Mark Zuckerberg Alami Kecederaan ACL Dan Terpaksa Tangguh Pertarungan Awal Tahun Depan

Mark Zuckerberg telah terlantar di hospital kerana mengalami kecederaan ACL.

CEO Meta itu merupakan peminat tegar suka MMA. Dan dia dalam persiapan untuk pertarungan MMA awal tahun depan.

Satu foto dimuat naik di Instagram telah menunjukkan bahawa billionaire itu terbaring atas katil hospital dengan kaki kirinya berbalut dan berpendakap.

Dia menulis: “Koyak ACL saya ketika sparring dan perlu menjalani pembedahan untuk menggantikannya. Rasa berterima kasih kepada doktor dan pasukannya yang merawat saya.”

“Saya berlatih untuk aksi kompetitif MMA tahun depan. Namun sekarang ianya terpaksa ditangguhkan. Masih tidak sabar untuk melakukannya selepas saya pulih nanti. Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej sayang dan sokongan.”

Pada Mei lalu, Mark Zuckerberg menamatkan pertandingan jiu jitsu pertamanya. Dan dia baru baru ini memuat naik beberapa rakaman aksi dia berlatih.

Beberapa minggu lalu, dia berkongsi gambar diambil jarak dekat menunjukkan ada luka pada hidung dan bawah matanya. Dan dia menyatakan bahawa itu adalah kerana latihan intensif dengan rakan sparring beliau.

Sebelum ini, founder kepada Facebook, Mark Zuckerberg meraih perhatian media selepas dia dikatakan setuju untuk berlawan dengan pemilik Twitter Elon Musk selepas beberapa siri sindir menyindir antara mereka.

Kedua duanya kemudian saling menganjing antara satu sama lain di media sosial. Elon Musk seterusnya memuat naik gambar dia berlatih angkat berat.

Beberapa minggu kemudian Elon Musk menggunakan polisi bayaran untuk blue tick dan kawalan kuota untuk bebenang di Twitter.

Tidak lama kemudian Zuckerberg mewujudkan media sosial baharu bernama Threads [bebenang]. Membuatkan Elon Musk bengang dan mengajak Mark Zuckerberg bertumbuk.

Zuckerberg membalas: “Jika Elon benar benar serius tentang tarikh sebenar dan acara rasmi pertarungan, dia tahu cara hubungi saya. Apapun, masa untuk move on.”

“Saya sekarang fokus untuk bersaing dengan mereka yang serius dalam sukan tempur ini. Itu je.”