Marvel Dikecam Teruk Kerana Umum Adiwira Israel Ini Dalam Filem Akan Datang

Pada hujung minggu, menerusi Ekspo D23, Marvel telah mengumumkan bahawa adiwira Marvel yang akan datang “Captain America: New World Order” akan menampilkan penampilan sulung Marvel Cinematic Universe daripada adiwira dari Israel iaitu Sabra, yang akan dilakonkan oleh pelakon Israel Shira Haas.

Pengumuman itu menuai kritikan daripada netizen. Tak habis lagi kritikan ke atas Thor Love And Thunder yang dianggap sudah menjadi medan propaganda politik pejuang pelangi.

Walaupun istilah “Sabra” merujuk kepada orang Yahudi yang dilahirkan di Israel, beberapa pengguna media sosial menggunakan Twitter dan TikTok telah menyelar pengumuman itu, dengan mengatakan nama watak itu tidak sensitif memandangkan pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila pada 1982.

Pada 16 Sept. 1982, militan Kristian Lubnan memasuki kawasan kejiranan Sabra di Beirut dan kem pelarian Shatila yang berdekatan, ketika tentera Israel yang telah menyerang Lubnan tiga bulan sebelumnya melihat, dan menyekat pintu keluar agar pelarian terperangkap di situ.

Mereka malah membantu menerangi tempat kejadian pada waktu malam dengan suar — sambil memulakan pembunuhan beramai ramai selama 36 jam melibatkan lelaki, wanita dan kanak-kanak beragama Islam yang menyebabkan ratusan orang mati.

Israel malah menyediakan bulldozer dan membantu mengembumikan mayat mayat perlarian Palestine di situ.

Ianya dianggap peristiwa hitam yang tidak mahu dikenang lagi oleh orang Palestine dan mereka yang cintakan keamanan dari seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, beberapa pengguna media sosial mempersoalkan nama adiwira itu.

Di Twitter, @yumna_patel membincangkan asal usul nama Sabra, menulis, “nampaknya ‘Sabra’ adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang Yahudi yang dilahirkan di Palestin yang ada sejarahnya (betulkan saya jika saya salah). Ia juga merupakan nama kejiranan di Beirut di mana tentera Israel mengawasi pembunuhan beribu-ribu pelarian Palestin dalam Pembunuhan Sabra dan Shatila pada 1982.”

“Bolehkah seseorang menjelaskan kepada saya mengapa mereka terus menggunakan nama Sabra? Perkara pertama yang hampir setiap rakyat Palestin ingat apabila kita membaca atau mendengar Sabra adalah pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatilla, ia terasa disengajakan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Mereka kemudian membandingkan perkataan Sabra itu dengan perkataan ho***cau*st yang dianggap sangat sensitif bagi orang Israel.

Pengkritik lain mengeluh kerana Marvel memasukkan seorang adiwira Israel, tanpa mengkaji terlebih dahulu tentang nama watak itu.

Matthew John menulis dengan sinis: “hero Marvel Israel Sabra mempunyai banyak kuasa, termasuk merobohkan rumah Palestin…”

Ada juga yang berkongsi dengan netizen bagaimana Marvel memaparkan watak orang Arab dalam komik mereka dahulu.

Kritikan terus diterima Marvel apabila mereka dianggap dengan sengaja menunjukkan semangat ‘mesra Israel’ mereka. Sedangkan Israel dikenali dengan beberapa siri diskriminasi kemanusiaan.

Terdapat beberapa sokongan untuk pengumuman dalam talian, dengan seorang pengguna menulis: “Wah. Marvel sebenarnya mendapatkan seorang pelakon Yahudi untuk memainkan watak Yahudi. Perlu akui, saya tak sangka bahawa Sabra akan muncul. Saya teruja dan bimbang pada masa yang sama. Di sini saya berharap mereka melakukannya dengan betul (sic).”

Dicipta oleh penulis Bill Mantlo dan artis Sal Buscema, Ruth Bat Seraph, aka Sabra, membuat penampilan ringkas pertamanya pada tahun 1980-an “Incredible Hulk #250” sebelum membuat debut rasminya pada tahun 1981 “Incredible Hulk #256.”

Seorang mutan dengan kekuatan luar biasa dan keupayaan untuk memindahkan tenaga hidupnya kepada orang lain, dia juga mahir dalam persenjataan dan pertempuran tangan ke tangan, dan boleh terbang dengan bantuan jalur pergelangan tangan anti-gravitinya. Dia telah berjuang menentang dan bersama Hulk, dan telah bekerjasama dengan X-Men dan Avengers.

Marvel menganggap Sabra sebagai pahlawan wanita sejati dari Israel.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di