Masih Banyak ‘Kerja’ Perlu Dilakukan Barcelona Untuk Mendapatkan Messi

Lionel Messi -secara lisan telah bersetuju untuk terus kekal di Barcelona dengan potongan gaji 50%. Messi akan menandatangani kontrk 5 tahun yang akan tamat sehingga dia berusia 39 tahun.

Sebelum ini, sejak Ogos tahun lepas Messi dilihat berusaha mahu keluar dari kelab tersebut. Bagaimanapun disebalik kegembiraan itu terdapat kegusaran dimana masih belum terdapat gambar Messi dan presiden Barcelona ‘berjabat tangan’ memuktamadkan perjanjian itu.

Kedua-dua pihak tahu Barcelona masih mempunyai masalah dengan Economic Controls La Ligas, jika Messi ditandatangani kontrak itu, Messi perlu bersama Sergio Aguero, Memphis Depay, Eric Garcia dan Emerson Royals terlebih dahulu.

Kumpulan pemain ini masih belum boleh didaftar kerana kelab perlu melakukan penjimatan terlebih dahulu kerana kelab mempunya hutang semasa hampir €1.3 billion. Barcelona tidak dibenarkan menambah 1 sen bil gaji baru.

Had perbelanjaan dibenarkan ketika ini sekitar €160 juta iaitu hanya suku dari jumlah yang dibenarkan pada 3 tahun lepas. Masalah itu berlaku akibat salah urus dari Josep Bartomeu (presiden ketika itu) sehingga mengaikatkan Barcelona mencatat hutang besar.

Bagaimanapun jika Barcelona berjaya memperbaiki kewangannya sebelum liga bermula kesemua pemain baharu boleh didaftar.

“Keputusan Messi untuk kekal bukan hanya bergantung kepada saya sahaja. Terserah kepada kelab untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka sehingga mereka dapat menandatangani Messi.”

“Kami akan gembira jika kelab berjaya melakukannya dan Messi kekal bersama kami tetapi ia bukan sesuatu yang saya dapat selesaikan untuk mereka.”

Bermakna Barcelona perlu memotong gaji pemain lain dicampur dengan persetujuan Messi menerima potongan gaji sebanyak 50%.

Sebelum ini Barcelona telah menjual dan meminjam keluar beberapa pemain seperti Junior Firpo, Jean-Clair Toribo, Konrad de la Fuente, Francisco Tricao dan Charles Alena.

Tetapi senarai tersebut hanyalah kumpulan pemain murah yang tidak dapat memberi penjimatan besar kepada kelab. Kini Barcelona mahu melepaskan pemain yang mempunyai nilai dan gaji lebih besar.

Antoine Griezmann, Phiippe Coutinho dan Ousmane Dembele berada dalam kumpulan pemain yang akan dilepaskan. Andre Ter Stegen, Sergio BUsquets dan Jordi Alba dijangka akan berada dalam senarai pemain yang akan diotong gaji.

Hanya dengan tindakan tersebut boleh memberi ruang untuk Barcelona mendaftarkan Messi jika pemain tersebut menandatangi kontrak barunya di kelab itu.

Ayah Messi iaitu Jorge tahu tentang situasi tersebut dan dia tidak mahu Messi menandatanginya kontrak terlebih dahulu sehingga ada jaminan masalah tersebut selesai.

Masalah itu juga menimbulkan kesan sampingan lain. Pemain remaja Barcelona, Ilaix Moriba tidak dibenarkan kembali menyertai latihan pra musim. Walaupun Maribo masih dalam kategori pemain remaja tetai dia telah menerima gaji yang tinggi.

Barcelona semakin tegas dengan struktur gaji baharu dan berkemungkinan kontrak Maribo akan dikaji semula.

Cerita lain

Disudut lain -musim lepas, Manchester City dan Paris Saint Germain antara kelab yang benar-benar serius mengkaji kemungkinan Messi boleh dibawa ke pasukannya.

Mereka telah bercakap dengan keluarga Messi namun pada musim ini 2 kelab tersebut agak diam.

Pep Guardiola telah menyatakan minat bahawa dia berharap Messi menyertainya. Guardiola pernah bekerjasama selama 4 musim ketika dia menguruskan Barcelona.

Sementara itu Paris Saint Germain telah mengeluarkan banyak perberlajaan bagi mendapatkan Georginio Wijnaldum, Sergio Ramos, Achraf Hakimi dan Gianluigi Donnarumma.

Walaupun hubungan Barcelona dan Messi telah tamat secara rasmi pada 30 Jun lepas, kelab masih menganggap Messi sebahagian dari mereka.

Kedai online rasmi Barcelona terus mengiklankan jersi dengan nama Messi. Mereka juga membuat liputan ‘pemain Barcelona di Copa America’ pada beberapa minggu terakhir kejohanan.

Perkara tersebut biasanya tidak berlaku selepas pemain secara rasmi tidak mempunyai kaitan (kontrak) dengan pasukan. Ia jelas kedua-dua pihak mempunyai hubungan emosi kuat walaupun Messi sudah bergelar ejen bebas.

Apa seterusnya?

Tempoh kontrak Messi juga terus menjadi persoalan adakah kelab benar-benar bersetuju untuk membayar Messi €50 juta setahun termasuk cukai sehingga dia berusia 39 tahun?

Melihat kepada masalah kewangan yang dihadapi kelab sudah tentu jawapannya ya.

Sebaliknya, pada mesyuarat agung tahunan (AGM) yang belaku pada bulan Jun Laporta sendiri mengatakan dia berharap dapat untuk mengekalkan Messi selama 2 tahun.

Ia lebih masuk akal.

Sejak beberapa minggu sebelumnya Messi dan ayahnya sentiasa berunding dengan kelab untuk terus kekal disana. Messi, isteri dan 3 anaknya sudah selesa dengan kehidupan disana.

Pada tahun lepas, Messi mengakui anak-anaknya menangis apabila diberitahu mereka akan berpindah ke tempat lain.

Messi sudah pasti lebih gembira apabila Bartomeu bukan lagi presiden kelab dan Laporta dilihat cukup berminat mengekalkan Messi dan melakukan apa saja untuknya.

Messi telah memberitahu kepada umum tentang masa depannya. Dia memberitahu wartawan Sepanyol, Jordi Evole tentang ideanya untuk menunggu hingga hujung musim sebelum membuat keputusan.

Menjelang hujung musim Messi mengambil pendekatan berdiam diri kemudiannya bermain di Copa America tanpa bercakap sepatah pun tentang masa depannya bersama Barcelona.

Messi kini sedang bercuti bersama kelauarganya selepas menjuarai Copa America. Barcelona masih perlu melakukan banyak perkara untuk melihat Messi akan terus kekal bersama kelab pada musim hadapan.

Salah satu darinya menjual Antoine Griezmann.