Dibu ataupun Emiliano Martinez dikenali sebagai penjaga gol yang memiliki pendekatan provokatif di atas padang ketika dalam situasi penalti.
Dia melakukannya ketika bersama Argentina dan Aston Villa.
Martinez memiliki rekod yang unggul dalam penyelamatan penalti di peringkat kelab dan kebangsaan.
Emi Martinez saving this last minute from Kolo Muani pic.twitter.com/8vg99VLSYn
— Half Virgin💦 (@modap_) April 26, 2023
Bersama skuad kebangsaan dia menamatkan kemarau kejuaraan Copa America dan Piala Dunia negaranya dengan aksi cemerlang semasa penentuan penalti.
Dia juga dilihat sering melakukan trash talk kepada lawannya.
Sehinggakan FIFA menggubal peraturan baharu melarang penjaga gol untuk mengganggu penyepak penalti ataupun melakukan isyarat yang dianggap provokatif.
Selepas mendengar peraturan baharu FIFA itu Martinez sebelum ini tergelak. Dia menyatakan: “Tak kisahlah, saya sudah selamatkan penalti yang saya perlu selamatkan.”
Dia merujuk kepada kejayaan dia membantu Argentina menjadi juara Piala Dunia 2022 dan Copa America 2021.
Dalam satu insiden yang popular tahun lalu, Emi Martinez dilihat memprovokasi Bruno Fernandes ketika pemain itu sedang bersedia mengambil sepakan penalti.
Laporan di UK menyebut, Martinez memprovokasi Fernandes dan Ronaldo sekaligus.
Di mana dia dikatakan mahukan Ronaldo mengambil sepakan penalti itu bukannya Bruno Fernandes. Menurut laporan ketika itu, Martinez malah memperlekehkan Fernandes dengan menyebut dia mahu berhadapan dengan pelaksana penalti yang lebih baik berbanding Bruno Fernandes iaitu Cristiano Ronaldo.
Ronaldo pada masa itu dikatakan bengang dengan tindakan Emi Martinez kerana pemain itu melakukan trash talk kepadanya.
Paling gila, Fernandes gagal menyempurnakan penalti itu.
Kira kira selepas setahun kejadian itu, Ian Wright bersemuka sendiri dengan Martinez.
Dan dia menyatakan dia tak ada melakukan sebarang trash talk langsung. Namun dia sengaja membuatkan keadaan menjadi panas ataupun huru hara.
Ini dengan memberitahu Bruno Fernandes dan pemain pemain United bahawa dia melihat Ronaldo agak sedih tak dapat ambil penalti.
Kerana tugasan itu milik Bruno Fernandes.
Wright: “Kamu menunjukkan kepada Ronaldo?”
Martinez: “Saya nampak Ronaldo kecewa tak dapat ambil sepakan penalti itu. Dan saya berkata, wah ada benda yang agak ‘tension’ di sini.”
“Lalu saya berkata [kepada Ronaldo], ayuh, ambillah, kamu merupakan pengambil sepakan penalti.”
Wright: “Lihat Fred dan Dalot, mereka menolak kamu ke belakang, kerana …”
Martinez: “Saya berkata kepada Cavani, ‘apa ni? Kenapa Ronaldo tak ambil sepakan penalti tu?”
“Saya memang seorang yang suka bercakap.”
Wright: “Jadi itu bukanlah trash talk?”
Martinez: “Ya saya cuma bertanya je. Jadi saya seja je tu mencipta keadaan huru hara ni. Benda ni pada minit ke-92 perlawanan kot. Saya harus mengganggu perhatian mereka dengan cara tertentu.”
“Kerana mereka sekarang ini ada segala peluang untuk menang perlawanan ini. Bruno Fernandes, tidak pernah gagal dalam penalti sebanyak 25 penalti atau macam tu la.”
Martinez menyatakan dia mendapat tips daripada Messi cara mengganggu konsentrasi pengambil sepakan penalti. Dengan bergerak ke hulu ke hilir, terlibat dalam konfrontasi dengan pemain lain.
“Saya tanya Messi, dan dia berkata: ‘Jika kamu terus bergerak menyibuk di seluruh tempat macam tu, mereka [pengambil sepakan penalti] tidak sukakannya’.”
Selepas Bruno Fernandes merembat tinggi bola, Emi Martinez kelihatan melakukan keraian yang dianggap agak provkatif dengan bergelek seperti Inul Daratista di hadapadan penyokong United.
Martinez menambah: “Saya tak pernah buat benda tu sebelum ni. Saya menari, bukan kerana saya nak menari masa tu, saya tak pernah berlatih tarian itu pun. Saya sendiri pun tak tahu nak buat balik tarian itu. Benda tu datang secara spontan pada masa itu. Sumpah!”
Good morning to everybody, especially Emi Martinez.#AVFC pic.twitter.com/oZ0C5vhAca
— Ty Bracey (@TyBracey) April 26, 2023
🇦🇷 Emi Martinez on his penalty antics…
🗣 "It's not even trash talk. I create chaos"
This is a brilliant watch! 👇
📹 @premierleague pic.twitter.com/fMhfPgSAgB
— Footy Accumulators (@FootyAccums) April 26, 2023