Masih Kemarau Trofi, Kane Rasmi Terlepas Satu Lagi Trofi

Harry Kane meneruskan kemarau piala beliau sekali lagi apabila Bayern Munich tersingkir di peringkat 16 akhir di tangan Bayer Leverkusen dalam aksi DFB Pokal atau Piala Jerman.

Kane tidak diturunkan dalam perlawanan ini. Di mana Jamal Musiala menjadi penyerang utama untuk Bayern.

Kane dilihat bakal menamatkan musim ini dengan trofi pertama dalam karier profesionalnya. Namun sudah rasmi terlepas 1 trofi musim ini iaitu DFB Pokal.

Peminat tumpang sedih dengan nasib Harry Kane yang terlepas satu lagi trofi.

Dia melihat kegagalan rakan rakannya mencetak gol dalam perlawanan penting ini.

Nathan Tella mencetak gol tunggal perlawanan untuk membantu skuad Xabi Alonso mara ke suku akhir.

Tuan rumah, Bayern Munich dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-17 apabila penjaga gol veteran, Manuel Neuer dibuang padang. Berikutan kekasarannya ke atas Jeremie Frimpong ketika dia cuba melakukan sweeping.

Walaupun berkelebihan seorang pemain, Leverkusen terpaksa menunggu sehingga minit ke-69 untuk mencetak gol pertama menerusi bekas pemain Burnley dan Southampton iaitu Tella.

Xabi Alonso masih tidak kalah dalam Piala Jerman selepas memenangi perlawanan kelapan berturut turut dalam pertandingan tersebut.

Sementara Bayern masih belum menang piala tersebut sejak 2020. Sebagai rekod, Bayern adalah pemenang terbanyak dengan 20 Piala Jerman.

Walaupun Kane dan Bayern rasmi terlepas DFB Pokal, namun di dalam saingan Bundesliga, mereka kini 4 mata di atas Eintracht Frankfurt.

Kane juga dan Bayern turut berada di landasan yang baik dalam saingan UCL.

Juara bertahan Bundesliga, Bayer Leverkusen kini di tangga ketiga di dalam carta liga dengan 7 mata di belakang Bayern Munich.