Mark Zuckerberg Kutuk TikTok Secara Terbuka, Persoalkan Tahap Keselamatannya

Mark Zuckerberg sudah menyatakan ikrar beliau bahawa beliau tidak akan sesekali pernah sukakan TikTok.

Dan beliau sudah menyatakan tidak pernah mempertimbangkan TikTok dalam senarai untuk beliau jadikan jenama di bawah mereka seperti mana WhatsApp dan Instagram.

Ia sekaligus menepis dakwaan yang mengaitkan Zuckerberg dengan usaha cuba memiliki TikTok.

Pemerhati bebas menyatakan Mark Zuckerberg kelihatannya sudah tidak dapat menyembunyikan kecemburuannya kepada TikTok sehingga terbuka memberitahu dia bencikan TikTok.

Kenapa Mark Zuckerberg benci dengan TikTok? Ianya lebih kepada perasaan risau dan rasa terancam dengan perkembangan aplikasi tersebut yang kini sudah dimuat naik lebih 738 juta pada 2019.

Sensor Tower melaporkan TikTok sebagai aplikasi baharu yang meningkat naik dengan sangat mendadak. Hanya WhatsApp yang dimiliki Facebook yang berada di atas mereka pada ketika ini.

Walaupun WhatsApp berada di atas, namun TikTok ternyata memberikan mereka persaingan dan ancaman. Malah TikTok berada di atas Facebook, Facebook Messenger dan Instagram.

Pada 2019, TikTok di-‘install’ sebanyak 44% daripada 1.65 billion muat turun.

Mark Zuckerberg kemudian mempertikaikan tahap sekuriti data oleh TikTok yang dimiliki oleh China.

“Servis WhatsApp kami digunakan semua orang termasuk protester, aktivis di seluruh dunia kerana mereka percaya dengan encryption serta perlindungan privasi yang kuat.”

“TikTok pula, aplikasi dari China ini telah meningkat naik di seluruh dunia. Anda tak boleh memetik nama protes kerana ia akan dicensorend, termasuk di Amerika Syarikat.”

“Adakah ini yang warga internet mahukan?”

“China kini telah menghantar mata-mata mereka menerusi internet ke negara lain.”

Kenyataan Mark Zuckerberg itu tidak disenangi oleh TikTok. Mereka menafikan mereka dipengaruhi oleh polisi politik dan diplomasi kerajaan China.

Malah mereka kini dalam proses untuk menjual sebahagian daripada pemilikan saham mereka kepada pihak luar negara bagi membuktikan mereka bukannya milik mutlak kerajaan China.

Namun amaran Mark Zuckerberg ini telah menimbulkan kegusaran pada TikTok. Mereka risau tuduhan yang menurut mereka, tak berasas daripada Mark Zuckerberg ini akan mempengaruhi pentadbiran Trump.

Tahun lalu terdapat laporan menyatakan Mark Zuckerberg pun ada akaun TikTok.

Baca yang lain