Marquez Akui Sudah Tak Ambil Peduli Tentang Rossi Sejak 2018

Pelumba legenda hiduo Repsol Honda, Marc Marquez telah melihat kembali “kesilapan” yang dilakukannya semasa pertelingkahannya dengan Valentino Rossi satu masa dulu.

Pelumba dari Sepanyol itu mendedahkan bahawa detik semasa MotoGP Argentina 2018 adalah kali terakhir mereka bercakap antara satu sama lain.

Persaingan Rossi dan Marquez telah diimbas kembali menerusi dokumentari baharu Marquez. Dalam dokumentari itu, dia memperincikan setiap aspek kerjayanya, termasuk hubungannya dengan rakan pelumba MotoGP.

Dia percaya The Doctor itu sengaja menendangnya ketika persaingan di Litar Sepang, Malaysia pada 2015.

Tetapi, dia juga mengakui bahawa dia wajar dipersalahkan atas pertembungan mereka di Argentina pada 2018.

Dia juga menafikan tuduhan bahawa dia sengaja membantu Jorge Lorenzo dan menyusahkan Rossi pada masa itu.

Marquez berkata: “Sejak Argentina 2018, saya tidak bercakap dengannya lagi. Jadi, segala-galanya telah berlaku dan kami mempunyai hubungan yang baik.”

“Ya, memang benar saya melakukan kesilapan,” kata Marquez.

“Dalam motosikal, ada memotong sehingga had dan kadangkala tidak dikawal sepenuhnya. Ia berlaku dalam semua kategori,” kata pelumba berusia 30 tahun itu.

“Roda hadapan saya longgar apabila saya memintasnya dan motor saya terkenanya, dia terbabas. Mereka menghukum saya kerana itu dan saya meminta maaf.”

“Tetapi dia menuduh saya, dengan cara yang sangat lantang, malah dengan biadap sekali.”

Sejak kejadian itu, Marquez mengakui tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang Rossi.

Pada MotoGP Argentina 2018, Marquez bermula dari tempat ke-19 menerusi penalti tetapi terus mara, naik ke tempat ketujuh di belakang Rossi.

Apabila dia cuba memintas terlalu agresif, Rossi jatuh. Akibatnya, Marquez menerima penalti 30 saat.

Bos Repsol Honda, Alberto Puig cuba memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Yamaha tetapi disekat secara mendadak sebelum Rossi memberitahu pemberita bahawa dia tidak berasa selamat berlumba bersama Marquez.

Rossi menuduh Marquez sebagai pelumba mementingkan diri sendiri dan membahayakan semua pelumba lain.

“Dengan Valentino, saya banyak belajar daripadanya dan dia telah menjadi penanda aras untuk dunia motosikal secara amnya,” kata Marquez.

“Tetapi, selama bertahun-tahun, saya telah belajar bahawa anda tidak boleh berkawan dengan semua orang. Bersama Valentino ada saat-saat baik dan buruk, dan kini masing-masing menuju ke arahnya sendiri,” kata Marquez.

“Ia akan berlaku kepada saya juga. Ia adalah undang-undang kehidupan. Akan tiba masanya apabila seorang lelaki muda datang dan mengalahkan anda dan anda tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya,” kata pemegang enam gelaran dunia MotoGP itu.

“Adalah sukar untuk dihadam pada mulanya, tetapi penerimaannya baik, juga baik daripada Dani Pedrosa. Kami juga bertembung, dengan Dani, Lorenzo. Saya datang secara agresif. Saya pergi dengan segala-galanya.”

Marquez boleh menyamai rekod tujuh gelaran kelas utama yang dimenangi Rossi jika dia memenangi gelaran dunia MotoGP tahun ini.

Siri pertama MotoGP 2023 akan berlangsung pada 25-27 Mac di Litar Algarve, Portugal.

Baca yang lain