Martina Hingis: Kisah Pemain Tenis Wanita Luar Biasa

Martina Hingis antara pemain tenis wanita serba lengkap (versatile) yang paling berjaya serta berpengaruh ketika masa terbaik beliau.

Martina Hingis terkenal dengan gaya permainan bertenaga, namun masih tetap tampil feminin di dalam gelanggang. Hingis memiliki kemampuan beraksi dalam kesemua acara tenis.

Ketika awal karier beliau, Hingis terlalu banyak mencipta rekod ‘termuda dalam sejarah’ sehinggalah beliau berhadapan dengan beberapa siri kecederaan lutut dan buku lali.

Awal Karier

Martina Hingis lahir pada 30 September 1980 di Kosice, Czechoslovakia, yang hari ini menjadi sebahagian daripada Slovakia. Ibu dan ayahnya memiliki rekod yang baik dalam acara tenis peringkat junior.

Mereka yang banyak membantu Martina Hingis dalam sukan ini. Idola Hingis ialah Monica Seles. Bakat yang ada pada Hingis dikesan dan dibangunkan awal oleh ibu bapanya.

Kejohanan tenis pertama Martina Hingis adalah ketika beliau berusia 5 tahun.

Selepas ibu bapanya bercerai pada 1988, Hingis tinggal dengan ibunya dan mereka berpinda serta menetap di
Switzerland. Ibunya telah membentuk Hingis menjadi pemain serba boleh (all-rounder).

Martina seorang yang cergas dan memiliki daya pemikiran yang cerdas. Kekuatan utama Hingis adalah pukulan strokes yang padu.

Beliau seorang yang suka mencari 1 kelemahan utama lawan dalam set awal. Kemudian beliau akan menyerang kelemahan itu sampai lawan beliau tidak bermaya. Hingis berlatih secara intensif 90 minit setiap hari. Itu untuk latihan intensif!

Terlalu banyak kejohanan junior termasuk Roland Garos, Wimbledon yang dimenangi beliau pada awal remaja.

Kejohanan profesional pertama beliau adalah di Switzerland dan beliau menang. Dan pada 1994, beliau membangun menjadi bakat istimewa.

Dalam kejohanan WTA pertama beliau di Zurich pada 1994, Martina menewaskan Patty Fendick. Namun beliau tewas di tangan Mary Pierce dalam pusingan seterusnya.

Beberapa minggu kemudian, Martina Hingis mengejutkan Helena Sukova, dan Sabine Hack dan menamatkan musim 1994 di ranking ke-87 dunia selepas 2 kali mara ke suku akhir.

Terus Meningkat Naik

Pada 1995, selepas 8 bulan kalendar tenis profesional, Hingis berada di ranking ke-20 dunia dan layak beraksi dalam 4 Grand Slam.

Aksi terbaik beliau hadir dalam Terbuka Perancis. Beliau mengejutkan Judith Wiesner.

Tetapi hasrat beliau untuk menjulang kejuaraan profesional pertama disekat jaguh Amerika Syarikat Lindsay Davenport. Devenport hampir tewas dalam pertarungan tersebut.

Hingis terus meningkat naik dan mara ke final WTA Tour di Hamburg menewaskan beberapa pemain dalam ranking 10 terbaik dunia seperti Jana Novotna dan Anke Huber.

Dalam acara beregu Hingis menjulang kejuaraan pertama dalam acara beregu campuran, bergandingan dengan Gigi Fernandez. Hingis menamatkan musim 1995 di ranking ke-16 dunia. Peningkatan yang sangat drastik.

Hingis dianugerahkan dengan Anugerah Pemain Baru Terbaik WTA.

Hingis Digeruni

1996, Hingis menjadi pemain termuda pernah mara ke suku akhir dalam era terbuka di kejohanan Terbuka Australia.

Tidak lama selepas itu, Martina Hingis seperti dalam mimpi apabila menewaskan Steffi Graf di suku akhir di Rome. Itu adalah kemenangan pertama beliau ke atas pemain no.1 dunia pada usia beliau hanya 15 tahun.

Hingis menjadi pemain termuda pernah menjuarai beregu wanita di Wimbledon, bergandingan dengan Helena Sukova ketika beliau berusia 15 tahun.

Tidak lama selepas itu, Hingis mara ke final terbuka USA tetapi Steffi Graf membalas dendam dengan menewaskan Hingis di final.

Kejuaraan WTA pertama Hingis adalah di Filderstadt pada Oktober 1996. Hingis menewaskan Arantxa Sanchez, Huber dan kemudiannya Davenport untuk menjulang trofi tersebut.

Martina Hingis, of Switzerland, celebrates after upsetting number three seed Arantxa Sanchez Vicario in their singles match at U.S. Open in New York Monday Sept. 2, 1996. Hingis won 6-1, 3-6, 6-4 (AP Photo/Richard Drew)

Hingis berjaya membawa pulang sebuah kereta Porsche dan wang tunai.

Hingis memenangi kereta Porsche kedua beliau tahun berikutnya selepas mempertahankan kejohanan yang sama. Tetapi umur beliau terlalu muda, masih belum layak memiliki lesen kereta.

Pada harijadi beliau ke-16, Hingis berjaya memasuki ranking 10 teratas dan diumumkan telah mengumpul jumlah wang hadiah terkumpul sebanyak $1 juta pada hari jadi beliau.

Tiada pemain lelaki atau wanita yang memenangi semua itu lebih pantas daripada Martina Hingis.

Hingis mara ke final sekali lagi dalam Chase Championships. Sekali lagi tewas di tangan Graf dalam ‘thriller’ 5 set. Hingis menamatkan musim tersebut di ranking ke-4 dunia.

Hingis menjadi pemain remaja paling digeruni. Namun kerap tewas di final kerana ada masalah dengan mentaliti beliau yang cepat panik apabila ketinggalan dalam set penting.

Kejayaan Grand Slam

Hingis memperbaiki fokus beliau dalam gelanggang dan bertemu dengan doktor untuk mengatasi masalah gemuruh itu. Pada 1997, beliau memenangi Grand Slam.

Hingis memecahkan rekod Lottie Dodd untuk menjadi pemain termuda menjuarai Grand Slam.

Martina Hingis menang kesemua 37 perlawanan awal beliau musim 1997 dan mendapat wang hadiah terkumpul $1 juta sekali lagi. Ianya rekod terbaik yang pernah ada pada seorang pemain tenis.

Pada April 1997, Martina Hingis dilanda kecederaan PCL di kala beliau dalam prestasi terbaik.  Selepas bergelut dengan kecederaan.

No.1 Dunia

Hingis kembali semula kepada prestasi terbaik beliau dan memenangi Winbledon menewaskan pemain remaja Venus Williams. Perlawanan itu kekal menjadi perlawanan final dengan purata umur paling muda dalam sejarah.

Beliau menamatkan musim 1997 dengan kejuraan perseorangan ke-12 serta trofi beregu ke-8 di dalam karier beliau. Membolehkan Hingis membawa pulang wang terkumpul lebih $3 juta.

Pada 1998, beliau terus cemerlang dan berada di ranking no.1 dunia selama 80 minggu. Beliau terus memenangi banyak kejohanan besar di dalam karier.

Pada 1999 Hingis membukan musim beliau dengan kejuaraan ke-3 berturut-turut dalam Terbuka Australia menewaskan Amelie Mauresmo di final. Hingis dan Anna Kournikova turut memenangi acara beregu.

Martina Hingis kemudiannya menewaskan Steffi Graf untuk mendapatkan semula ranking nombor 1 dunia. Namun dalam Roland Garros 1999,  selepas itu, Graf membalas dendam sekali lagi dan menewaskan Hingis.

Martina Hingis menyatakan, itu adalah detik di mana beliau terasa seperti ‘berseorangan’ di dalam gelanggang. Ini kerana semua penonton bersorak untuk Staffi Graf.

Namun Hingis boleh dikatakan telah menamatkan era Steffi Graf!

Perseteruan Dengan Beradik Williams

Selepas itu karier Hingis sedikit merudum. Beliau tewas di tangan pemain di luar ranking ke-100. Dan kemudian tewas di tangan Serena Williams yang merupakan pemain muda ketika itu.

Kebangkitan adik beradik Williams ketika itu membuatkan pemain tenis lain sukar untuk bersaing.

Tetapi Hingis ternyata masih kompetitif. Beliau tetap menjadi masalah utama Serena dan Venus dalam usaha mereka mendominasi tenis wanita.

Beliau berjaya menyaingi Serena dan Venus dalam berberapa kejohanan. Namun masalah utama Hingis adalah kekuatan fizikal.

Era Venus dan Serena adalah permulaan kepada semakin ramai pemain wanita yang membina otot seperti lelaki. Berbeza dengan sebelum ini di mana pemain tenis wanita tidak terlalu berotot.

Namun Hingis masih menjadi antara yang terbaik pada tahun 2000, menang 9 daripada 13 final dan 5 lagi kandas di separuh akhir.

Pada 2001, beliau berjaya memenangi semula Terbuka Australia menewaskan Lindsay Davenport. Martina Hingis bergandingan dengan Seles menewaskan musuh utama beliau Venus dan Serena Williams dalam acara beregu.

Ia juga mengakhiri rekod 22 kemenangan berturut-turut pasangan adik beradik tersebut dalam acara beregu.

Martina Hingis masih menjadi pemain paling sukar ditewaskan adik beradik Williams walaupun ketika itu Hingis bergelut dengan prestasi.

Hingis menewaskan Venus dengan kemenangan mudah 6-1, 6-1 dalam keadaan Venus dalam prestasi terbaik. Hingis ternyata memang seorang masterstroke!

Kecederaan Berterusan

Namun selepas itu, beliau rehat panjang sekali lagi selepas mengalami kecederaan belakang. Beliau kehilangan ranking no.1 dunia selepas 73 minggu.

Beliau kembali dari kecederaan dalam acara terbuka Australia. Dalam final, Hingis di hadapan dengan 4 match point. Tetapi Hingis mengejutkan ramai pihak apabila tetap tewas di tangan Jenifer Capriati.

Hingis kemudian berhadapan dengan kemerosotan prestasi. Beliau terlalu mendesak dirinya untuk kembali ke gelanggang dan menyembunyikan kesakitannya daripada doktor dan jurulatih.

Hingis berterusan kalah dan turnn ke ranking ke-11. Dan pada 2003, pada usia 22 tahun Hingis mengumumkan dirinya sudah cukup untuk bermain dan bersara.

Beliau menceburi sukan lain termasuk ski, sukan berkuda, golf dan juga menjadi pundit sukan tenis.

Kembali Semula

Pada akhir musim 2005, Hingis mengumumkan dia merindui gelanggang tenis dan mahu kembali semula. Beliau mahu kembali menjadi no.1 dunia.

Dalam terbuka Australia 2005, Hingis menutup mulut pengkritik dengan aksi cemerlang. Mara ke separuh akhir. Namun sayangnya terpaksa menarik diri kerana kecederaan di bahagian pinggul.

Hingis juga pulang awal dalam kejohanan berikutnya. Namun beliau memberitahu:

“Beri saya beberapa minggu lagi dan saya nak mereka (pengkritik) menelan balik ludah mereka.”

Dalam terbuka Australia 2006, Martina sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang. Mara ke suku akhir. Tetapi akur di tangan pilihan ke-2 Kim Clijsters.

Hingis berjaya menebus kekecewaan dalam acara beregu campuran, bergandingan dengan Mahesh Bhupathi untuk menjulang kejuaraan. Ianya adalah kejuaraan Grand Slam ke-14 Hingis.

Ramai peminat terharu melihat senyuman Hingis menjulang semula trofi di gelanggang tenis. Hingis juga memenangi Terbuka USA bergandingan dengan Leander Paes.

Menjadi Figur Disayangi

Pada Januari tahu berikutnya, Hingis mengejutkan Maria Sharapova di Pan Pacific Championships di Tokyo. Namun Hingis akur kepada Elena Dementieva.

Membuatkan Hingis masih gagal menjulang kejuaraan perseorangan sejak 2002.

Beliau kembali ke Roland Garros pada 2006. Itu merupakan pencapaian yang luar biasa.

Jika dahulu Martina mengakui dia terluka mendengar semua orang bersorak Steffi, Steffi. Kali ini Hingis menikmati seluruh gelanggang bersorak Martina! Martina!

Hingis terharu dengan suasana itu yang mengingatkan beliau kepada gadis muda yang dahulunya menjadi igauan kepada semua pemain handalan di dunia.

Fasa Akhir Karier

Martina menumpukan kepada acara beregu wanita. Antara gandingan terbaik beliau pada fasa kepulangan semula adalah dengan Sania Mirza.

Mereka dianggap antara pasangan paling sempurna di gelanggang. Namun malang sekali gandingan mereka tak kekal lama.

Bersara Penuh!

Pada hujung Oktober 2017, Hingis mengumumkan persaraan sekali lagi beliau selepas menjuarai Wimbledon dan Terbuka USA pada tahun 2017 bersama Jamie Murray.

 

Pada usia 37 tahun, Hingis telah berjuang merentasi zaman beliau untuk mengejar semula impian beliau. Namun beliau menyatakan, sukar untuk mengejar ‘usia muda’.

Sepanjang karier beliau, Martina Hingis sudah menjuarai 25 grand Slam, 3 daripadanya adalah Terbuka Australia dan 2 lagi masing-masing daripada Wimbledon dan Terbuka USA.

13 lagi adalah daripada acara beregu wanita dan 7 adalah daripada beregu campuran.

Secara keseluruhannya beliau memiliki 43 kejuaraan perseorangan dan 64 kejuaraan beregu termasuk 9 kejuaraan beregu pada tahun 2017.

“Saya tidak akan merindui masa-masa saya berlatih, ‘dikisar’ sehari suntuk, bangun awal pagi. Mungkin juga saya ada merinduinya tetapi dengan cara yang lain.”

LONDON, ENGLAND – JULY 16: Martina Hingis of Switzerland after victory with Jamie Murray of Great Britain during the Mixed Doubles Final on Center Court during the Wimbledon Lawn Tennis Championships at the All England Lawn Tennis and Croquet Club at Wimbledon on July 16, 2017 in London, England. (Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

“Dan ‘travelling’, saya tidak akan merindui yang itu.”

Martina Hingis sudah pastinya bersara dengan bangga. Beliau sudah memenangi segalanya di gelanggang tenis.

Trofi, kegemilangan dan juga hati peminat.

Martina Hingis adalah legenda!

Sumber Artikel: Sukan.my

Baca yang lain