Martial Cuma Mahu Pakai Baju Naga Dan Tak Mahu Ke Newcastle Atau Spurs

Usaha Newcastle mahu mendapatkan Anthony Martial nampaknya menemui jalan buntu. Ini selepas pemain itu tidak menghiraukan berapa tinggi pun tawaran bonus tambahan daripada Newcastle untuknya, kerana dia hanya mahu ke Sevilla.

Ini kerana Martial hanya mahu memakai baju Naga pada penajanya ataupun jersi Sevilla. Bukan baju naga untuk digunakan bebudak raver KLCC tu ye.

Sebenarnya, Martial memang sudah disahkan bakal dilepaskan pergi secara pinjaman. Oleh sebab itu Newcastle cuba memujuk pemain itu dengan menawarkan bonus prestasi untuk menambah gajinya berdasarkan kontrak semasa di United.

Newcastle kan kaya raya. Namun malangnya, Martial sudah menetapkan dia mahu menyertai Julen Lopetegui di Sevilla. Selain daripada Newcastle, Tottenham Hotspur turut mahu mendapatkan Martial secara pinjaman.

Pemain itu kini sedang menunggu rundingan di antara Manchester United dan Sevilla. Antara isu yang dibincangkan termasuk pembayaran gaji pemain itu. Sama ada ianya akan dibayar penuh oleh Sevilla ataupun dibahagikan dua sesama Sevilla dan United.

Gaji Martial sangat besar untuk kelab seperti Sevilla. United mungkin akan membayar sebahagian daripadanya.

Laporan di Sepanyol menyebut bahawa Martial sedia menerima pengurangan gaji jika dia dibenarkan menyarung jersi Sevilla.

Beberapa minggu lalu, Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mengesahkan bahawa pemain Perancis, Anthony Martial mahu angkat kaki dari kelab tersebut.

Beberapa minggu lalu, ejen kepada Martial, menjelaskan bahawa Martial mahu mencari pasukan yang menawarkan lebih minit permainan kepadanya.

Rangnick: Martial nak angkat kaki

Rangnick ketika itu amat kecewa kerana Martial tidak terus bercakap sendiri dengannya. Sebaliknya cakap cakap di media menerusi ejennya.

Rangnick juga menyatakan bahawa Manchester United dan sesiapa sahaja di dalam kelab tersebut tidak seharusnya memujuk mana mana pemain yang mahu pergi.

Ini kerana Man United kelab yang besar dan seharusnya pemain berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Man United. Kerana ramai lagi pemain lain yang di luar sana mengimpikan peluang untuk menyarung jersi Red Devils.

Ragnick kemudian menegaskan bahawa Martial akhirnya datang berbincang dengan beliau soal masa depannya dalam satu perbincangan yang sangat panjang.

Martial sudah bersama Manchester United selama tujuh musim lamanya. Jadi Ragnick juga memahami kenapa pemain itu mahu pergi mencari cabaran baharu dalam kariernya.

Dalam kenyataan beliau selepas itu Rangnick menyatakan: “Anthony Martial mahu pergi. Dia memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk beliau mencari haluan baharu.”

“Namun buat masa ini tiada tawaran rasmi daripada kelab lain ke atas beliau. Ini bermakna, dia masih kekal di sini.”

Martial merupakan pemain yang dianggap sebagai prospek berpotensi besar ketika menyertai Manchester United dari Monaco.

Namun begitu, beliau gagal menyerlahkan potensinya secara konsisten. Beliau seringkali menjadi pemain simpanan dalam pasukan.

Sentiasa di belakang pemain seperti Marcus Rashford. Kini Manchester United sudah mendapatkan Ronaldo dan Sancho. Martial merasakan bahawa beliau lebih sukar untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

Kini selepas masa yang lama di Old Trafford, Martial merasakan bahawa sekarang waktu yang tepat untuk dia mencari kelab baharu.

Martial pada masa yang sama masih mahu menyelamatkan karier antarabangsanya bersama Perancis.

Martial merupakan pemain penyerang sayap yang boleh beraksi di mana mana bahagian serangan. Dikenali dengan gaya permainan yang berasaskan kelincahan dan kepantasan, Martial kerapkali berdepan dengan masalah konsistensi.

Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Martial seringkali diberikan peluang untuk menonjolkan dirinya. Malangnya kisah Martial sentiasa sama iaitu konsitensi.

Sebelum ini Rangnick menegaskan bahawa Martial sudah tiada hati bermain untuk United, membuatkan namanya terpaksa disisihkan daripada tugasan Aston Villa.

Kenyataan itu ditolak Martial yang menuduh ianya kenyataan tidak berasas. Martial bersumpah kepada peminat United bahawa beliau sentiasa menghormati kelab, penyokong dan jurulatih. Beliau sentiasa sedia turun beraksi apabila diminta.

Menariknya, dalam aksi kemenangan ke atas West Ham, Martial dikembalikan ke skuad utama. Masuk dari bangku simpanan dan membantu merencana gol kemenangan lewat Marcus Rashford.

Akhirnya ke Sevilla

Martial akhirnya berjaya berpindah ke Sevilla. Dengan pengumuman rasmi bakal dibuat. Gaji beliau akan dibayar Sevilla sehingga Jun ini.

Martial dijangka akan terus terlibat dalam tugasan pasukan baharunya selepas ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi