Martinez Dedah Ada Formula Bantu Portugal Jadi Juara Eropah, Dan Tegaskan Ronaldo Harus Dihormati

Pengurus asal Sepanyol, Roberto Martinez rasmi dilantik sebagai pengurus baharu Portugal.

Roberto Martínez diumumkan secara rasmi oleh Portugal di ibu pejabat FPF di Cidade do Futebol di Oeiras. Martinez menandatangani kontrak sehingga 2026.

Pengurus berusia 49 tahun itu menjadi jurulatih asing ketiga yang menguruskan Seleção selepas pengurus asal Brazil, Otto Glória dan Luiz Felipe Scolari, kedua-duanya membawa Portugal ke separuh akhir Piala Dunia, penamat paling berjaya mereka dalam kejohanan itu.

Ketua Persekutuan Bola Sepak Portugal, Fernando Gomes yakin pilihan yang tepat telah dibuat. “Dari kali pertama kami bercakap dengan Roberto Martínez, jelas dia mempunyai profil yang sesuai yang kami cari,” kata Gomes.

“Jelas sekali kami bercakap dengan ramai orang, tetapi satu-satunya jurulatih yang kami berikan tawaran konkrit ialah Roberto Martínez.”

“Kami percaya Portugal harus sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam setiap kejohanan kami sertai, sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir. Kami akan melakukan segala-galanya untuk memastikan masanya sebagai jurulatih Portugal adalah masa yang panjang dan mengujakan.”

Wartawan kemudian diberikan peluang untuk sesi soal jawab dengan Martínez.

Martinez berkata: “Saya akan mencuba dan belajar bahasa Portugis secepat mungkin. Saya sangat teruja untuk berada di salah satu negara paling berbakat di dunia. Apabila saya menerima tawasran itu adalah projek yang benar-benar memotivasikan saya.”

“Saya tidak percaya pada sistem. Saya percaya pada pemain, pada manusia dan pada bakat. Anda perlu fleksibel dari segi taktikal untuk memanfaatkan setiap pemain sepenuhnya, bukannya pemain menyesuaikan diri dengan sistem.”

“Portugal mesti sentiasa menyasarkan untuk menang dan melakukan apa yang anda perlukan untuk menjadi pasukan moden, dengan fleksibiliti dalam taktikal.”

“Bermain dengan pertahanan 3 orang atau 4 orang bergantung kepada pemain yang ada, dan tugas untuk saya dan kakitangan kejurulatihan saya adalah untuk mendapatkan yang semaksimum mungkin daripada setiap pemain.”

“Keputusan tentang bola sepak perlu dibuat berdasarkan apa yang berlaku di atas padang, bukan di pejabat.’

Ditanya tentang peranan Ronaldo dalam pasukannya, Roberto Martinez mahu pemain itu berada dalam pasukannya.

Martinez menyatakan bahawa Ronaldo harus dihormati selepas menabur bakti selama 19 tahun untuk Portugal.

“Saya akan menghubungi kesemua 26 pemain yang berada dalam skuad Piala Dunia Portugal sebagai titik permulaan saya, dan Ronaldo berada dalam senarai itu.”

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 18: Lionel Messi of Argentina shakes hands with Cristiano Ronaldo of Portugal prior to the International Friendly match between Argentina and Portugal at Old Trafford on November 18, 2014 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Dia telah bermain untuk Seleção selama 19 tahun dan patut dihormati untuk duduk dan bercakap.

“Kami mempunyai 10 minggu untuk mencipta pasukan terbaik untuk perlawanan pertama. Esok kita mula bekerja untuk perkara itu.”

Selain itu Martinez sedia untuk bekerja dengan ramai bakat muda Portugal terutama sekali mereka yang bermain di liga liga utama di Eropah serta di UCL.

“Terdapat 54 pemain Portugal bermain di liga teratas Eropah yang berumur 28 tahun ke bawah, dan Benfica serta FC Porto berada dalam Liga Juara-Juara. Saya akan menghormati semua pemain ini, yang ramai daripada mereka pernah saya hadapi sebagai lawan dan saya gembira kini ada mereka di pihak saya.”

Ditanya tentang bagaimana dia menyusun atur barisan kejurulatihannya, Martinez menegaskan dia sudah bersedia seperti biasa.

“Selepas tujuh tahun sebagai pengurus antarabangsa saya tahu apa yang diperlukan. Kami akan memuktamadkannya dalam beberapa hari akan datang.”

“Tetapi saya mahu mempunyai pembantu dari kalangan rakyat Portugis, bekas pemain Seleção yang pernah mempunyai kerjaya antarabangsa.”

“Saya fikir ia akan menjadi sangat penting untuk mempercepatkan pemahaman kita tentang bola sepak Portugal.”

Wartawan juga mengajukan pertanyaan, adakah Martinez yakin akan membawa Portugal menjadi juara Eropah pada 2024 akan datang?

Martinez menyatakan keyakinannya. Dia juga menyatakan bahawa setiap orang di dalam pasukan harus berimpian.

“Sudah tentu, adalah penting untuk bermimpi besar, tetapi kami perlu mengambilnya satu langkah pada satu masa.”

“Untuk menjadi Juara Eropah anda perlu melayakkan diri terlebih dahulu. Untuk menjadi Juara Dunia anda perlu melayakkan diri terlebih dahulu. Dari saitu, anda perlu bermimpi.”

Baca yang lain