Coutinho pemain yang bagus dan saya bukan nak mengecam dia.”

“Saya rasa, Barcelona sekarang nak dapatkan balik harga Coutinho selepas membelinya dengan nilai sebesar itu untuk bermain dalam liga yang tak sesuai dengan Coutinho.”

“Sekarang ini sukar nak menukar sistem. Saya sekarang ni sukar nak memikirkan bahawa Barcelona sanggup untuk rugi £65 juta daripada apa yang mereka beli?”

“Namun jika anda tengok balik kualiti Coutinho, sudah tentu dia pemain sangat berbakat dan sudah tentu dia pemain yang bagus.”

“Namun adakah beliau sekarang berada di tahap pemain handalan? Izinkan saya untuk merasa ragu ke atas perkara ini.”

“Apabila saya melihat Neymar, [Cristiano] Ronaldo, [Lionel] Messi, [Kylian] Mbappe, saya melihat pemain berkelas dunia pada mereka.”

“Namun untuk Coutinho, cuma harganya sahaja kelas dunia, saya malas nak cakap. Cuma saya tak pasti beliau ada kualiti sebagai seorang pemain berkelas dunia.”

“Dan bagaimana pula dengan sistem? Adakah kamu akan meletakkan Coutinho terus dalam pasukan? Di mana beliau mahu bermain?”

“Anda bercakap tentang Chelsea yang sedia membayar £80 juta, £80 juta oi.”

“Ianya harga terlalu tinggi untuk pemain yang beliau ada hari ini. Tidak pasti beliau akan dapat kembali prestasi seperti yang beliau pamerkan di Liverpool. Dan ianya dah hilang.”

“Inilah sebab kenapa saya rasa Coutinho tidak perlu ke Chelsea kerana tiada ruang untuk beliau di dalam pasukan. Pada masa yang sama Chelsea menandatangani pemain yang kita tak tahu kualiti dia sekarang.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.