Masih Tak Puas Hati, Bekas Awek Antony Kini Persoalkan Kenapa Sampai 3 Bulan Nak Gantung Antony?

Sebelum ini Gabriela Cavallin mendesak Man United mengeluarkan kenyataan rasmi dan menggantung Antony.

Kemudian Man United mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan mereka sedia maklum dengan tuduhan yang dibuat ke atas Antony dan akan menilai langkah yang akan diambil.

Gabriela Cavallin kemudian mengecam Man United kerana menurutnya kenyataan itu tak cukup tegas. Dan dia meminta Antony digantung daripada kelab itu kerana dia sedang disiasat oleh polis Brazil berkaitan kes keganasan domestik.

Man United semalam tampil dengan kenyataan bahawa kelab merehatkan Antony atau bahasa lainnya menggantung seketika pemain itu daripada tugasan bola sepak di Man United.

Ini untuk membolehkan pemain itu menyelesaikan dahulu urusan dan siasatan yang dibuat ke atasnya.

Antony menerima keputusan kelab dengan terbuka kerana menurutnya dia sendiri mahu melawan tuduhan liar yang dilemparkan ke atasnya.

Gabriela Cavallin kemudian tampil dengan kenyataan baharu mengecam Man United. Kerana menurutnya kelab itu terlalu lama untuk mengambil masa bertindak.

TERKINI: Man United Rehatkan Antony

“Kenapa ianya mengambil masa 3 bulan untuk United bertindak? Ianya memang tak ok sama sekali.”

“Saya tidak percaya kelab sebesar Man United, dengan ramai staf yang profesional dan serius dalam tugasan harian mereka, datang dengan tindakan seperti ini.”

Cavallin kemudian menegaskan bahawa siasatan sudah dimulakan beberapa bulan lalu, namun Antony masih boleh bermain bersama dengan Man United. Berbeza dengan Mason Greenwood di mana kelab terus menggantungnya.

“Antonya harus dibuang daripada padang. Ianya sangat mengecewakan melihat Antony masih terus bermain walaupun siasatan masih dijalankan.”

“Saya benar benar kecewa dengan proses ini, Macamana dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Mereka buat tak tahu benda yang mereka tahu dan tidak berbuat apa apa.”

“Dia harus digantung serta merta. Saya tak akan menyerah kalah. Setiap orang harus berintergriti. Tidak kiralah apa sahaja pekerjaan kamu atau setinggi mana populariti kamu.”

“Jika sebelum ini mereka cepat mengambil tindakan ke atas rakan sepasukannya [Mason Greenwood], saya tak nampak Antony harus dilayan berbeza.”

Sebelum ini juga Cavallin menuduh Man United berkomplot dengan Antony untuk menutup kesalahan pemain itu. Di mana kelab menghantar doktor kelab mereka untuk merawat dia di hotel ketika payudara sintetiknya rosak ditumbuk Antony, menurut dakwannya.

Kelab Man United sangat kecewa dengan kenyataan Cavallin yang mendakawa dia mengenali 2 doktor itu sebagai doktor kelab. Kerana menurut jurucakap kelab, 2 doktor itu bukan doktor kelab.