Marquez Tahu Rossi Tak Akan Bersara Dan Setianya Bersama Yamaha

Juara bertahan MotoGP Marc Marquez yakin Valentino Rossi tidak akan bersara dalam masa terdekat ini.

Dan beliau juga yakin pelumba itu akan terus kekal setia bersama dengan Yamaha meskipun kontrak seterunya itu yang tamat selepas MotoGP 2020.

Kedudukan Rossi di Team Yamaha akan digantikan dengan Fabio Quartararo di MotoGP 2021.

Lalu The Doctor mulai dikhabar-anginkan akan bersara daripada perlumbaan. Dan kini muncul pula desas desus legenda berusia 40 tahun itu akan menyertai Petronas Yamaha bermula MotoGP 2021.

Bercakap kepada Marca, Marquez yakin Rossi dan Yamaha tidak akan berpisah.

Pelumba Spanyol itu yakin bahawa Yamaha dan Rossi sudah mempunyai perancangan seterusnya.

“Saya tidak tahu bagaimana ceritanya [Rossi digantikan Quartararo]. Sudah pastinya Yamaha dan Rossi memiliki projek khas untuk masa depan,” ujar Marquez.

“Sudah tentunya Yamaha akan berbicara dengan Rossi, kerana Yamaha akan sentiasa menghormati Rossi.”

“Secara logiknya, ia karena apa yang telah dilakukan oleh Rossi kepada Yamaha selama ini sangat penting bagi mereka.”

Marquez kemudian memuji langkah yang diambil oleh Quartararo yang menerima tawaran Yamaha untuk musim yang akan bermula.

Quartararo tidak takut mengambil tanggungjawab untuk menggantikan pelumba legenda itu.

Marquez kemudian mengesahkan beliau sentiasa meletakkan Repsol Hoda sebagai keutamaannya. Ianya gara-gara rumors yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke  Ducati.

https://twitter.com/aggronicus/status/1224661252464508929

Kontrak Marquez dengan Honda akan berakhir selepas tamat MotoGP 2020. Marquez akhirnya mengesahkan laporan beberapa media sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau memang sedang berbincang dengan Honda.

“Saya sudah melakukan perbincangan dengan Honda. Seperti yang pernah saya katakan; kekal di Honda adalah keutamaan saya,” ujar Marquez.

Berdasarkan laporan yang kami baca, Marquez bakal menjadi pelumba yang menerima bayaran paling lumayan dalam sejarah  MotoGP selepas ini.

Baca yang lain