Marquez Kemalangan Lagi Di Mandalika, Kali Ini Dikejarkan Ke Hospital

Pelumba handalan dan harapan Repsol Honda, Marc Marquez, mengalami kemalangan ngeri ketika sesi pemanasan / warming up (WUP) MotoGP Indonesia di Litar Mandalika, Lombok pada Ahad. Kemalangan itu agak serius dan Marquez dikejarkan ke hospital di Mataram untuk menerima rawatan serta merta.

Marquez sebenarnya kelihatan agak kompetitif semasa sesi warming up tersebut di Mandalika tersebut walaupun bukannya prestasi terbaiknya secara keseluruhan sejak tiba di Mandalika.

Mandalika ternyata litar yang sukar buat Marquez. Ini apabila secara keseluruhan, dia mengumpul empat kemalangan sepanjang tiga hari di Mandalika iaitu satu dalam sesi latihan bebas kedua (FP2), dua dalam Kelayakan 1 (S1), dan satu dalam sesi pemanasan.

Marquez benar benar bergelut dengan prestasinya dalam GP Indonesia kali ini.

Tidak cukup dengan itu, Marquez turut melakukan lima tindakan ‘menyelamat’ atau mengelakkan kemalangan kerana dia hampir terjatuh iaitu satu dalam FP2, dua dalam FP4, satu dalam Q1, dan satu dalam WUP. Bagaimanapun, kejadian paling serius ialah kemalangan yang berlaku di selekoh 7 dalam sesi WUP pada pagi Ahad.

Ini antara aksi cekap Marc Marquez ketika mengelakkan kemalangan di selekoh.

Marquez berada di tempat kedua apabila sesi WUP berbaki dua minit. Bagaimanapun, tayar belakangnya terbabas ketika memasuki selekoh 7. Juara dunia lapan kali itu dilihat cuba mengimbangi motosikalnya tetapi terpelanting ke udara.

Marquez kemudiannya jatuh kuat ke permukaan litar, dan motosikal RC213V miliknya rosak teruk. Pelumba berusia 29 tahun itu bangun, tetapi kelihatan dia sendiri terpinga pinga. Dia kemudian diiringi oleh doktor, dibawa ke Pusat Perubatan.

Tidak lama selepas itu, akaun Twitter MotoGP mengumumkan bahawa Marquez dikejarkan ke hospital di Mataram untuk pemeriksaan lebih terperinci. Sehingga kini, diagnosis keadaan Marquez masih belum diketahui.

Dan pundit merasakan bahawa peluangnya untuk berlumba kian sukar.

Marquez menjadi bintang utama

Marc Marquez menjadi bintang utama di dalam MotoGP Grand Prix Indonesia. Di mana para peminat motoGP di Jakarta benar benar teruja mahu melihat Marquez beraksi di litar baharu negara mereka itu.

Marquez sebelum ini bertekad mahu memperbaiki prestasinya selepas dia mengalami kemalangan ngeri beberapa tahun lalu, prestasinya sudah tak sama musim lalu.

Dia masih berlumba dalam kesakitan sepanjang musim lalu. Dan berharap musim ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula Marc Marquez untuk menjadi raja di litar sekali lagi.

Marquez menjadi nama paling besar dalam MotoGP selepas persaraan penuh Valentino Rossi pada akhir musim lalu. Marquez merupakan pelumba dengan kejuaraan dunia terbanyak berbanding pelumba lain dalam persaingan musim ini.

Quartararo cemerlang dalam sesi pemanas badan

Fabio Quartararo membuat permulaan yang sempurna untuk hari perlumbaan di Mandalika selepas mengungguli acara pemanas badan MotoGP.

Fabio Quartaro jelas sudah memberikan amaran kepada pelumba lain bahawa dia sedia untuk menjadi peserta yang perlu dikalahkan dalam persaingan musim ini. Quartararo benar benar sedia untuk mempertahankan kejuaraannya. Selepas merampasnya daripada Joan Mir musim lalu.

Seterusnya, Jorge Martin memulakan pemanasan MotoGP dengan mengikuti rapat juara dunia Fabio Quartararo.

Ketika Marquez bergelut untuk mencari rentaknya, rakan pelumba Honda Takaaki Nakagami tidak mempunyai masalah seperti itu ketika dia mendahului.

Nakagami kemudiannya diturunkan ke P2 apabila pelumba KTM, Miguel Oliveira memintasnya. Malah, Oliveira telah menghabiskan sebahagian daripada setiap sesi kecuali Q2 di tempat pertama, sesuatu yang dia harapkan untuk diulangi dalam perlumbaan sebenar 27 pusingan.