Benda ni bagi saya bukan perkara baharu. Dah lama United berhadapan dengan masalah ini. Pada era Mourinho mereka cuba menjadikan Matic sebagai pilihan utama untuk DM. Dan jika Matic tak dapat main masa tu lah Pogba ditolak ke deep area untuk DM.
Kekadang Pogba dan Matic diletakkan sebagai double pivot. Posisi yang pernah dikritik Paul Pogba secara terbuka dan menyatakan beliau mahukan taktikal ofensif. Terus Pogba kena dengan Mourinho.
Dan musim ini masalah itu berlaku lagi. Solskjaer cuba expose McTominay dan Fred untuk posisi tersebut selain daripada Matic.
Mereka tidak konsisten sebagai pemain yang memberikan aksi sebagai DM yang bagus. McTominay mungkin lebih baik daripada Matic dan Fred musim ini untuk peranan di deeper role bahagian tengah. Tetapi pemain itu masih lagi dalam proses pembelajaran yang jauh.
Sebab itu saya katakan kehilangan Pogba lebih besar impak berbanding De Gea. Pogba adalah pemain yang boleh memberikan stabiliti di tengah terutama sekali kualiti tambahan ketika menyerang.
Jika hilang De Gea mereka masih ada Romero yang kualiti beliau sangat baik.
Manchester United dah settle di back 4. Tetapi di central area banyak perkara perlu mereka perbaiki.
Isu DM yang shield Backline. Kemudian membentuk gandingan terbaik di bahagian tengah untuk memastikan kawasan itu stabil.
Stabiliti di bahagian tengah sangat penting kerana ia akan menjadi asas kepada kestabilan di bahagian lain. Ia akan menyokong bahagian lain sama ada ketika menyerang ataupun bertahan.
Mungkin Januari ini Solskjaer tak akan spending sebab dia dah ada pemain tengah yang ramai ketika ini. Dia akan cuba pakai pemain yang ada. Jika mereka ok mungkin akan berada di dalam pasukan next season.
Sejak beberapa tahun lalu Mourinho mahukan Milenkovic Savic. Namun mereka tak dapat pemain tersebut.
Dalam perpindahan lalu mungkin mereka boleh mendapatkan Bruno Fernandes kerana pemain itu ada kualiti yang bagus di tengah untuk membentuk fleksibiliti.
Mereka melepaskan salah seorang reliable bench player iaitu Ander Hererra yang tak mencapai kesepakatan dalam kontrak baharu. Itu pun satu hal juga.
Rumusan
Manchester United perlu settlekan bahagian tengah mereka supaya lebih stabil dan fleksibel. Pemain seperti Andreas Pereira dan Juan Mata jelas sekali bergelut menjadi pemain yang konsisten.
Musim ini yang nampak ada peningkatan ketara adalah McTominay.
Matic sudah menunjukkan beliau menuju ke fasa akhir karier. Dan mungkin tiada dalam perancangan pasukan selepas ini.
Fred ni aku tak tau nak cakap apa. Dia rajin tetapi tak konsisten serta kebanyakan aksi beliau lebih kepada average berbanding dengan beberapa aksi yang baik.
Lawan Villa semalam, banyak gila peluang gol dia. Namun semua dia rembat kelaut.
Di bahagian lain United dah ok. Mereka dah ada winger yang bagus seperti Daniel James. Kalau nak tambah kualiti pun tiada masalah.
Cuma keutamaan mereka adalah membentuk gandingan tengah. Sama ada dengan unit pemain mereka ada ataupun buat new signing.