Terdapat sedikit harapan buat Itali untuk beraksi di pentas Piala Dunia 2022 – tetapi peluang itu sangatlah tipis. Kerana semuanya bergantung pada status Iran dalam pertandingan yang akan dilangsungkan di Qatar.
Walaupun peluang itu tipis, tetapi ia dianggap peluang yang sangat baik untuk Itali – jika FIFA memilih untuk menyingkirkan Iran daripada pertandingan.
Penyandang juara Eropah, Itali, disingkirkan secara mengejut pada separuh akhir play-off menentang Macedonia Utara minggu lalu dan akan terlepas Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
Penyokong Itali sangat kecewa dengan kegagalan tersebut walaupun beberapa bulan lalu mereka bergembira dengan kejayaan menjulang Euro 2020.
Iran berdepan penyingkiran
Sport Mediaset, Sky Sport Italia dan Sportitalia membuat laporan khas tentang peluang yang mungkin wujud untuk Itali ke Piala Dunia.
Ini selepas Iran menghalang 2000 wanita daripada memasuki stadium untuk kelayakan Piala Dunia menentang Lubnan pada hari Selasa.
Ia bukan kali pertama ia berlaku dan FIFA memberi amaran kepada negara tersebut agar tidak melakukannya lagi pada 2019.
Menurut Football-Italy, ahli Persekutuan Bola Sepak Iran Mehrdad Seradschi menyiarkan di Twitter dia telah mendengar ‘berita membimbangkan daripada FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia’ mengenai situasi itu.
There is an extremely remote possibility Italy could be promoted to the 2022 World Cup if Iran are excluded for banning women from the stadium https://t.co/blVE2Yq908 #Azzurri #Iran #WCQ #WCQ2022 #WorldCup2022
— footballitalia (@footballitalia) March 30, 2022
Salah satu hukuman yang paling keras dan ekstrem adalah menyingkirkan Iran daripada Piala Dunia 2022.
Skuad kendalian Dragan Skocic layak mendahului kumpulan Pusingan Ketiga AFC untuk menempah tempat di Qatar.
Sekiranya itu berlaku FIFA kemungkinan besar akan menaikkan nama negara dengan co-efficient tertinggi dalam ranking dunia di tempat mereka.
Dalam situasi semasa, negara di ranking tertinggi di kalangan negara yang tidak layak ke Piala Dunia adalah Itali setelah mereka menjadi juara pada Kejohanan Eropah musim panas lalu.
Sebagai rekod, dalam sejarah Piala Dunia, tidak ada pasukan yang pernah ditendang keluar dari Piala Dunia selepas kelayakan.
Jadi ia akan menjadi langkah yang sangat ‘kejam’ serta masig tidak pernah berlaku sebelum ini.
Namun terdapat juga kritikan ke atas FIFA jika mereka mengangkat Itali hanya kerana negara itu dengan ranking tertinggi. Mereka merasakan slot Iran itu seharusnya milik pasukan dengan ranking tertinggi dari kalangan negara Asia yang gagal ke Piala Dunia menerusi kelayakan.
Itali berduka
Sebelum ini, media dan pundit meramalkan Itali akan bersaing dengan Portugal dalam perlawanan akhir play-off yang hangat awal minggu ini.
Bagaimanapun, kemenangan dramatik menerusi gol masa kecederaan oleh Aleksandar Trajkovski menghantar Macedonia Utara untuk menentang Cristiano Ronaldo dan rakan rakannya.
Portugal – menepati ramalan – menang selesa 2-0 ke atas Macedonia Utara hasil dua gol daripada Bruno Fernandes. Sekaligus memastikan mereka tidak menerima nasib yang sama seperti Itali.
Mancini ditanya mengenai masa depannya sebagai bos Itali berikutan penyingkiran mengejut mereka dan dia menyatakan bahawa dia masih komited dengan pasukan kebangsaan Azzurri.
Begitu juga deegan FIGC (FA Itali) yang turut setuju untuk mengekalkan Mancini – menurut kenyataan pengurus tersebut.
“Saya telah berbincang dengan presiden (FIGC), kami bersetuju dengan segala-galanya. Saya gembira, kami akan bercakap lagi dalam beberapa hari akan datang,” kata pengurus berusia 57 tahun itu.
“Saya rasa ingin kekal kerana saya masih muda. Saya mahu memenangi satu Kejohanan Eropah dan satu Piala Dunia, jadi untuk Piala Dunia saya perlu menunggu sedikit masa lagi.”
Bek tengah veteran Itali, Leonardi Bonucci menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Mancini. Dia menyifatkan Mancini sebagai pengurus yang unik.
Menurut Bonucci lagi, sejak Mancini tiba di kem Itali pada 3 tahun lalu, pasukan Itali lebih empati di dalamnya. Membuatkan kesemua pemain yang berada di kem tersebut terasa tidak mahu keluar setelah berada di situ.
Itali bangkit daripada kekalahan mengejut mereka di tangan Macedonia Utara dengan mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Turki pada hari Rabu.
Gol daripada Bryan Cristante dan dua gol daripada Giacomo Raspadori sudah cukup untuk melakar kemenangan.