Emiliano Martinez telah menafikan dakwaan dia te terhadap Kylian Mbappe semasa sambutan Piala Dunia Argentina.
Penjaga gol berusia 30 tahun itu adalah antara pemain yang menyerlah di Piala Dunia 2022, melakukan penyelamatan penting pada saat akhir dan melakukan penyelamatan semasa penalti selepas perlawanan untuk membantu Argentina memenangi gelaran Piala Dunia kedua mereka.
Dan yang ketiga pada era Scaloni sebagai pengurus, di mana Martinez menjadi nadi penting dalam kesemua 3 piala tersebut.
Emiliano Martinez menafikan dia mengejek Kylian Mbappe ketika sambutan keraian Piala Dunianya yang liar.
Dia malah menyatakan dia tidak menujukan langsung keraiannya ke atas Mbappe. Cuma mungkin kebetulan kelakukannya menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Telatah Martinez di bilik persalinan Argentina yang membuat upacara ‘penghormatan terakhir’ kepada Mbappe seolah olah pemain itu mati pada final tersebut.
Dia meminta rakan rakannya berdiam seminit untuk Mbappe.
Seterusnya ketika di Argentina dia memegang patung dengan gambar Mbappe dan membuat isyarat yang kurang menyenangkan dengan patung tersebut.
Tindakannya dilabel ‘menyinggung’ itu dianggap melampau oleh ramai pihak.
Namun Martinez bertindak balas kepada pengkritik dengan menafikan dia mengejek Mbappe.
Martinez malah menyatakan bahawa dia sangat menghormati Kylian Mbappe. Dan berpendapat Mbappe adalah pemain Perancis terbaik yang dia pernah saksikan.
Martinez berkata: “Bagaimana saya boleh mengejek Mbappe? Dia menjaringkan 4 gol! 4 gol pada aksi final.”
“Dia mungkin fikir saya sebagai anak patungnya. Saya ulangi, saya sangat menghormati Mbappe.”
“Dan saya nak cakap sesuatu dengan kamu: Dia adalah pemain Perancis yang terbaik yang saya pernah saksikan.”
Emiliano Martínez: "How could I make fun of Mbappe? He scored four goals! Four goals in the final… He must think I'm his doll! I repeat: I have enormous respect for Mbappe. And I'll tell you one thing: he's the best French player I've ever seen." Via @FlorentTorchut. pic.twitter.com/ePbeHdZ0X1
— Roy Nemer (@RoyNemer) February 10, 2023
Pemenang Piala Dunia mengakui dia pada hari itu telah ingkar kepada permintaan Leo Messi agar dia tidak meraikan kejayaan mereka berlebihan atau secara biadap.
Martinez mempertahankan Leo Messi yang dianggap tidak menegur kelakuannya walaupun Mbappe merupakan rakan sepasukan Messi.
Martinez menegaskan bahawa keraian itu adalah urusan di bilik persalinan.
“Kami menyanyi tentang Mbappe kerana kami menang lawan Perancis. Jika menang lawan Brazil kami akan menyanyi tentang Neymar. Tiada isu peribadi di situ.”
“Saya sangat menghormati orang Perancis. Saya sukakan budaya dan semangat mereka. Tak percaya, tanya Giroud, tentang saya ni orang macam mana,” tegas Martinez.
Emi Martinez turut meramalkan bahawa Mbappe akan menjadi bintang yang akan memenangi banyak Ballon d’Or selepas ini.
🎙️ Emi Martinez: “I told Mbappé that it was a pleasure to play against him and that he almost won that match alone. He has an immense talent. When Messi stops, I'm sure Kylian will win many Ballon d'Or trophies." pic.twitter.com/OrZFJDXlCf
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 10, 2023