Masih Ada Tempoh Kurang 2 Minggu Untuk Buat Keputusan, Mbappe Malah Healing Di Cameroon

Sebelum ini Nasser Al Khelaifi sudah mengingatkan Kylian Mbappe bahawa pemain itu harus memutuskan segera sama ada dia mahu terus kekal di PSG atau dijual oleh kelab itu serta merta.

Nasser Al Khelaifi ketika itu menegaskan bahawa polisi kelab itu kepada Mbappe adalah sama. Mereka tak akan membiarkan pemain terbaik mereka itu pergi secara percuma selepas 2024 ini.

Dan pada masa yang sama berharap Mbappe melanjutkan kontrak sekurang kurangnya untuk setahu lagi – dengan mengaktifkan lanjutan setahun yang ada pada kontraknya.

Sebelum ini Mbappe menghantar notis peringatan kepada PSG menyatakan bahawa dia tak akan melanjutkan kontraknya selepas kontrak wajibnya tamat 2024.

Ianya membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang dan memberikan amaran bahawa pemain itu harus memilih sama ada melanjutkan kontrak atau dijual serta merta.

Polisi itu disokong 100% oleh Emir Qatar. Yang menegaskan bahawa Mbappe harus membuat pilihan.

PSG kemudian memberikan bayangan bahawa mereka akan menjual Mbappe ke Real Madrid. Kelab yang sebelum ini pernah menawarkan mereka kira kira €160 juta untuk membeli pemain itu.

Real Madrid juga mungkin boleh menunggu Mbappe secara percuma pada akhir musim ini. Dengan Florentino Perez dengan berseloroh menyatakan mereka akan sign Mbappe.

Video tular itu membuatkan Nasser Al Khelaifi benar benar marah. Namun dia tetap cuba memperbaiki hubungan dengan Perez. Yang dilihat watak penting dalam usaha mereka mendapatkan wang daripada penjualan Mbappe.

Semalam dalam sidang media pengenalan Luis Enrique sebagai pengurus baharu, Nasser Al Khelaifi menegaskan perkara yang sama.

Mbappe diberi tempoh 2 minggu untuk memilih.

Al Khelaifi berkata: “Kylian Mbappe harus membuat keputusan minggu depan atau dalam dua minggu ini. Tidak lebih daripada itu.”

“Jika dia tak nak sign kontrak baharu, pintu keluar untuknya adalah terbuka.”

“Tiada siapa lebih besar daripada kelab, bukan pemain, termasuk saya pun tak lebih besar daripada kelab ini. Ianya jelas bukan?”

Kemudian Nasser menambah, Mbappe setuju bahawa dia tak akan meninggalkan kelab itu secara percuma. Dan dia menagih janji pemain itu.

Namun apa yang berlaku Kylian Mbappe malah sempat healing atau bercuti di kampung halaman ayahnya di Cameroon.

Ini bukanlah kali pertama Mbappe bercuti ke Cameroon. Malah sudah berkali kali dia berbuat demikian. Dia sentiasa berbangga dengan leluhur keluarganya.

Ayah Mbappe merupakan asal Cameroon sebelum mereka berhijrah ke Perancis.

Ayahnya pernah mendedahkan bahawa dia pernah memujuk anaknya untuk mewakili Cameroon. Namun amalan rasuah di FA Cameroon membuatkan mereka meminta sejumlah wang untuk membolehkan Mbappe diserap masuk ke dalam pasukan kebangsaan.

Ayah Mbappe menafikan Mbappe lupa asal usul keluarga mereka dari Afrika. Malah ayah kepada penyerang itu mendedahkan bahawa Kylian Mbappe pernah berusaha untuk bermain untuk tanah airnya.

Tetapi amalan rasuah memaksanya untuk melupakan Indomitable Lions.

Ketika itu Mbappe masih muda, dan ayahnya bertanya kepada FA Cameroon kalau mereka boleh memberikan peluang kepada anaknya untuk menunjukkan potensinya.

Malangnya, ada pegawai dalam FA Cameroon atau Fecafoot telah meminta sejumlah wang daripada ayah Mbappe jika mahu melihat anaknya diberikan peluang beraksi untuk negara itu.

Orang itu memberitahu ayah Mbappe ianya adalah salah satu cara yang digunakan ibu bapa di Cameroon untuk melihat anak mereka beraksi dalam sesebuah pasukan.

Mbappe ketika itu benar benar kecewa kerana ditolak dan dinafikan peluang untuk menunjukkan kemampuannya dengan cara sebegitu.

Bapa kepada penyerang Perancis Kylian Mbappe telah menceritakan semua yang berlaku. Kecewa dengan apa yang berlaku, telah memaksa anaknya bermain untuk Les Blues berbanding Cameroon.

Mbappe dilahirkan di Paris, anak kepada bapa yang berasal dari Cameroon, Wilfried. Ibunya pula dari Algeria, tetapi dia telah berusaha untuk bermain bola sepak pasukan kebangsaan senior untuk Negara Afrika Tengah tempat bapanya berasal.

Wilfried berakata: “Pada mulanya, saya mahu anak saya bermain untuk Cameroon tetapi, seseorang di dalamPersekutuan Bola Sepak Cameroon mengenakan sejumlah wang yang saya tidak patut bayar untuk membuatkannya bermain untuk Cameroon.”

“Di Perancis mereka tidak mengenakan apa-apa bayaran.”

Beberapa tahun selepas itu, Mbappe menjadi bintang remaja luar biasa. Dia membantu Perancis menjadi juara dunia pada 2018. Berjaya mendapatkan kontrak luar biasa dengan PSG.

Piala Dunia 2018 di Rusia, dia berjaya menjaringkan empat gol, termasuk satu dalam kemenangan 4-2 menentang Croatia pada perlawanan akhir.

Dia menjadi pemain remaja kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas legenda Brazil Pele.