Marlon Alex James: 40 Gol Pada ‘Treble’ Pertama Dan 45 Gol Pada ‘Treble’ Ke-2

Tanggal 8 September 2007, Kedah tampil di perlawanan akhir Piala Malaysia. Skuad kendalian Azrai Khor ini menewaskan Perak 3-0 melalui jaringan pemain yang berusia 20 tahun, Khyril Muhymeen Zambri.

Marlon Alex James pula menjaringkan 2 gol, melengkapkan musim treble Kedah. 2 gol tersebut juga merupakan jaringannya yang ke-39 dan 40 sepanjang musim pertamanya di Kedah.

Khyril Muhymeen dan Baddrol Bakhtiar antara pemain muda Kedah yang membesar ketika Alex James menunjukkan kehebatannya

Marlon Alex James lagenda penjaring gol

Sebelum menyertai Kedah, Alex James sudah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang penjaring prolifik. Bersama MK Land selama 2 musim dan merekod 41 jaringan di Liga Perdana.

Selepas meninggalkan Kedah, Alex James kembali buat kali ke-3 ke kancah saingan Malaysia dengan menyertai ATM.

Ketajamannya masih kekal. Pada perlawanan pertama beliau menjaringkan 2 gol dan seterusnya merekod 4 gol pada perlawanan ke-2.

ATM menjuarai Liga Perdana dan mendapat promosi ke Liga Super pada musim berikutnya.

Apa yang kami mahu tekankan disini, berapakah jumlah gol penyerang ini ketika bersama Kedah yang melakukan Double Treble.

Statistik ini tidak pernah ditulis dan direkodkan secara spesifik.

40 jaringan Alex James pada treble pertama

Amat jarang untuk kita melihat seorang penyerang yang mampu menjaringkan 40 gol pada 1 musim, apatah lagi melakukannya 2 kali berturtut-turut.

Alex James melakukannya dan mungkin hanya beliau sahaja yang berjaya melakukannya setakat ini.

Pada musim ini (2006/07 atau boleh dipanggil musim 2007), Kedah bermula dengan agak perlahan apabila tewas 2 kali pada 3 perlawanan awal.

Tewas kepada DPMM (juga dikenali sebagai Brunei) 1-2 pada perlawanan pembukaan dan Terengganu 2-3 di perlawanan ke-3.

Akaun jaringan Alex James hanya muncul pada penampilan ke-3 ketika bertemu Terengganu. Bagaimanapun Kedah tewas pada perlawanan tersebut.

Alex James akhirnya mengumpul 20 jaringan sepanjang kempen Liga Super, menjadi penjaring ke-2 terbanyak dibelakang Kieta Mandjou dan Shazaren Said yang mencatat 21 jaringan.

Barisan utama Kedah ketika mencipta sejarah di Malaysia dengan Double Treble

Kedah menjuarai Liga, 2 mata di hadapan Perak.

Penyerang dari benua Amerika Tengah ini melebarkan rekod jaringan di pertandingan Piala FA dengan 5 gol dan ketajamannya memuncak pada saingan Piala Malaysia.

Laluan Kedah merangkul Piala Ke-3 itu dibantu dengan 15 jaringan dari Alex James. Beliau juga melakukan rekod jaringan tertinggi dalam 1 perlawanan apabila menjaringkan 5 gol ketika membenam Melaka 6-1 di pusingan suku akhir pertama.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Alex James menjaringkan 2 gol dan ia merupakan kali ke-9 beliau mejaringkan 2 gol dalam 1 perlawanan.

Tidak cukup dengan itu, Alex James juga merakam 2 kali hatrik.

Alex James menggila, Kedah gembira.

  • Liga Super, 20 gol
  • Piala FA, 5 gol
  • Piala Malaysia, 15 gol

45 jaringan Alex James pada treble ke-2

Alex James tidak menunggu lama, mencatat hatrik pada perlawanan ke-5 Liga Super 2007/08. Seterusnya merekod jaringan berganda pada perlawanan ke-7 dan ke-8.

Para peminat skuad Hijau Kuning menyaksikan Alex James menunjukkan konsistensi jaringan pada perlawanan ke-9 sehingga perlawanan ke-13.

Beliau menjaringkan gol dalam kesemua 7 perlawanan dengan jumlah gol terkumpul 9.

Kali ini Alex James menamatkan kempen Liga Super ke-2 bersama Kedah dengan 23 gol.

Kedah juara Liga lagi. Alex James menang kasut emas.

Keputusan dan senarai penjaring Kedah pada musim 2007/08

Alex James menjadi mimpi ngeri kepada pasukan Melaka. Selepas dibelasah pada suku akhir Piala Malaysia pada musim sebelumnya, kali ini mereka berentap di Piala FA, juga suku akhir.

Kedah membelasah Melaka sekali lagi dengan jaringan 6 gol (2-6) dan Alex James mejaringkan 4 gol.

Perjalanan Kedah merangkul Piala FA kali ino dibantu dengan 9 gol Alex James.

Sementara itu, 13 gol beliau di pertandingan Piala Malaysia 2007/08 menutup akaun 85 jaringannya. Alex James meninggalkan Kedah dengan 6 kejuaraan utama domestik.

  • Liga Super, 23 gol
  • Piala FA, 9 gol
  • Piala Malaysia, 13 gol

Masih adakah pemain selepas era milenia yang mempunyai rekod 40 jaringan semusim?

Melakukannya 2 kali berturut-turut?

Mungkin hanya Alex James sahaja mampu lakukan catatan ini dan sudah pasti para peminat bola sepak Kedah berbangga kerana ia tertulis dalam sejarah bola sepak mereka.

Kehebatan Marlon Alex James disempurnakan dengan double treble.

Tiada lagi kelibat Marlon Alex James selepas FAM tidak membenarkan penggunaan pemain import (2009-2011)

Statistik hebat Alex James tidak dapat diteruskan pada musim seterusnya disebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi membenarkan penggunaan pemain import.

Peraturan itu bertahan selama 3 musim sebelum kembali semula pada 2012. Alex James kembali dengan menyertai ATM pada musim 2013.

Dikhabarkan juga pemain ini telah menamakan anak perempuannya dengan nama Malaya. Mungkin sebagai mengenangkan kenangan beliau ketika berada disini.

Lain-lain

Kedah melalui 94 perlawanan sepanjang perjalanannya meraih double treble dan menjaringkan 223 gol. 85 darinya adalah milik Marlon Alex James. Hampir 40%.

Menurut segelintir para peminat pasukan Kedah, apabila Alex James menerima bola dan berada dalam situasi 1 lawan 1 dengan pertahanan lawan, anda sudah boleh meraikan jaringan walaupun bola belum masuk ke gawang.

Ia pasti akan masuk jika pemain itu adalah Marlon Alex James.

Ketajaman Marlon Alex James mungkin sukar dikenang kerana jumlah golnya tidak pernah ditulis dengan jelas

Pemain ini pernah berkata dalam salah satu blog pasukan Kedah. Tapi ia bukan merujuk kepada rekod 85 jaringan/2 musim di semua pertandingan. Ia hanya merujuk kepada rekod 23 jaringannya di Liga Super dan pemain ini juga merindui Malaysia.

“Secara jujurnya saya tidak sangka saya adalah pemegang rekod tersebut kerana saya hanya fokus pada persembahan pasukan secara keseluruhan,”

“Saya sangat rindukan Malaysia dan pastinya saya ingin kembali dan bertugas di sana,” tutur penyerang yang sinonim dengan jersi nombor 9 ini.

Mungkin Alex James sendiri tidak sedar sebenarnya beliau mempunyai statistik yang lebih dasyat berbanding sekadar penjaring terbanyak Liga Malaysia 2007/08?

https://penyokongskuadlangmerah.blogspot.com/2017/10/saya-tidak-kisah-rekod-saya-di-pecahkan.html

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di