BILD melaporkan bahawa masa depan Tuchel di Bayern kini tidak selamat. Hal ini kerana beberapa individu di pengurusan tertinggi Bayern sudah mulai meragui kemampuan pengurus tersebut.
Tuchel sebelum ini menjadi sebab kenapa Bayern segera memecat Nagelsmann. Ketika itu Tuchel baru dipecat oleh Chelsea.
Risau Tuchel disambar kelab lain, Bayern terus memecat Nagelsmann. Dan terus melantik Tuchel sebagai pengurus baharu mereka.
Kini situasi Tuchel di Bayern menjadi sedikit goyah.
Baru baru ini, CEO Bayern Munich, Jan Christian Dreesen dengan terbuka membuat kenyataan umum bahawa dia tidak suka dengan tatikal Bayern ketika ini. Dan meminta Tuchel untuk memperbaikinya.
Dreesen bagaimanapun ketika itu memberikan jaminan bahawa masa depan Tuchel bersama Bayern masih selamat.
Tetapi Uli Hoeness yang terkenal dengan sikapnya yang suka membocorkan isu dalaman kelab itu berkata sebaliknya.
Menurut Hoeness, kedudukan Tuchel di kelab itu ketika ini adalah goyah dan tidak terjamin.
Uli Hoeness sendiri menegaskan bahawa dia tidak begitu gemar dengan Tuchel, namun meminta kelab untuk tidak terlalu kerap menukar pengurus mereka seperti yang selalu mereka lakukan.
Uli Hoeness percaya Tuchel masih kekal di Bayern walaupun 7 mata di belakang Bayer Leverkusen yang berada di puncak liga, itu kerana Bayern dalam proses bertenang untuk memecat pengurus, setelah mereka memecat Nagelsmann.
Di mana pemecatan itu melibatkan nilai pampasan sangat tinggi.
Tuchel mulai dikritik selepas aksi longlai Bayern ketika menentang Werder Bremen.
Jadi, Uli Hoeness memberikan amaran, walaupun Bayern ketika ini dilihat agak berlembut dengannnya, itu bukan bermaksud dia sudah selamat.
Jika Tuchel mencatatkan beberapa keputusan yang tidak memuaskan lagi selepas ini, dia berisiko dipecat.
Menurut Hoeness lagi, tiada pengurus yang benar benar selamat di Bayern walaupun mereka telah memberikan trofi kepada kelab sekalipun.
Doubts over Thomas Tuchel are growing internally. Uli Hoeneß also has some doubts, but wants more stability at the club and doesn't want the coaching chair at Bayern to turn into an 'ejection seat' with another dismissal – that's why Tuchel is safe for now, but has to deliver… pic.twitter.com/ROTFvBkXO1
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) January 23, 2024
Peminat Bayern, masih ramai yang percaya Tuchel pengurus yang tepat untuk kelab itu. Dan meminta kelab menyokongnya untuk mendapatkan pemain yang lebih baik.
Baru baru ini Tuchel dikatakan cuba meminta kelab memintas rundingan Radu Dragusin daripada menyertai Spurs, ianya gagal.
Kemudian, terbaru Bayern dikatakan hanya membida €15 juta untuk mendapatkan Trippier, dan ianya ditolak oleh Newcastle.
⚪️⚫️ Newcastle insist on their position: Bayern new bid in the region of €15m for Kieran Trippier has been rejected. pic.twitter.com/ZIWtNn4nPK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 23, 2024