Marc Marquez tidak dapat kekecewaannya selepas beraksi di MotoGP Perancis 2022. Pelumba Repsol Honda itu mengakui ketandusan idea untuk berlumba di trek.
Marc Marquez menamatkan perlumbaan MotoGP Perancis 2022 yang berlangsung di Litar Bugatti, Le Mans pada Ahad dengan menduduki tempat keenam.
Beberapa minggu lalu Marquez sangat yakin dia akan berada di podium buat pertama kali dalam masa terdekat selepas sekian lama. Tetapi masih juga dia gagal melakukannya.
Tetapi selepas sesi latihan, Marquez merasakan bahawa GP Perancis mungkin bukan tempat untuk dia menikmati podium.
Bercakap kepada wartawan, Marquez menegaskan bahawa dia sudah menjangka keputusan ini apabila berfikir secara realisitik.
Pelumba asal Sepanyol itu nampaknya masih belum cukup serasi dengan motosikal RC213V terbaru yang digunakan untuk MotoGP 2022.
Semasa sesi latihan bebas, Marquez telah mencuba pelbagai cara untuk mencari cara untuk tampil berdaya saing.
Namun sehingga sesi perlumbaan berlangsung, Marquez masih belum menemui jalan penyelesaian untuk menunjukkan kehebatannya di atas trek.
Keadaan ini membuatkan Marquez tidak dapat tidak menerima keadaan yang dialaminya.
“Kami mempunyai jurang 15 saat daripada pemenang perlumbaan (Enea Bastianini),” kata Marquez kepada Motosan.
Love my baby ❤️ pic.twitter.com/YyAc3gKwOw
— Enea Bastianini (@Bestia23) May 16, 2022
“Itulah sebabnya mudah untuk menerima penamat tempat keenam. Saya cuba memperbaiki gaya tunggangan saya dan Honda sedang mencari penyelesaian.”
“Tetapi kami memerlukan sesuatu. Di dalam kotak fikiran kami, kami kehabisan idea. Kami memerlukan idea.”
“Awalnya pada hari Sabtu, saya mengatakan bahawa lebih kurang begini, kami mungkin akan menamatkan perlumbaan di antara tempat kelima dan ketujuh, dan kami mencapai matlamat itu.”
“Kini tiba masanya untuk melihat bagaimana perlumbaan seterusnya,” tambahnya.
Marquez menganggap berasa bertuah kerana dapat menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat keenam.
Hal ini kerana terdapat tiga pelumba seperti Francesco Bagnaia, Joan Mir, dan Alex Rins, yang mengalami kemalangan di hadapan Marquez.
“Tanpa tiga pemandu yang jatuh di hadapan, sudah tentu saya akan menduduki tempat kesembilan. Saya sudah tidak boleh pergi lebih laju lagi,” kata pelumba yang memiliki beberapa siri kejuaraan dunia dalam kabinetnya.
Marquez nampaknya menghadapi kesukaran untuk bersaing malah sukar untuk memintas lawannya. Hanya mampu bertahan di kelompok pertengahan.
Semasa perlumbaan, juara dunia lapan kali itu cuba membuat taktik yang agak berisiko.
Dia turut sengaja membenarkan Johann Zarco yang sudah lama berpaut dengannya melalui.
Taktik ini sengaja dilakukan oleh Marquez dengan niat untuk mengekori Zarco bagi mengatasi perbezaan jarak dengan beberapa pelumba di hadapannya.
Namun, strategi yang diguna pakai Marquez gagal kerana tidak dapat menyaingi kepantasan pelumba Perancis itu. Dan akhirnya memakan diri. Tetapi Marquez mempertahankan tindakannya. Kerana dia berkata, dia perlu melakukan sesuatu, walau apa sahaja.
“Motosikal saya tidak boleh lebih laju. Apabila Johann Zarco mengejar saya, saya sengaja membiarkan dia berlalu dan tidak membuang masa,” kata Marquez.
Today 110,003 fans have seen a magnificent @Bestia23 clinch his third victory of 2022 in the legendary Bugatti Circuit 🥇
But if you have missed it, here you can have a look at the best bits of an eventful #FrenchGP 🇫🇷 👇https://t.co/t0RXNLyi9E
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) May 15, 2022
“Saya cuba mengikut, tetapi saya lihat dia lebih pantas dan saya kemudian fokus untuk menamatkan perlumbaan.”
“Dengan situasi yang kita hadapi, untuk memintas lawan anda, anda perlu menjadi sangat agresif dan mengambil banyak risiko.”
“Kini, jika pelumba di hadapan tidak melakukan kesilapan, hampir mustahil untuk melepasi mereka,” sambung beliau lagi dalam nada penuh hampa.
Marquez menamatkan MotoGP Perancis 2022 dengan menduduki tempat keenam dan mendapat tambahan 10 mata.
Kini, pelumba berusia 29 tahun itu telah mengumpul 54 mata untuk menduduki tempat ke-10 dalam kedudukan keseluruhan carta MotoGP 2022.
Jumlah mata itu menjadikan Marquez ketinggalan 48 mata daripada Fabio Quartararo yang masih mendahului kedudukan semasa.
For the first time in Grand Prix history, the home fans had a French premier class World Champion to cheer for! 🏆
And they made their voices and support for @FabioQ20 heard! 🙌#FrenchGP 🇫🇷 pic.twitter.com/QyguR3Qzry
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) May 15, 2022