Leeds United baru sahaja layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL). Kekalahan West Bromwich Albion yang merupakan pencabar utama mereka kepada Huddesfield Town mengesahkan kedudukan 2 teratas dalam Liga Championship.
WE ARE BACK!!! @PremierLeague
— Leeds United (@LUFC) July 17, 2020
The Whites pada hujung 90-an dan awal 2000 merupakan skuad yang digeruni di England. Mereka merupakan antara pencabar utama di EPL dan juga Liga Juara-Juara (UCL).
Diperkuatkan oleh Harry Kewell, Ian Harte, Lee Bowyer dan Alan Smith, sekadar menyebut beberapa nama, Leeds bukanlah calang-calang pasukan.
Namun tak sah jika kita menyebut mengenai Leeds tanpa Mark Anthony Viduka. Striker prolifik kelahiran Australia ini merupakan penjaring utama skuad kendalian David O’Leary di era tersebut.
Mari bersama penulis kita singkap semula antara detik Viduka ketika bersama The Whites.
Dari Glasgow ke West Yorkshire
Viduka menamatkan musim 1999/2000 bersama Celtic dengan penuh bergaya. Menjaringkan 27 gol dalam liga Scotland. Beliau turut menggondol anugerah Pemain Terbaik Liga Scotland dalam musim yang sama.
Mark Viduka's Celtic career:
⏱️ 46 games
⚽️ 35 goals
🏆 1 trophy💰 Bought for £3.5m
💰 Sold for £6m pic.twitter.com/10TokGLJFs— Celtic Soccer Show (@CelticSoccrShow) April 13, 2019
Pencapaian hebat Viduka telah menarik minat pengurus Leeds, David O’Leary untuk membawanya ke Elland Road untuk digandingkan bersama Kewell dan penjaring terbanyak mereka, Micheal Bridges.
Setelah bidaan sebanyak £6 juta diterima, Viduka menyertai Leeds pada permulaan musim 2000/2001.
Musim 2000/2001
Viduka membuka akaun jaringan di Leeds pada 30 September 2000 apabila menjaringkan 2 gol ketika menentang Tottenham Hotspurs di Elland Road. Mula menambat hati penyokong setelah menjaring 4 gol ketika Leeds menewaskan Liverpool 4-3 di tempat sendiri.
#OnThisDay 2000: Viduka moved to Leeds from Celtic
Remember his 4 goals v Liverpool? pic.twitter.com/RQijqO6gyA
— Classic Football Shirts (@classicshirts) July 21, 2018
Viduka menjaringkan gol pertama di pentas eropah bersama Leeds ketika menentang Besiktas yang mana berakhir dengan kemenangan mudah 6-0.
Viduka menamatkan musim 2000/2001 dengan menyumbat 17 gol dalam saingan EPL dan 22 gol secara keseluruhan.
⚽🔥 Mark Viduka was #LUFC's top goalscorer during the 2000/01 season – claiming 22 goals in all competitions.
Here are the rest of the top five. 👇 #EFL #MOT @DoubleTWOshirts pic.twitter.com/c2li8b3BPE
— Leeds United StatZone (@lufcsz) April 15, 2020
Membantu Leeds mara ke separuh akhir UCL dan tempat ke-4 dalam saingan EPL namun gagal layak ke UCL pada musim seterusnya.
Musim 2001/2002
Pada musim ini, Viduka digandingkan dengan Robbie Fowler, penyerang yang baru dibida dari Liverpool. Viduka berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan EPL.
Leeds United 2001/02:
Nigel Martyn.
Danny Mills, Rio Ferdinand, Jonathan Woodgate, Ian Harte, Olivier Dacourt.
Harry Kewell, Alan Smith, Robbie Keane, Mark Viduka, Robbie Fowler.
What. A. Team.
😍#LUFC pic.twitter.com/TTmexbnvWx
— William Hill (@WilliamHill) October 31, 2019
Beliau menjaringkan 2 gol dalam 2 Roses Derby yang berakhir seri 1-1 di Old Trafford dan tewas 3-4 di Elland Road. Viduka gagal membantu Leeds layak ke UCL dalam 2 musim berturut-turut apabila sekadar menamatkan kedudukan di tangga ke-5 liga.
Dalam saingan Piala UEFA, Leeds mara hingga ke pusingan ke-4 sebelum disingkirkan oleh jaringan minit akhir Jan Vennegoor of Hesselink membolehkan PSV Eindhoven menang agregat 1-0.
We go 🔙 to 2⃣0⃣0⃣2⃣@LUFC – PSV: 0-1
Next round UEFA Cup! 🏆 pic.twitter.com/ENQK5vhkRW
— PSV (@PSV) February 28, 2019
Viduka turut menyumbang 3 gol dalam saingan kelas kedua eropah itu.
Musim 2002/2003
Leeds mula dibelenggu hutang yang tinggi setelah gagal layak ke saingan tertinggi eropah dalam tempoh 2 musim. Ramai pemain bintang terpaksa dijual bagi meringankan beban hutang mereka.
Namun Viduka kekal dengan prestasi konsisten dengan menjaringkan 22 gol secara keseluruhan dengan 20 gol darinya dari saingan EPL. Sempat menjaringkan hatrik ketika Leeds menewaskan Charlton Athletic 6-1.
5 – The top five highest scoring players in the 2002-03 Premier League campaign.
25 – Ruud van Nistelrooy
24 – Thierry Henry
23 – James Beattie
20 – Mark Viduka
19 – Michael OwenEfficient. #OptaPLSeasons pic.twitter.com/T64Sdi1NTu
— OptaJoe (@OptaJoe) April 6, 2020
Skuad bimbingan Terry Venables hanya mengharapkan sentuhan Viduka untuk kekal di EPL apabila pemain Australia itu menjaringkan 10 gol dalam 7 perlawanan terakhir liga. Leeds menamatkan saingan di tangga ke-15.
Musim 2003/2004
Kali ini, Viduka gagal menyelamatkan Leeds dari tersingkir setelah The Whites menamatkan kedudukan di tangga ke-19.
📅 | #OnThisDay…
3️⃣ years is a long time…
2001: @LUFC 0️⃣ @valenciacf 0️⃣
Leeds retain hopes of reaching the @ChampionsLeague final
2004:@OfficialBWFC 4️⃣ @LUFC 1️⃣
Leeds see their relegation from the @premierleague all but confirmed
⚪️ #lufc pic.twitter.com/y34qyOusqD
— Football On This Day (@footieonthisday) May 2, 2018
Ramai pemain utama terpaksa dijual setelah masalah kewangan yang semakin meruncing. 11 jaringannya masih dianggap baik bagi kelab yang semakin hilang arah ini.
Berhijrah ke Riverside
Setelah Leeds tersingkir ke liga bawahan, Viduka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Middlesbrough untuk meneruskan karier di EPL.
#OnThisDay in 2004, Mark Viduka joined #Boro from Leeds United. The Aussie scored 41 goals in 98 appearances on Teesside, and remains the club’s top scorer at the Riverside with 32 goals. 🇦🇺
📸: Getty pic.twitter.com/fVGcwHKJ3h
— EverythingMFC (@EverythingMFC) July 8, 2020
Kini tamatlah sudah kisah cinta antara 2 entiti ini. Namun, kenangan bersama Viduka pasti akan kekal dalam ingatan penyokong Leeds khasnya, dan peminat EPL, amnya.