2 tahun yang lalu Gianluigi Donnarumma meninggalkan AC Milan sebagai ejen bebas. Dia menyertai PSG atas usaha mendiang Mino Raiola yang mempengaruhi pemain itu.
Raiola dan Donnarumma didapati telah mempermainkan AC Milan dalam soal kontrak. Berjanji akan melanjutkan kontrak baharu jika syarat diminta Donnarumma dituruti.
Sebelum itu Donnarumma pernah mendesak Milan menjualnya ke Juventus namun Milan tidak mahu.
Donnarumma turut memberitahu Milan bahawa jika kelab itu keberatan menjualnya ke kelab di Itali dia minta dijual sama ada ke Chelsea atau PSG. Sekali lagi AC Milan enggan menerima cadangan itu.
Donnarumma benar benar menjadi bakat luar biasa di Eropah pada masa itu pada usianya yang sangat muda. Dia dianggap bakal pengganti Gigi Buffon di gawang Itali.
Sebelum itu, pada 2017, Donnarumma pernah meminta Milan menerima abangnya, Antonio Donnarumma masuk dalam pasukan utama Milan sebagai salah satu syarat dia akan terus kekal bersama dengan mereka.
Permintaan Donnarumma dituruti Milan dan dia melanjutkan kontraknya sehingga 2021. Tetapi pada tahun akhir konraknya dia bermain tarik tali dengan AC Milan. Kemudiand diau enggan melanjutkan lagi kontraknya dan menyertai PSG secara percuma.
Tindakan Donnarumma itu benar benar menyusahkan Milan. Kerana sebelum itu dia sudah berjanji akan melanjutkan kontrak baharu bersama Milan. Tetapi ternyata satu scam.
Donnarumma yang merupakan graduan akademi Milan enggan menerima tawaran £130k seminggu ditawarkan AC Milan kepadanya. Tindakan Donnarumma yang tidak jujur membuatkan AC Milan rugi.
Kerana pemain itu pergi secara percuma. Sementara Donnarumma dan ejennya Raiola pula mendapat berpuluh juta lagi daripada bonus tandatangan sebagai ejen bebas.
Dia kembali semula ke San Siro bersama PSG dalam aksi UCL. Peminat Milan yang masih sakit hati dengan Donnarumma telah menaburkan wang palsu kepadanya dengan tulisan bahawa dia adalah hamba duit.
Mereka bersorak Doll-rumma kepada pemain itu. Paling menarik perhatian Mbappe kelihatan terhibur melihatnya.
AC Milan fans throw fake money at Gianluigi Donnarumma in protest at him moving for the money 💰💸
'Dolla-rumma' 🤑 pic.twitter.com/SPwN4EDqVb
— LiveScore (@livescore) November 7, 2023
Di atas padang, malang berganda buat Donnarumma kerana pasukannya ditewaskan oleh AC Milan dengan skor 2-1.
PSG mendahului menerusi Skriniar pada minit ke-9. Gol itu dibalas oleh Rafael Leao menerusi aksi akrobatiknya.
Pada separuh masa kedua Giroud menjaringkan gol kemenangan buat AC Milan.