Marc Marquez mengumumkan bahawa beliau akan berehat sekali lagi daripada cabaran MotoGP kerana perlu menjalani pembedahan lanjutan di tangannya.
Atas nasihat doktor, Marquez menyatakan bahawa keadaan tulang humerus beliau masih tidak ok dan perlu dibedah sekali lagi setelah 18 bulan lalu dia menjalani pembedahan terakhir yang serupa.
Ini merupakan pembedahan keempat untuk merawat tulang humerus kanan beliau. Pelumba Repsol Honda Team itu menderita masalah kesakitan berterusan dan membuatkannya sukar bersaing di atas litar.
Marquez menegaskan bahawa dia menunjukkan tanda tanda bahawa kesakitan itu semakin membaik dalam beberapa bulan ini namun masih ada keterbatasan dalam pergerakannya.
Dia engakui bahawa dia sudah bertemu dengan pakar dan akhirnya memutuskan untuk mengambil langkah ini atas nasihat doktor. Hal ini kerana bahunya masih tidak stabil dan lengan kanannya masih tidak boleh bergerak secara maksimum dalam beberapa ketika.
Unfortunately, I have to take a break from the 2022 season that will keep me away from competition for a while.
Full information ⤵️https://t.co/PFOrzwJSJv pic.twitter.com/6v9Q0jyswq
— Marc Márquez (@marcmarquez93) May 28, 2022
Ini bukan pertama kali dia mengadu tentang kesukaran dia berlumba kerana keadaan lengannya dan bahunya yang masih sakit.
Namun musim ini dia menyatakan bahawa dia optimis akan mencapai keputusan lebih baik di atas litar. Malangnya dia terus sukar untuk mendapatkan podium. Malah dia mengalami beberapa kemalangan di litar pada musim ini.
Juara dunia MotoGP kelas premium enam kali itu akan terbang ke Amerika Syarikat pada Selasa akan datang. Dan dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada 31 Mei.
Dr. Joaquin Sánchez Sotelo akan membedahnya. Selepas dibedah dia akan menjalani rawatan pemulihan di Sepanyol. Di mana proses rehabilitasinya akan dibantu petugas perubatan peribadinya.
Bercakap menerusi laman sosial miliknya, Marquez berkata:
“Dukacitanya saya mengumumkan bahawa saya perlu berehat daripada musim 2022 yang bermakna saya tidak akan bertanding buat sementara waktu.”
“Selepas saya dan pegawai perubatan baharu saya di Madrid bertungkus-lumus dalam pemulihan kecederaan saya, keadaan fizikal saya lebih baik dan saya berjaya mengurangkan kesakitan pada lengan kanan.”
“Namun masih ada beberapa keterbatasan pada pergerakan tulang humerus saya yang membuatkan saya sukar untuk menunggang motosikal dengan lebih baik dalam mencapai matlamat saya yang sentiasa saya tetapkan untuk diri sendiri.
“Atas alasan ini, bersama-sama dengan pasukan medikal, dan selepas mendengar nasihat daripada pakar, Dr. Samuel Antuña dan Dr. Angel Cotorro, dan juga pakar dari klinik Mayo Clinic, saya telah memutuskan untuk meneruskan prosedur pembedahan yang baru ini.”
“Ini untuk membolehkan saya memperbaiki keadaan tulang saya bagi membolehkan saya berlumba tanpa keterbatasan seperti yang ada sekarang.”
“Secara peribadinya, saya sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk bekerja keras untuk kembali bersaing di peringkat tertinggi.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga saya yang sentiasa menyokong saya. Serta kepada mereka yang sentiasa mempercayai saya. Kepada pasukan Repsol Honda saya, kepada pasukan medikal saya, dan terutama sekali kepada penyokong saya yang sentiasa bersama sama saya dalam suka dan dika.”
Dr. Sanchez Sotelo menyatakan bahawa langkah itu terpaksa diambil kerana kurangnya perkembangan lebih positif pada kecederaan Marquez.
Dia percaya bahawa kesakitan itu membuatkan Marc Marquez gagal untuk beraksi lebih lincah dengan lengan kanannya.
Pembedahan itu hari ini memfokuskan kepada penambahbaikan pada gerakan rotasi pada lengan dan kestabilan bahunya.
Semoga Marc Marquez dapat menjalani prosedur pembedahan dengan sebaiknya. Ini merupakan kehilangan besar sekali lagi buat Repsol Honda musim ini. Tanpa Marquez mereka masih belum menjuarai kelas premium di dalam Grand Prix MotoGP.