Pengurus pasukan bola sepak Olimpik Argentina, Javier Mascherano mengamuk di hadapan wartawan setelah layanan teruk diterima pasukannya ketika berada di Perancis.
Menurutnya, sebelum perlawanan, hotel penginapan pemain pemain Argentina telah dipecah masuk. Barang milik Almada hilang dicuri.
Ketika mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa, mereka diminta untuk menyertakan bukti sokongan di atas laporan tersebut.
Dalam aksi di atas padang pula, pihak penganjur memutuskan untuk meneruskan perlawanan walaupun berlaku kekacauan penyokong. Sedangkan menurut Mascherano, pasukan Maghribi sendiri sudah setuju untuk tidak menyambung perlawanan dan menamatkannya pada kedudukan 2-2.
Ini kerana gol oleh Medina itu berlaku pada minit ke-116. Ketika masa tambahan minimum 15 minit sudah tamat.
Mascherano berkata: “Semalam ada orang memecah masuk ke kawasan penginapan kami. Barang milik Almada telah dicuri.
“Dan mereka mahukan kami menyertakan bukti kukuh untuk semua perkara untuk menyokong aduan kami, dan di atas semua yang berlaku. Dan hari ini, penyokong menceroboh masuk ke dalam padang 7 kali. Dan ada yang membaling suar kepada kami.
“Mereka [jawatankuasa] telah memberitahu kami bahawa perlawanan ini berakhir dengan kedudukan 2-2. Pasukan Maghribi sendiri pun tak mahu meneruskan permainan ini.”
Agak mengejutkan apabila komisioner perlawanan memanggil kedua dua pasukan untuk meneruskan permainan yang masih berbaki beberapa minit sahaja, selepas perlawanan dihentikan seketika untuk 2 jam kerana berlaku kekacauan penyokong.
🔴 URGENTE | Javier Mascherano ESTALLA contra la inseguridad en los Juegos Olímpicos de París causada por la inmigración ilegal: “Ayer nos robaron durante el entrenamiento relojes, anillos… de todo”.
“¿Cómo van a suspender un partido porque marroquís se cuelan en la cancha?”. pic.twitter.com/vJyL8BNVJQ
— Unai Cano (@unaicano10) July 24, 2024
Ketika perlawanan disambung dalam stadium kosong, VAR menyemak gol Medina dan ianya disahkan tidak sah kerana ofsaid.
Mascherano sendiri menyatakan: “Saya tidak pernah melihat sarkas seteruk ini dalam seumur hidup saya.”
@axello_tacts Perlawanan serba serbi panas ketika Maghribi mengejutkan pilihan pingat emas Argentina dengan kemenangan 2-1. Artiikel di bio 🔗🔗🔗