Marquez: Bagnaia Tiada Pengalaman, Quartararo? Kalau Saya Tahu, Saya Tak Akan Beritahunya

Pelumba Repsol Honda Marc Marquez diminta untuk mendedahkan kelemahan Fabio Quartararo dan Francesco Bagnaia dalam MotoGP.

Marc Marquez telah diminta oleh Marca untuk menganalisis kelebihan dan kekurangan beberapa pesaingnya dalam MotoGP. Di mana dua pelumba tersebut dalam prestasi terbaik mereka.

Bermula dengan analisis tentang Fabio Quartararo. Marquez mendedahkan kelebihan pelumba Monster Energy Yamaha itu dengan nada ringkas: “Kelajuan,” kata Marquez.

Apa pula kelemahan Quartararo? Marquez menyatakan bahawa buat masa ini, dia masih belum menemuinya. Dan berkata, jika suatu hari nanti dia menemuinya, dia tak akan berkongsi dengan umum.

“Titik lemah? Sukar untuk mencarinya dan jika saya menjumpainya saya tidak akan memberitahunya supaya dia tidak memperbaikinya. Sudah tentu [dia akan sentiasa memperbaki diri], sebab dia juara,” kata pelumba asal Sepanyol itu.

Quartararo adalah penyandang juara MotoGP MotoGP pada 2021. Kini dia cuba mempertahankan kejuaraannya pada edisi tahun ini.

Pelumba yang digelar El Diablo itu kini berada di tangga teratas MotoGP 2022 dengan mengumpul 180 mata. Dia hanya mempunyai perbezaan 22 mata daripada Aleix Espargaro yang berada di tempat kedua.

Selepas berbincang tentang Quartararo, Marquez terus bercakap tentang Francesco Bagnaia.

Sekali lagi Marquez menjawab ringkas apabila ditanya tentang kelebihan Francesco Bagnaia.

“Ketenangannya,” kata juara dunia 8 kali itu

Apa pula kelemahan Bagnaia di mata Marquez?

Kali ini Marquez lebih terbuka berkongsi kelemahan Bagnaia berbanding Quartartaro.

Menurutnya pelumba itu masih kekurangan pengalaman untuk mengendalikan tekanan dalam persaingan lebih tegang. Terutama sekali sekarang ini dia secara langsung telah bersaing dalam perebutan kejuaraan dunia.

Marquez berkata: “Bagnaia tidak pernah berjuang untuk kejuaraan dunia di MotoGP sebelum ini. Dia telah memenangi beberapa siri perlumbaan, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman mengatasi tekanan untuk persaingan juara dunia.”

Bagnaia kini menjadi pilihan sekali lagi untuk menjadi juara dunia MotoGP 2022 selepas prestasi hebatnya di Silverstone.

Marquez sendiri sebelum ini menyatakan bahawa ia meramalkan bahawa Bagnaia akan mampu menjadi juara dunia pada musim ini.

Dalam perlumbaan MotoGP British 2022, Bagnaia berjaya menjadi pemenang.

Kemenangan ini amat penting buat pelumba Itali itu untuk merapatkan jurang mata dengan Quartararo di tangga teratas.

Bagnaia kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan dengan jarak 49 mata daripada Quartararo. Dalam prestasi semasa, Bagnaia benar benar menggerunkan.

Marquez masih berehat selepas pembedahan. Dia menyatakan bahawa dia masih berharap akan kembali bersaing dalam musim ini selepas dia sembuh kelak.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan