Masih Lagi Digantung, Tonali Berdepan 50 Lagi Pertuduhan Judi

Sandro Tonali ketika ini masih digantung selepas dia terlibat dalam perjudian bola sepak di Itali sebelum dia berpindah ke Newcastle.

Newcastle sebelum ini pernah menyatakan hasrat mereka mahu mendapatkan pampasan daripada AC Milan yang dianggap tidak telus dalam isu tersebut.

Tonali digantung selama 10 bulan dan dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia tak boleh bermain di Euro akan datang.

Selain hukuman penggantungan dia diwajibkan menghadiri sesi rehabilitasi kerana ketagihan judi.

Newcastle menuduh AC Milan sebenarnya sudah tahu Tonali berdepan hukuman kerana masalah perjudian. Oleh sebab itulah kelab Itali itu tiba tiba mahu menjual pemain tengah terbaik mereka musim lalu dengan harga dianggap murah untuk kualitinya.

Ini selepas laporan daripada media Itali menyebut bahawa AC Milan terpaksa menjual pemain itu kerana mengetahui tentang tabiat ketagihan judinya. Dan ianya tidak bagus untuk pemain itu dan kelab dari segi pembangunan.

Dia dilepaskan dengan nilai £55 juta sahaja.

AC Milan menafikan tuduhan itu dengan menyatakan bahawa mereka menjual Tonali atas dasar kewangan kelab semata mata. Kerana kelab perlukan wang.

Kini Tonali berdepan satu lagi pertuduhan ke atasnya berkaitan perjudian ketika dia baru sahaja menjalani separuh daripada penggantungannya.

Kali ini dari FA England yang mendapati pemain itu sempat berjudi banyak kali dalam masa dua bulan pertama di Newcastle. Dia telah melakukan 50 pertaruhan bola sepak yang dilarang sama sekali di England melibatkan pemain pemain Liga Inggeris.

Kesalahan itu dilakukan sekitar Ogos sehingga Oktober 2023.  Dan dia diberikan sehingga 5 April untuk memberikan penjelasan tentang perkara itu.

Newcastle sudah mengeluarkan kenyataan dan menegaskan bahawa kelab sudah sedia maklum dan berkata bahawa pemain tengah mereka itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Dan buat masa ini Newcastle dan Sandro Tonali enggan membuat komen lanjut.

Baca yang lain