Masih Ingat Nicolas Gaitan? Ini Kisah Sedih Di Sebalik Kegagalannya Menyertai Man United

Pemain Argentina, Nicolas Gaitan akhirnya memberikan komen tentang khabar angin mengenai perpindahan ke Manchester United.

Dia mengakui bahawa dia hampir berpindah ke Man United, tetapi ada satu perkara yang membuatkannya tidak dapat merealisasikan perkara itu.

Rumors Gaitan ke Man United sangat sensasi sehinggakan ia menjadi bahan troll peminat bola sepak tentang satu rumors yang sentiasa wujud setiap kali perpindahan.

Bukan sesuatu mengejutkan untuk kelab besar seperti Man United mahukan Gaitan.

Gaitan ketika itu meningkat naik sebagai salah seorang pemain sayap muda terbaik. Gaitan menunjukkan persembahannya yang sangat mengujakan ketika di Benfica sekitar tahun 2010-an.

Manchester United mengintai peluang untuk mendapatkan pemain Argentina itu selama bertahun-tahun. Tetapi perpindahan itu tidak pernah menjadi kenyataan hingga ke hari ini.

Sehingga kita lupa di mana Gaitan sekarang ni?

Gaitan akui hampir bergabung dengan Red Devils

Gaitan mengakui bahawa beliau telah bercakap dengan Manchester United. “Ya, memang benar [berita perpindahan ke Man United],” kata Gaitan kepada Sportwitness.

Gaitan mendedahkan bahawa beliau dan Man United sedang mencari ikhtiar untuk perpindahan ke Old Trafford.

Tetapi itu gagal kerana dia tidak ada permit kerja untuk bekerja di UK. Ianya satu kisah sedih untuk pemain yang mendapat tawaran terbaik dalam karier mereka.

Masalah permit

Gaitan berkata: “Salah satu sebab mengapa [pindah ke Man United] gagal adalah kerana masalah permit kerja.”

“Saya tidak mempunyai kewarganegaraan Eropah dan saya juga bukan pemain Pasukan Nasional [Argentina].”

“Saya telah dipanggil ke pasukan kebangsaan beberapa kali, tetapi saya jarang bermain. Dan itu memberi kesan kepada status saya.”

“Ini kerana terdapat minimum permainan untuk dapat bekerja di England.”

Tidak pernah menyesal

Gaitan juga mengatakan bahawa dia tidak menyesal berpindah ke Man United. Dan menyatakan setiap perkara itu pasti ada hikmahnya.

“Saya tidak memenuhi syarat untuk berpindah, dan ianya membuatkan perpindahan tidak terjadi. Tetapi jika sesuatu tidak terjadi, pasti ada hikmah lain di sebaliknya.”

“Satu perkara yang pasti ialah saya tidak pernah meminta untuk meninggalkan Benfica.”

“Saya tidak pernah memaksa mereka untuk menjual saya. Saya selalu menyerahkan situasi ini kepada ejen saya, dan dia akan menjelaskan pandangan saya tanpa memberikan tekanan kepada Benfica.” katanya.

Setelah meninggalkan Benfica, Gaitan telah bermain beberapa kelab termasuk Atletico Madrid, Chicago Fire Dalian Yifang di Liga Super China.

Dan kini pada 2019/20 beliau bermain di Perancis bersama Lille. Bagi musim 2020/21, Nicolas Gaitan akan bermain bersama Braga. Kemudian bersama denga Pacos De Fereira