Mario Gomez Dedahkan Petr Cech Boleh Baca Minda Lawannya

Mario Gomez mendedahkan dia merasakan Petr Cech telah membaca fikirannya semasa penentuan penalti final Liga Juara-Juara Eropah.

Bayern Munich berada di halaman sendiri pada 2012 ketika mereka mengalu-alukan kedatangan Chelsea kendalian Roberto Di Matteo ke Allianz Arena untuk mencari kejuaraan kelima Liga Juara-Juara Eropah.

The Blues sementara itu mencari UCL pertama mereka, tetapi awalnya dilihat bakal pulang dengan tangan kosong apabila Thomas Muller meletakkan Bayern di hadapan selepas 83 minit.

Chelsea bertindak balas dengan pantas menerusi Didier Drogba yang membalas gol itu hanya dua minit sebelum tamat 90 minit. Dengan perlawanan diheret ke masa ekstra dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

Sebelum ke penentuan penalti, Cech sempat menyelamatkan penalti Arjen Robben yang boleh sahaja memberikan kejuaraan kepada Bayern ketika itu jika tiada Cech.

Mengimbau kembali tentang perlawanan akhir untuk dokumentari Generation Wembley di Amazon Prime Video, Gomez mendedahkan dia telah mengubah fikirannya tentang ke mana dia akan mensasarkan sepakannya hanya beberapa saat sebelum mengambil penalti.

“Kemudian saya meletakkan bola dan melihat Petr Cech, yang berdiri di sana dan adalah raksasa,” kata Gomez.

“Dalam perjalanan ke arah bola, saya menukar fikiran dan pergi ke sudut lain.”

Gomez akhirnya melepaskan rembatannya ke kiri Cech, melencongkan bola melepasi genggaman penjaga gol Czech. Cech sebenarnya berjaya membaca bola itu namun gagal menyelamatkannya.

Cech menafikan penalti oleh Ivica Olic dan kemudian Bastian Schweinsteiger juga gagal dalam penaltinya.

Apa yang menarik, penjaga gol legenda dari Republik Czech itu telah melayangkan badan ke arah yang betul untuk kesemua lima penalti Bayern.

Mungkin tidak ramai yang menggariskan tentang perkara itu. Namun Gomez menyatakan bahawa Cech benar benar seorang penjaga gol yang boleh membaca atau memasuki minda lawannya.

“Perkara gila tentang cerita itu adalah selepas itu saya perlu pergi ke bilik kawalan doping,” Gomez meneruskan.”‘

“Petr Cech duduk bersama saya di sana untuk ujian doping. Dia benar-benar pemalu, pendiam, dan akhirnya dia berkata kepada saya, ‘Hei kenapa dengan penalti tadi?’ Saya memandangnya dan berkata “eh?”

“Kemudian dia berkata kepada saya, ‘Kamu mahu menembak ke arah sudut lain dahulu awalnya, dan kamu benar-benar mengelirukan saya. Saya tahu kamu [mengubah fikiran] akan pergi ke sudut lain.”

Mario Gomez talks about Petr Cech’s unbelievable mind games in the 2012 UCL final
byu/LosingMyMindStyll insoccer

Gomez menggelar bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal itu sebagai ‘raksasa’ kerana kebolehannya membaca bahasa badan pemain

“Dia cukup banyak mengatakan apa yang berlaku dalam diri saya. Itu kejam.

“Itu membuatkan saya sedar sekali lagi betapa dia seorang penjaga gol yang hebat. Yang juga membaca pemain dan bahasa badan pemain.”

Gomez kemudian terus menjadi sebahagian daripada pasukan Bayern yang memenangi perlawanan akhir tahun berikutnya, muncul sebagai pemain gantian ketika gergasi Bavaria itu menewaskan Borussia Dortmund di Wembley.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di