Natasha Romanoff (Scarlett Johansson) sentiasa dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga Avengers sejati.
Namun sebelum beliau menyertai Avengers, kisah silamnya bakal dipaparkan dalam filem Black Widow, dan sudah tentulah dalam Marvel Cinematic Universe.
Trailer akhir kepada Black Widow baru sahaja dikeluarkan. Dan ia memaparkan bagaiman Natasha Romanoff merupakan seorang spy berkelas dunia.
Fokus kepada trailer kali ini adalah dua bahagian penting. Pertamanya, kisah silam Natasha Romanoff ketika di Red Room, dan kedua adalah kehidupan bersama keluarganya.
Bagi peminat Avengers, Red Room ni bukannya asing. Ianya pernah munucl dalam Avengers: Age of Ultron, sebagai salah satu program latihan top secret oleh Soviet.
Program ini akan brainwashes gadis muda, dan menjadikan mereka pembunuh upahan yang hebat, serta seorang perisik yang sangat padu.
Dalam trailer kali ini, Natasha mendapat tahu tentang Taskmaster, yang merupakan musuh utama Black Widow.
Dan dalam trailer kali ini juga memaparkan bagaimana Natasha dan adiknya, Yelena – lakonan Florence Pugh, cuba menewaskan Taskmaster.
Sekali lagi trailer ini menunjukkan hubungan kekeluargaan yang kuat di antara Yelena dan Natasha.
Bagi peminat setia Florence Pugh, mereka pasti teruja melihat salah seorang aktres berbakat yang sebelum ini agak underrated, diangkat dalam filem Black Widow.
Pastinya mereka berharap filem ini akan menjadi batu loncatan kepada Florence Pugh untuk lebih dikenali.
Jom saksikan trailer di sini:
Selain daripada itu, Marvel turut mengeluarkan poster rasmi untuk Black Widow yang akan ditayangkan pada 30 April akan datang.
Cantik bukan?
The final poster for #BlackWidow. See it in GSC this 30 April. pic.twitter.com/WZE6dNYL0R
— GSC (@GSCinemas) March 9, 2020