Martin Odegaard: Kisah Wonderkid Yang Menjadi Kapten Arsenal

Martin Odegaard menjadi rebutan banyak kelab pada usia remajanya. Dia adalah wonderkid rebutan.

Dia pernah dijemput untuk melakukan trial di beberapa kelab besar Eropah dan akhirnya memilih Real Madrid.

Dia mengakui sangat sukar untuk menolak tawaran dariapda Real Madrid.

Odegaard mendapat kontrak pertamanya bersama Real Madrid ketika berusia 16 tahun.

Sebelum itu dia dikaitkan dengan beberapa kelab lain termasuk Bayern Munich, Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Manchester City – kesemuanya berminat mahukan pemain itu.

Odegaard adalah anak kepada bekas pemain antarabangsa Norway Hans Erik Odegaard, yang bermain untuk Stromsgodset dan Sandefjord di posisi tengah.

Odegaard menjadi pemain pasukan utama Stromgodset ketika di sekolah menengah lagi.

Dia menyertai pasukan tersebut pada usia 13 tahun dan membuat debut profesional dalam liga Denmark pada usia 15 tahun 118 hari.

Menjadikan dia sebagai pemain paling muda debut dalam Liga Norway.

Selepas aksi cemerlangnya menjadi bualan ramai. Odegaard mempertimbangkan untuk menyertai kelab eropah yang lebih besar.

Real Madrid

Ketika itu dia tertarik dengan tawaran Real Madrid. Menurut ayahnya, ketika menerima tawaran Real Madrid, mereka tidak memikirkan soal peluang dia untuk bermain dalam pasukan utama atau kedua pada masa akan datang. Kerana terlalu teruja.

Odegaard menjadi pemain utama Real Madrid Castilla iaitu pasukan pembangunan Los Blancos. Bermain 62 kali dan beberapa kali berlatih dengan pasukan utama Real Madrid.

Dia membuat debut sebagai pemain paling muda melakukan debut untuk Real Madrid ketika menggantikan Cristiano Ronaldo dalam aksi La Liga. Dan aksi penuh pertamanya adalah dalam perlawanan Copa Del Rey mementang kelab liga bawahan, Cultural Leonesa.

Pundit teruja dengan penampilannya namun anak Zidane, Enzo mencuri perhatian daripadanya dengan gol pada hari itu.

Walaupun dia berharap kariernya akan terus maju menjadi pemain utama Madrid, malangnya, minit perlawanannya di Real Madrid sangat terhad.

Kelab kemudian memberitahunya bahawa dia perlu menerima untuk dipinjamkan ke kelab lain kerana kelab tidak dapat menjamin minit permainan lebih banyak untuknya.

Ke Belanda

Odegaard menyertai Heerenven pada 2017 secara pinjaman.

Odegaard menikmati masa masa dia di sana. Dan di sinilah dia mulai memikirkan bahawa dia mahukan minit perlawanan lebih banyak apabila dia kembali ke Real Madrid kelak.

Dia menikamti lebih banyak perlawanan di Heenrenven dan sangat menyukai budaya bola sepak di sana.

Walaupun dia bermula dengan agak sukar di kelab itu, namun dia perlahan lahan menjadi pemain kesebelasan utama. Dan akhirnya mendapat panggilan kebangsaan pertamanya.

Musim berikutnya, dia kembali semula ke Belanda secara pinjaman. Kali ini dia menyertai Vitesse Arnhem untuk pinjaman semusim.

Di sini dia terus berkembang pesat. Meneruskan pembangunannya di Heerenven sebelum ini.

Dia berjaya memperbaiki aspek permainannya. Meningkatkan kualiti penyudahnya. Menjaringkan 10 gol dalam 35 aksi liga dan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kelab pilihan penyokong.

Kembali ke Real Madrid

Dia pulang semula ke Real Madrid, sekali lagi dia diberitahu bahawa dia tidak dijamin tempat sebagai pemain utama dengan minit permainan lebih banyak.

Lalu Odegaard pergi ke Real Sociedad secara pinjaman yang menawarkan dia peluang beraksi dalam La Liga.

Walaupun musim pertamanya di bawah par, namun Sociedad mahu meminjamnya sekali lagi pada musim berikutnya.

Tetapi Real Madrid tidak menerima permintaan itu. Dan berkata, mereka sedia menjadikan Odegaard pemain utama kelab mereka.

Sayangnya, separuh musim di Real Madrid pada masa itu, Odegaard cuma muncul 9 perlawanan sahaja.

Odegaard pernah menyatakan kekecewaannya mengenangkan peluang yang terhad dia dapat di Real Madrid: “Jika saya pemain berbangsa Sepanyol, mungkin saya akan diberikan lebih banyak peluang.”

Dan akhirnya Arsenal datang mengemukakan tawaran mahu meminjam pemain itu untuk menggantikan Mesut Ozil.

Odegaard meminta Real Madrid menerima tawaran tersebut kerana dia mahukan minit permainan.

Ketika di Arsenal, dia bermain 20 perlawanan pada baki musim itu dan menjadi kegemaran peminat dan pundit.

Odegaard kembali ke Real Madrid, namun Arsenal datang untuk melamarnya secara tetap.

Odegaard meminta kelab menerima tawaran Arsenal itu kerana dia sangat selesa dengan Mikel Arteta dan percaya dengan projek di Emirates.

Akhirnya dia menyertai Arsenal secara tetap. Dan musim 2022/23, dia menjadi kapten Arsenal. Keputusan yang mengejutkan ramai pihak namun dia menunjukkan kualiti kepimpinannya.

Dia juga merupakan kapten antarabangsa Norway sejak Mac 2021.

Kini Odegaard menjadi pemain elit dalam bola sepak Eropah. Menawarkan kualitinya di atas padang. Membantu Arsenal dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022/23.

Ketika Artikel ini ditulis, Arsenal sedang 5 mata di atas Man City dengan baki 13 perlawanan lagi.

Jika kekal konsisten, Odegaard akan menjadi kapten yang menjulang EPL pada akhir musim ini.