Masih Tak ‘Clear’ Lagi Loker Ozil, Lacazette Aubameyang Sudah Berebut Nombor 10

Pierre Emerick Aubamyenag dan Lacazette bergurau senda di media sosial tentang siapa harus memakai jersi nombor sepuluh yang menjadi idaman semua.

Mesut Ozil sah akan meninggalkan Arsenal dengan menyertai Fenerbahce. Ozil sudah berada di Turki untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.

Lacazette memuat naik meme Spiderman dua serupa dengan kapsyen: “Apabila kamu sama sama nakkan nombor 10.”

Aubameyang kemudian berkata: “Mereka kata dah letak jauh dah jersi tu. Ianya milik kamu bro.”

Lacazette kemudian menyatakan bahawa jersi ikonik Ozil itu kini berada selamat di tangan mereka tidak kiralah sama ada Aubameyang ataupun Lacazette yang akan memakainnya selepas ini. Jangan risau.

Itulah mesej utama yang cuba disampaikan oleh kedua dua pemain tersebut. Kerana mereka tahu Ozil pastinya ingin jersi no.10 itu diwarisi dan dijaga dengan sebaiknya oleh pemain seterusnya.

Lacazette membalas: “Jersi nombor 10 Ozil akan dijaga sebaiknya.”

Mesut Ozil memang antara pembelian terbaik Arsene Wenger. Menyertai Arsenal dari Real Madrid. Beliau memahatkan namanya sebagai pencipta gol utama pasukan Arsenal.

Ozil pemain yang sangat kreatif tanpa batasannya. Namun dalam beberapa musim ini, selepas era Wenger, Ozil gagal menjadi pemain kesebelasan utama yang konsisten.

Beliau kemudian dikejutkan dengan penyingkiran namanya daripada dua pertandingan utama musim ini iaitu Liga Perdana Inggeris serta Liga Europa.

Jadi siapakah yang kurang rasa paling layak memakai jersi no.10?