Martin Palermo Masuk Guinness Record Kerana Gagal 3 Penalti, Saksikan…

Guinness Book of World merupakan buku catatan rekod untuk pelbagai cabang dan bahagian di dunia ini.

Setiap manusia berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada catatan rekod Guiness, termasuk pemain profesional yang ada rekod penalti paling buruk.

Martin  Palermo, bermain 15 kali untuk negaranya. Pemain yang menjaringkan gol dramatik untuk skuad bimbingan Maradona – bagi membolehkan negaranya mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Namun 11 tahun sebelum itu, bekas pemain Boca Juniors dan Villarreal ada rekod yang tidak diingini ketika berhadapan dengan Colombia dalam aksi Copa America.

Untuk seorang penyerang yang setajam Palermo, amat sukar untuk percaya hari itu beliau gagal menyempurnakan 3 penalti dalam satu perlawanan Copa America.

Beliau hadir ke kejohanan itu sebagai Pemain Terbaik Amerika Selatan.

Palermo memiliki reputasi yang luar biasa. Namun pada hari itu segalanya serba tak menjadi.

Palermo merembat penalti yang pertama menuju ke palang gol.

Kemudiannya, beliau merembat liar untuk penalti kedua.

Argentina mendapat satu lagi penalti. Dan Palermo terus mengambil bola, kerana dia tak mahu rakannya yang lain mengambilnya setelah beliau gagal dalam dua penalti pertama.

Dan masih lagi dia gagal menyempurnakan penalti itu yang diselamatkan oleh Miguel Calero.

Ia adalah hatrik gagal penalti untuk pemain yang menjaringkan 249 gol dalam 592 penampilannya. Maka betullah pujangga Lord Fakri berkata: Bola kalau tak nak masuk, buat macam mana pun tetap takkan masuk.

Beberapa rekod lain dalam bola sepak adalah dipegang Adriano sebagai gol paling kencang. Manakala Niklas Bendtner memegang rekod gol terpantas dilakukan pemain gantian.

Robet Lewandowski memegang beberapa rekod ketika beliau menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan untuk Bayern Munich.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi