Pemenang Piala Dunia Argentina, Emiliano Martinez telah menunjukkan anjing pengawalnya yang baharu dibeli dengan harga £20,000 – baka yang serupa dengan yang digunakan oleh SAS dan US Navy Seals.
Penjaga gol Aston Villa itu menyiarkan video di Instagram anjing pelindung itu beraksi dengan ‘penceroboh’ dengan kekuatan gigi tajamnya ketika mereka cuba ‘menyerang’ isterinya Mandinha di luar rumah mereka.
Anjing tersebut benar benar menakutkan jika dia menyerang.
Dilaporkan bahawa Martinez, yang memenangi anugerah Sarung Tangan Emas untuk penjaga gol terbaik ketika Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar, telah membeli anjing itu pada minggu lalu, untuk melindungi rumah, keluarga dan pingat Piala Dunia miliknya.
Ini termasuk Anugerah Sarung Tangan Emas yang menjadi miliknya, selaku penjaga gol terbaik Piala Dunia 2022.
Sebelum ini banyak kali terjadi pingat kejuaraan hilang dicuri dari rumah pemain.
Selain itu, ada beberapa kes di mana keluarga para pemain ini menjadi mangsa samun di rumah dan nyawa mereka dalam bahaya.
Martinez telah membeli anjing pengawal Malinois Belgium ataupun Belgian Shepherd, sama seperti yang digunakan oleh pasukan elit di zon pertempuran. Kosnya sekurang-kurangnya £20,000 / USD26k ataupun sekitar RM113,650.00.
Anjing pengawal itu boleh mencapai berat sehingga 30kg.
Emiliano Martínez bought a $26,000 Belgian Shepherd, a guard dog trained by special forces, to protect his trophies from potential burglers pic.twitter.com/BQMKhJ9YoQ
— Oh My Goal (@OhMyGoalUS) January 10, 2023
Martinez membuat pembelian daripada Elite Protection Dogs dengan tujuan untuk melindungi keluarganya di West Midlands.S
Syarikat tersebut memang pakar dalam melatih anjing pengawal.
Beberapa bintang telah berusaha untuk meningkatkan keselamatan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpuluh-puluh pemain bola sepak liga teratas, di mana rumah mereka menjadi sasaran pencuri.
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta dan penjaga gol Perancis Hugo Lloris adalah antara bintang bola sepak yang pernah membeli anjing pengawal daripada syarikat itu pada masa lalu.
Bekas bintang England Ashley Cole dan Jack Wilshere, dan juara dunia tinju kelas berat Tyson Fury, juga telah menggunakan khidmat syarikat itu.
Ramai sebenarnya bintang sukan telah beralih kepada anjing pengawal untuk membantu meningkatkan keselamatan mereka.
Emi Martinez akan dikenang sebagai salah seorang penjaga gol paling berjaya dalam sejarah Argentina dan arena bola sepak antarabangsa.
Dia membantu Argentina memenangi Copa America 2021, Finalissima serta Piala Dunia 2022.
Martinez seringkali dianggap puzzle yang dinantikan oleh Argentina selama ini untuk melengkapkan pasukan mereka pada era Lionel Messi.