Martin Keown: ‘Henry-Bergkamp Luar Biasa, Namun Haaland-De Bruyne Lebih Bagus’

Legenda Arsenal, Martin Keown menilai gandingan Erling Braut Haaland dengan Kevin De Bruyne sebagai lebih bagus daripada gandingan Thierry Henry dan Dennis Bergkamp satu ketika dahulu.

Bergkamp dan Henry dianggap antara gandingan terbaik dalam sejarah EPL. Dan sudah tentunya yang terbaik di Arsenal.

Gandingan dua pemain itu membantu Arsenal mengecapi kejayaan dengan menjulang beberapa trofi ini termasuk EPL dengan rekod tanpa kalah dalam semusim.

Peminat Arsenal mungkin akan kurang bersetuju dengan pandangan Martin Keown tentang gandingan Haaland – De Bruyne adalah lebih baik jika dibandingkan dengan gandingan legenda Arsenal tersebut.

Bercakap kepada media, Keown berkata: “Saya fikir gandingan Dennis Bergkamp dan Thierry Henry adalah salah satu gandingan luar biasa ketika mereka bersama Arsenal satu ketika dahulu.”

“Namun begitu, untuk gandingan De Bruyne dengan Erling Haaland, saya rasa mungkin mereka berada di kelas lebih tinggi.”

Musim ini gandingan Haaland dan De Bruyne sangat menjadi.

Terutama sekali ketika aksi berdepan dengan Arsenal beberapa minggu lalu.

Haaland dan De Bruyne kini membantu City kembali mengawal persaingan Liga Perdana Inggeris.

Dengan cabaran daripada Arsenal jelas sekali masih kuat.

 

Kevin De Bruyne Jelaskan Free Role Dan Tactical Tweak Yang Menghancurkan Arsenal

Kevin De Bruyne kelihatan seperti no.9 kedua Man City ketika seringkali bersama sama dengan Haaland di tempat yang sama di zon serangan. Membentuk formasi ibarat 4-4-2.

De Bruyne bukanlah pemain digemari peminat Arsenal. Kerana rekodnya ke atas kelab itu sangat luar biasa.

De Bruyne diberikan peranan sangat advance di atas padang. Dan kerapkali berada lebih tinggi daripada Erling Haaland.

Bercakap kepada pundit selepas tamat perlawanan, De Bruyne menyatakan bahawa dia diberikan peranan free role ataupun bebas pada hari ini.

Dia pernah diberikan peranan serupa sebelum ini, namun kali ini dianggap sangat bebas.

De Bruyne berkata, mereka sudah bersedia dengan apa yang Arsenal cuba pamerkan kepada mereka.

Pemain itu berkata: “Ketika Arsenal menekan lawan mereka, Arsenal adalah berkelas dunia. Jujur saya katakannya.”

“Terutama sekali ketika kita melakukan sepakan gol ataupun bola mati. Kita tahu kita harus bermain bola lebih jauh hari ini.”

“Dan kami mencuba beberapa perkara di sesi latihan. Berada lebih ke bawah dan saya cuba berlari awal apabila kami mendapat bola.”

“Ketika mereka bermain man to man, kami harus bermain hantaran lebih panjang kerana tiada ruang untuk bermain hantaran pendek.”

“Pada separuh masa kedua, ianya 50/50, mereka pasukan sangat berkualiti dan sukar untuk ditentang. Kami harus bermain pada prestasi terbaik hari ini. Dan rasanya kami melakukannya.”

Menjelaskan peranannya, De Bruyne menegaskan bahawa Pep Guardiola mahukan lebih dominasi di tengah. Dan menarik Rodry dan Gundogan di zon sama sebagai pivot.

De Bruyne menambah: “Saya rasa tetapan taktikal kami sedikit berbeza haru ini. Biasanya kami bermain dengan dua pemain no.8, namun Pep mahukan kami lebih dominasi dan kami bermain dengan dua pemain no.6 dengan Gundogan [dan Rodry].”

“Dan jika Partey dan Xhaka melakukan tekanan saya akan cuba mencari ruang.”

“Sangat sukar melepasi Holding. Namun saya mencari jalan bergandingan dengan Haaland untuk mencipta momen pada separuh masa pertama.”

De Bruyne menikmati kebebasan yang diberikan kepadanya dan gembira kerana ketajamannya di hadapan gol pada kali ini menjadi.

Ditanya adakah Pep Guardiola membuat perubahan taktikal pada separuh masa kedua melibatkan De Bruyne dan Haaland yang dilihat berbincang sesama mereka ketika masuk ke padang. Dan kemudian gandingan mereka menghasilkan gol. Haaland melakukan assist kepada De Bruyne.

Pemain antarabangsa Belgium itu mengakui: “Jelas sekali ada perubahan pada separuh masa kedua. Dan saya diberikan lebih kebebasan hari ini.”

“Saya memikirkan, bagaimana kalau saya turun sedikit dan Holding datang kepada saya. Jadi ada ruang di belakangnya, ianya akan memaksa Gabriel untuk berkejaran, dan itu pastinya sukar [untuk mereka]. Jadi kami cuba menilai pilihan tersebut.”

 

Baca yang lain