Pelumba Repsol Honda Marc Marquez sah akan terlepas sekali lagi dari minggu perlumbaan MotoGP Brno, Czech, pada 7-9 Ogos.
Walaupun begitu, pada hari Selasa, El Periodico melaporkan bahawa dia juga akan terlepas sekurang kurangnya daripada dua lagi MotoGP iaitu Austria dan Styria di Litar Red Bull Ring.
Laporan dari Sepanyol menerusi de Roxas,dan ia adalah sumber yang paling dekat dengan Marquez menyatakan bahawa pelumba itu tidak akan dapat pulih dengan sebaiknya dari kecederaan di lengan kanannya sekurang-kurangnya bulan depan.
Selain itu Marquez juga dikatakan baru saja menjalani pembedahan kedua sebagai rawatan susulan daripada pembedahan sebelum ini.
MotoGP champion Marc Marquez has second operation to replace damaged plate https://t.co/MVnEqc6ttM
— TOI Sports News (@TOISportsNews) August 4, 2020
Marquez diketahui mengalami kemalangan dalam MotoGP Sepanyol di Jerez dan membuatkan tulang humerusnya patah lalu dimasukkan skru
Dua hari selepas menjalani pembedahan Marc Marquez telah tampil di Jerez dalam usahanya untuk terlibat di dalam perlumbaan tersebut.
Namun usahanya tidak berhasil selepas beliau mencuba menunggang motosikal dalam dua sesi latihan bebas.
Honda kini berdepan dengan cabaran kehilangan lebih banyak mata dalam 5 siri pertama Musim 2020.
Honda perlu membuktikan bahawa mereka mampu mengutip mata terutama sekali podium tanpa Marc Marquez.
Ini selepas banyak pihak dalam beberapa musim ini termasuk seteru mereka Yamaha mendakwa bahawa Repsol Honda terlalu bergantung kepada kepakaran Marc Marquez.
Honda Racing Corporation (HRC) juga belum mengeluarkan pernyataan rasmi mengenai perlumbaan dua lagi sesi perlumbaan Ogos selepas ini.
Apa yang pasti Marquez sudah sah tersisih daripada GP Czech di Brno dan diganti sementara oleh pelumba ujian HRC Stefan Bradl.
Walaupun begitu, de Rozas melaporkan bahawa pelumba berusia 27 tahun itu benar-benar tidak akan hadir dari kedua-dua perlumbaan di Litar Red Bull Ring.
Ini bermakna Marquez paling awal akan dapat tampil di trek sekali lagi pada pertengahan September, iaitu dalam dua perlumbaan di Misano, Itali, pada 11-13 dan 18-20 September.
Maybe those press ups so soon after the operation weren’t a good idea. Márquez back in hospital today for 2nd op on right arm. Now waiting 48 hours ‘to understand recovery time.’ pic.twitter.com/mVzdXqwye3
— Neil Morrison (@NeilMorrison87) August 3, 2020
De Rozas juga melaporkan bahawa Marquez kecewa kerana ramai orang menganggapnya ‘gila’ ketika dia bertekad untuk mencuba perlumbaan di MotoGP Andalusia hanya beberapa hari selepas operasi pertama.
Dia menegaskan bahawa dia tidak ‘gila’ dan pada masa yang sama tidak mahu dianggap sebagai ‘pahlawan’.
Marquez